Movie Review | Pulau (2023)

Tuesday 28 February 2023


Pengarah : Euho 
Penulis Skrip : N/A 
Pelakon : Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi, Vikar, Namron, Eddie, Wan Hanafi Su
Syarikat Produksi : WebTVAsia, My Way Pictures, Film Force Studio
Pengedar : GSC Movies  
Genre : Seram / Thriller
Durasi Tayangan :  111 minit
Tarikh Tayangan :  09 Mac 2023
Trailer :


Naskhah seram terbaru terbitan WebTVAsia, My Way Pictures dan Film Force Studio mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda yang bertukar jadi tragedi kerana terkena sumpahan makhluk ilmu hitam yang kejam. 

Kat (Amelia Henderson) yang mempunyai kelebihan deria keenam mendengar suara-suara aneh dan juga bayangan tentang pasangan suami isteri yang dibunuh oleh orang kampung sejak dia sampai ke tempat percutian tersebut. Awalnya Kat cuma abaikan perkara itu kerana tak mahu merosakkan mood kawan-kawannya yang lain tapi semakin lama semakin teruk dirinya terkesan. Akibat kalah dalam pertaruhan, Kat, Khai (Ikmal Amry), Ben (Alif Satar), Lili (Joey Leong), Mark (Vikar), Yus (Sanjna Suri) dan Dauz (Jazmy Juma) dihantar ke pulau terlarang. Keadaan bertambah teruk bila Khai dan Ben sentiasa bercanggah pendapat. 


Boatman (Namron) dah larang supaya jangan pergi ke pulau tersebut kerana sumpahannya dan juga keadaan yang terpencil namun Yaya (Sabronzo) dan kekasihnya (Harris Anuar) tak percaya dengan dongeng tersebut dan hantar geng yang kalah ke sana selama satu hari satu malam. 

Di pulau tersebut, mereka diganggu oleh makhluk ngeri (Evie Feroza) yang perlukan darah manusia untuk hidup dan berkuasa lantas Kat mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi di kampung tersebut lalu berusaha mematahkan sumpahan yang tergatra bertahun lamanya. 


Idea asal naskhah Pulau merupakan template cliché untuk mana-mana filem seram sepertimana yang dapat dilihat dalam trailer. Dah tentunya plot utama sudah dapat dijangka bila menonton filem sepanjang 111 minit ini. Namun ada beberapa faktor utama yang membuatkan filem Pulau tampak menarik dan layak dikategorikan sebagai filem tempatan yang berkualiti. 

Menjadikan Langkawi sebagai lokasi utama penggambaran, sudah tentunya sinematografi yang berlatarkan alam semulajadi membuatkan filem Pulau tampak memukau. Walaupun pulau larangan tersebut ada makhluk seram tapi luaran tetap nampak cantik. Props dan make up semuanya dibikin dengan penuh teliti untuk menghidupkan rasa seram dan menambahkan impak pada screenplay juga penceritaan. Lagu tema sama ada Kau Aku Satu – Alif Satar & The Locos ataupun Sudi – Dolla ft Yonniboi antara penyeri filem Pulau.



Macam semua pelakon share tentang pengalaman masa shooting, semua rasa macam pergi bercuti. Disebabkan fun vibes dekat set, lakonan masing-masing langsung tak nampak kaku walaupun kebanyakannya adalah pelakon baru seperti Sabronzo, Vikar, Jazmy Juma, Alex dan ramai lagi. Rasanya pertama kali nampak Amelia dengan Ikmal digandingkan bersama tapi chemistry tu kuat sangat. 

Timbul juga pertanyaan sama ada watak Kat sebenarnya suka pada Khai ataupun Ben sebab setiap kali Khai make a move, nampak muka dia macam kesian melayan ataupun terpaksa. Berbeza pula ceritanya kalau Kat dengan Ben, senyum memanjang. Mungkin Kat segan dengan Khai ataupun takut Khai tak nak percaya tentang kelebihan sixth sense dia. Kat nak cerita dekat Ben pasal kelebihan dia pun, banyak kali bertangguh. 


Happy tengok Ikmal Amry dapat serlahkan potential dia dalam filem Pulau padahal sebelum ni hampir tolak tawaran untuk watak Khai. Kali kedua Am bekerja dengan Alif Satar lepas filem Rasuk (2022) yang juga merupakan naskhah seram thriller jadi tak ada masalah untuk wujudkan dinamik yang kuat semasa di pulau larangan tersebut. 

Sepertimana filem lain, Pulau juga ada kelemahannya bila penulis tak kembangkan dengan baik barisan watak utama terutamanya Kat. Pengarah pula lebih suka menggunakan close-up shot macam babak pertaruhan sampai tak nampak seni tarian magunatif. Kalau pelakon tak pandai menari sampai banyak kali tersepit pun tak ada masalah sebab semua watak bukan penari pun. 


Babak flashback tentang Mori dan suaminya pun tak perlu sampai diulang dua kali sebab kita dah tahu dari dalam trailer lagi. Patutnya bagi ruang pada geng Yaya ataupun gangguan seram dan perkara aneh di pulau tersebut. 

Dek kerana trailer yang mengandungi magic tricks, ramai yang beranggapan filem Pulau tak ada isi sampai perlu tarik penonton dengan babak panas tapi fokus utama dalam filem Pulau lebih terarah pada mesej kemanusiaan dan juga persahabatan yang kuat. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

Naskhah Epik 'PULAU' Bertaraf Antarabangsa

Naskhah Epik 'PULAU' Bertaraf Antarabangsa | Turut melakar sejarah tembusi pasaran Asia Tenggara, filem 'Pulau' sah ke Indonesia dan Singapura. 

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, filem thriller mistik 'PULAU' terbitan kolaborasi strategik di antara Film Force Studio dan My Way Pictures dengan kerjasama WebTVAsia secara ramsinya bakal menemui penonton di lebh 120 pawagam seluruh Malaysia mulai 9 Mac 2023. 

Lebih membanggakan, naskhah 'PULAU' juga berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara dan setakat ini sah akan ditayangkan di dua buah negara iaitu Indonesia dan Singapura pada tarikh yang akan diumumkan kemudian. Kejayaan ini bukan sahaja menyaksikan permulaan yang positif buat filem 'PULAU', bahkan turut dilihat sebagai pemangkin semangat sekaligus meletakkan penanda aras baharu dalam memperkasakan industri perfileman tanah air di persada dunia. 

Mengulas lanjut mengenai naskhah hebat yang pastinya bakal mencetuskan fenomena luar biasa, Fred Chong selaku Penerbit merangkat Penerbit Eksekutif untuk filem 'PULAU' berkata, "Setelah sekian lama bekerja keras demi menjayakan projek ini, akhirnya 'PULAU' berjaya mendapatkan klafisikasi P13. Saya ingin berterima kasih kepada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Finas atas profesionalisme yang diberikan. 

Untuk pengetahuan semua, proses pembikinan filem bukanlah suatu proses yang mudah, banyak wang ringgit, masa dan tenaga dihabiskan untuk pembikinan sesuatu filem. Malah para pelakon juga telah bertungkus-lumus siang dan malam meredah hutan dan berhujan panas bagi menjayakan sesuatu filem. 

Industri filem ini juga tidaklah sebesar mana, saya bmbang akan masa depan industri filem negara dan hak kebebasan anak seni tanah air untuk berkarya juga bakal disekat. Apa yang boleh dilakukan sekurang-kurangnya adalah untuk menyokong satu sama lain. Saya sangat berharap agar para penonton tidak menilai filem Pulau sebelum menonton sendiri."

Filem thriller mistik 'PULAU' diarahkan oleh sutradara berbakat, Euho serta turut menampilkan Puovin dan Tommy Loh selaku penulis skrip. Naskhah ini pastinya bukan filem Melayu yang tipikal kerana ia sarat dengan pelbagai elemen dan aksi yang mendebarkan. Biarpun mengetengahkan genre berunsurkan mistik, namun ia berjaya diolah dengan menarik dan lari daripada kebiasaan yang cliche. Susunan skor muzik untuk filem ini yang mendapat sentuhan kreatif komposer Ricky Lionardi juga sangat membantu membangunkan mood dan emosi dalam setiap babak. Tunjang kekuatan filem 'PULAU' bergantung kepada naratif penceritaannya yang bukan sahaja mampu membuatkan penonton ternanti-nanti plot seterusnya serta turut mencabar kemampuan barisan pelakon untuk bermain dengan emosi. 

Garapan jalan cerita dan plot twist penuh konflik, filem 'PULAU' mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas mereka kalah pertaruhan di sebuah pulau misteri di sana dan memecahkan 'pendinding' mantera lama yang telah memerangkap 'entiti' di pulau itu untuk sekian lamanya. Seorang demi seorang daripada mereka menjadi mangsa akibat kesilapan mereka yang telah menimbulkan kemarahan 'entiti' jahat di pulau tersebut. 

Uniknya, filem 'PULAU' turut menyaksikan gandingan barisan pelakon handalan generasi baharu dan 'otai' yang berbilang kaum. Perbezaan karakter dan personaliti yang diwujudkan untuk setiap watak turut memberi warna selain ia melengkapi dalam menghidupkan peranan yang diberikan. 

Teraju utama filem ini terdiri daripada Amelia Henderson yang memegang watak sebagai Kat, Alif Satar sebagai Ben, Ikmal Amry sebagai Khai, Joey Leong sebagai Lili, Evie Feroza sebagai Hantu 'Moli', Sanjna Suri sebagai Yus, Jazmy Juma sebagai Dauz dan Vikar sebagai Mark. Manakala barisan pelakon pembantu pula menampilkan Cedric Loo sebagai Chen An, Mark O’Dea sebagai Hero, Ms Pui Yi sebagai Kitty,  Namron sebagai Azhan (Pemandu Bot), Wan Hanafi Su sebagai Penghulu, Harris Anuar sebagai Desmond, Sabronzo sebagai Yaya, Alex Henderson sebagai Toni dan Dato' Sri Eddie Chong sebagai Pembantu Bot.

Menariknya lagi, single terbaharu bergenre retro pop nyanyian Alif Satar & The Locos berjudul 'Kau Aku Satu' yang baru sahaja dilancarkan juga turut diangkat sebagai lagu runut bunyi atau OST untuk filem 'PULAU'. Selain itu, lagu 'Hari Kita' nyanyian Thomas Kok dan 'Sudi' nyanyian DOLLA X Yonniboii juga turut dipilih untuk melatari filem ini sebagai lagu OST. 

Bagi merancakkan lagi promosi naskhah ini, para peminat juga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama barisan pelakon filem 'PULAU' yang akan turun padang di lokasi-lokasi terpilih seluruh Malaysia, termasuklah Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan banyak lagi untuk acara sesi jelajah bagi tujuan rangka promosi. Butiran lanjut mengenai acara ini akan diumumkan dari semasa ke semasa. 

Layari akaun media sosial rasmi 'Pulau The Movie' di platform berikut untuk mengetahui sebarang info, perkembangan terkini dan kndungan eklusif mengenai filem 'PULAU'.

Tiktok: @pulaumovie

Instagram: @pulaumovie

Facebook: @pulaumovie

Twitter: @pulaumovie

Youtube: WebTVAsia

#PulauMovie #SiapaPergiDiaMati 


TRIVIA MENARIK MENGENAI FILEM 'PULAU'

1. Selaku pemain industri utama dan pencipta kandungan kreatif terkemuka di rantau Asia, pembabitan WebTVAsia dalm industri perfileman tanah air sememamngnya tidak asing lagi. Antara filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini termasuklah 'Rise: Ini Kalilah', 'Nasi Lemak 2.0', 'Banglasia', 'Hantu Gangster', 'Juang' serta banyak lagi. 

2. Dalam usaha untuk terus melebarkan sayap ke pasaran global, pihak WebTVAsia juga turut mengintai peluang untuk menayangkan filem 'PULAU' di negara lain selain Indonesia dan singapura. Setakat ini, negara Vietnam dan thailand menunjukkan minat yang positif. Namun ia masih dalam fasa perbincangan. 

3. Pembikinan filem 'PULAU' telah menelan belanja hampir RM4juta secara keseluruhan dan telah menjalani penggambaran selama 30 hari di Langkawi sekitar bulan Disember 2021. Pihak produksi turut meneroka kawasan hutan baru di Langkawi untuk dijadikan sebagai lokasi utama penggambaran. Siap setup rumah khas sebagai props. 

4. Sewaktu sesi recce, pihak produksi secara tidak sengaja telah menemui Gua Kedah Marble yang telah lama tidak dikunjungi oleh sesiapa selama lebih 20 tahun. Gua tersebut turut dijadikan sebagai salah sebuah lokasi penggambaran dalam filem 'PULAU'. Tangga khas sementara dibina sebagai laluan keluar masuk ke gua tersebut. 

5. Sentuhan Euho sebagai pengarah dilihat berjaya membawa filem seram thriller terbitan tempatan ke tahap yang lebih tinggi selain menunjukkan kemahiran dan kematangan dalam pembikinannya. Antara filem-filem arahan beliau sebelum ini termasuklah 'Ice Kacang Puppy Love', 'along PTE LTD', 'Find My Dad', 'Kungfu Taboo' serta banyak lagi. 

6. Barisan panel skrip yang menjayakan filem 'PULAU' juga bukan calang-calang. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penulisan skrip, kredibiliti Puovin dan Tommy Loh tidak perlu disangkal. Antara naskhah yang pernah mendapat sentuhan mereka termasuklah filem blockbuster Adnan Sempit, 8 Jam dan banyak lagi. 

7. Salah satu OST filem 'PULAU', single 'Kau Aku Satu' ialah sebuah projek kolaborasi WebTVAsia bersama Alif Satar & The Locos. Untuk makluman, ini merupakan kali pertama Alif Satar dan Amelia Henderson digandingkan bersama. 

8. Sebelum ini, komposer Ricky Lionardi yang bertanggungjawab dalam penghasilan skor muzik untuk filem 'PULAU' juga pernah menghasilkan skor muzik untuk filem blokbuster 'KKN Di Desa Penari' di Indonesia. 

9. Untuk menjiwai watak dengan berkesan semasa melakonkan babak lemas, Amelia Henderson yang memegang watak utama sebagai Kat dalam filem ini terpaksa berlatih selama 12 jam di dalam laut. Staff juga membantu dengan menarik kaki Amelia daripada bawah supaya babak lemas tersebut tampak meyakinkan dan menjadi. 

10. Penggambaran untuk sebarang babak yang melibatkan laut bukan dibikin menggunakan green screen kerana semuanya dilakukan di laut di Langkawi. Pelakon Alif Satar yang banyak membantu pelakon-pelakon lain sewaktu di set dan beliau juga pernah terlihat kelibat ikan jerung di tengah laut tersebut. 

11. Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam filem 'PULAU' diwajibkan mengambil lesen menyelam terlebih dahulu bagi memastikan rakaman visual lebih cantik dan tampak asli untuk semua babak di laut. 

12. Sewaktu penggambaran filem 'PULAU' sedang berjalan, isteri kepada pelakon Ikmal Amry yang menyandang watak utama sebagai Khai iaitu Najla Shamsul sedang sarat hamil anak pertama mereka. Oleh kerana risaukan keselamatan isterinya, Ikmal turut membawa Najla bersama ke Langkawi. Alif Satar juga membawa seluruh keluarganya menetap sementara di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan penggambaran filem 'PULAU'.

13. Alif Satar dan Joey Leong yang memegang watak sebagai Lili dalam filem 'PULAU' merupakan kenalan lama kerana mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama. 

14. Evie Feroza yang memegang dua watak sebagai Hantu Moli dalam filem 'PULAU' sebenarnya hadir sewaktu sesi casting untuk watak yang lain. Namun kemudiannya dia ditawarkan watak hantu kerana pengarah nampak bakatnya lebih sesuai pada watak hantu. Kostum yang digunakan juga menyukarkan Evie untuk buang air kecil hingga terpaksa buang di dalam plastik kerana susah untuk dibuka. 

15. Mark O' Dea dan Ms Pui Yi yang memegang watak sebagai Hero dan Kitty bertemu pertama kali di set penggambaran filem 'PULAU'. Sejak itu mereka semakin rapat dan kini kedua-dua mereka merupakan pasangan kekasih. 

16. Bagi menghidupkan lagi watak Hantu Moli, jurusolek untuk filem 'PULAU' perlu meniru semula kesan lukisan tangan yang dilukis oleh pengarah untuk menghasilkan solekan khas yang tampak asli.

***************************

TENTANG WEBTVASIA

WebTVAsia ialah syarikat pencipta terkemuka Asia yang memperkasakan pencipta paling berbakat melalui perkongsian platform, studio kandungan, penyelesaian jenama dan rantaian nilai perdagangan sosialnya. Sejak 2013, rangkaian YouTubenya yang terdiri daripada lebih 3500 pencipta Asia telah berkembang pesat dengan lebih 880 juta pelanggan gabungan; dengan pendapatan AS$150 juta yang diperolehi; dan kebebasan mencipta, melalui rancangan anugerah pencipta terbesar Asia, Anugerah WebTVAsia dan festival muzik pencipta pertama, Viral Fest Asia. Rekod YouTube Playnya yang menerajui pasaran ialah 3 Diamond (10 juta atau lebih pelanggan), 198 Emas (lebih 1 juta) dan 1130 Perak (lebih 100 ribu).

Pengasas dan penerbit yang telah memenangi banyak anugerah, Fred Chong mempunyai visi untuk mewujudkan ekosistem digital yang benar-benar saksama dan mampan yang menghubungkan pencipta terbaik Asia dengan komuniti peminat global, dalam Web 2.0 semasa dan dunia Web 3.0 akan datang.

TENTANG FILM FORCE

Filmforce Studio, menghimpunkan pakar yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan membawa tiga prinsip profesionalisme, kredibiliti dan usaha wajar untuk menjadi pelopor industri filem dan televisyen di Malaysia. Melalui konsep kerjasama dan perkongsian strategik, kami akan bekerjasama dengan pasukan yang cemerlang sama ada di dalam dan luar negara untuk bersama-sama mewujudkan platform filem dan televisyen yang luas dan pelbagai untuk meneroka pembangunan dan corak filem dan televisyen Malaysia.

TENTANG MY WAY PICTURES

My Way Pictures yang ditubuhkan pada tahun 2018, merupakan sebuah syarikat pelaburan kewangan buat filem dan produksi yang berdedikasi untuk membawa kisah yang unik dan inovatif ke layar skrin. Mereka percaya bahawa filem yang hebat mempunyai kuasa untuk menginspirasikan, menghiburkan dan menyentuh hati penonton.

Mereka komited untuk menyokong para pembuat filem yang berbakat dan mengangkat visi mereka. Mereka juga mempunyai kefahaman mendalam terhadap cabaran dan peluang yang dihadapi para pembikin filem masa kini.


Jika takdir yang menentukan cinta dan kebahagiaan sesebuah perkahwinan, mampukah ia diubah melalui peluang kedua? Itulah tunjang utama penceritaan kehidupan gadis bernama Aleya yang mengharungi pelbagai dugaan dalam perkahwinannya menerusi ‘Andai Itu Takdirnya’.

Slot MegaDrama kali ini memaparkan sebuah adaptasi novel terlaris penulis terkemuka, Siti Rosmizah yang mengangkat elemen keganasan rumah tangga, pengkhianatan dalam perhubungan serta perasaan hasad dengki yang bermula dengan Aleya yang menaruh hati terhadap Syed Aizril, seorang anak kepada tokoh korporat yang bersikap angkuh dengan kemewahan hidupnya. Kejadian yang tidak diduga menyatukan mereka berdua sebagai suami isteri. 

Namun bertentangan dengan perkahwinan impiannya, Aleya diseksa oleh Syed Aizril dan dibenci oleh mertuanya. Kehadiran Sharifah Emilin dalam kehidupannya juga membuatkan Syed Aizril menjadi goyah sehingga membuatkan Aleya hilang kepercayaan kepadanya. Kini, hanya takdir yang dapat menyelamatkan hubungan mereka berdua.

Penceritaan drama bersiri ini merupakan karya terbaik daripada Siti Rosmizah dan menjadi drama yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat siri novelnya. Drama ini turut menekankan kepentingan keikhlasan dan kejujuran di antara suami isteri serta keburukan ego yang akan menghancurkan kebahagiaan masing-masing.


Kekuatan naratif dan pembawaan emosi dalam setiap episod berjaya dipaparkan oleh barisan pelakon berbakat yang menerajui drama ini iaitu Shukri Yahaya yang memegang watak sebagai Syed Adam Aizril dan Hannah Delisha sebagai Aleya. Dibawah arahan pengarah oleh Jamal Khan serta terbitan SR One Sdn Bhd, drama ini turut dibintangi Puteri Sarah Liana sebagai Umairah dan Idzham Ismail sebagai Ikram. Runut bunyi yang dihasilkan khas untuk drama ini bertajuk ‘Andai Itu Takdirnya’ telah dinyanyikan oleh penyanyi berbakat besar, Vanessa Reynauld.

‘Andai Itu Takdirnya’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 Mac 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria


“Apa yang membezakan kandungan Melayu di Astro dengan pesaing-pesaing yang lain adalah kualiti hebat yang ternyata mampu meraih tontonan dan penstriman tinggi termasuk adaptasi drama novel-novel terlaris di pasaran. Malah antara adaptasi yang menjadi santapan para penonton adalah hasil karya Siti Rosmizah yang namanya begitu sinonim sebagai novelis terulung di negara kita. 

Dalam usaha memperkukuhkan strategi kandungan Melayu, pihak Astro telah berjaya mengunci antara novel-novel terhebatnya termasuk ‘Andai Itu Takdirnya’ yang merupakan karya terbaiknya. Bahkan strategi seperti ini mampu memperluaskan segmen penonton kami termasuk para aficionado novel karya Siti Rosmizah yang sudah pastinya akan tertarik untuk menonton drama ini di Saluran Astro Ria serta distrim menerusi On Demand.

Dengan sukses ‘Jangan Menangis Cinta’ yang telah disiarkan sepanjang bulan Ramadan tahun yang lalu, sekali lagi ‘Andai Itu Takdirnya’ bakal membawa kesinambungan rantaian drama terbaik yang dijadikan tontonan untuk bulan Ramadan ini. Dengan kisah dan garapan yang pasti menerkam jiwa para penonton, kami menjangkakan sambutan yang hebat untuk adaptasi ini.

Kami amat bersyukur dengan pembawaan watak oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha yang tepat dengan gambaran yang dihasilkan oleh Siti Rosmizah. Watak Syed Aizril yang sanggup memukul isterinya kerana egonya yang tidak dapat dikompromi. Manakala watak Aleya yang hanya mampu bersabar dan turut dengan perintah suami durjana berjaya dibawa oleh mereka yang pastinya akan mengaut emosi para penonton.

Naratif drama ini turut mendapat sentuhan khas daripada sutradara Jamal Khan yang kembali menggalas tugas sebagai pengarah. Beliau bijak menerokai setiap sudut penceritaannya serta mengambil subjek-subjek sukar untuk ditonjolkan sepanjang penceritaan drama ini termasuk
keganasan rumah tangga. Ternyata pendekatan terhadap isu ini harus dilakukan secara teliti serta bijak dan Jamal telah membawa keseimbangan yang diperlukan.

Akhir kata, kami amat gembira dengan karya ini dan berharap agar kolaborasi bersama SR One akan kekal sampai bila-bila kerana setiap drama yang dihasilkan bersama sentiasa berjaya memberi impak kepada kami dan pihak SR One sendiri. Kami yakin ‘Andai Itu Takdirnya’ pasti akan bersemadi di hati setiap penonton dengan pengajaran-pengajaran yang berguna.”

Siti Rosmizah - Penerbit drama ‘Andai Itu Takdirnya’


“Sebenarnya novel yang saya tulis ini merupakan dari kisah benar iaitu dari pengalaman kes guam saya. Namun penceritaannya ditukar sedikit sahaja mengikut kreativiti dan kesesuaian apabila dihasilkan dalam bentuk novel. Dari kes ini juga bermulanya kerjaya saya sebagai penulis novel kerana saya rasa ini adalah cara terbaik untuk berkongsi mesej dan pengajaran. 

Menerusi ‘Andai Itu Takdirnya’, saya berharap ia dapat membuka mata ramai orang tentang realiti hidup. Bukan semua ditakdirkan bahagia tetapi bukan pula kita perlu mengalah dan menjadi lemah bila diduga. Yang paling penting saling menghormati dan menghargai satu sama lain. Kekayaan tidak menjadikan kita hebat sehingga nak mendabik dada dan lupakan diri.

Selain daripada itu, saya amat berpuas hati dengan pembikinan drama ini. Hampir 80% daripadanya memenuhi kehendak dan jangkaan saya dengan apa yang dihasilkan menerusi novel. Saya dan pihak Astro sendiri ada juga turun ke set penggambaran untuk adegan-adegan yang penting dan mencabar. Kami semua juga ada yang sama-sama turun ke set penggambaran bermandi hujan ketika satu adegan yang penting. Komitmen dari semua pihak memang terbaik.

Mengenai pilihan watak utama pula, saya memilih Shukri Yahaya dalam beberapa drama saya kerana saya yakin dengan bakat yang dia ada. Pada saya dia seorang pelakon yang versatile dan komited dengan kerjanya. Yang paling penting Shukri kenal cara penulisan karya saya. Setiap kali diberi karya saya dia akan fahamkan karya itu dengan mendalam dan membawanya dengan penuh jiwa. Shukri adalah pelakon yang dianugerah Allah dengan bakat yang hebat.

Karya ini sudah mempunyai ratusan ribu peminat dari hasil jualan novelnya. Yang meminati novel ini semuanya menghayatinya sehingga membaca berulang-ulang kali. Jadi apabila ia diterbitkan menjadi drama bersiri, saya yakin drama ini akan menambat hati peminat-peminat dan menjadikan drama ini sebagai fenomena. Harapan saya kepada para peminat drama dan karya-karya saya khususnya adalah jaminan saya bahawa ini merupakan drama terbaik yang dihasilkan. Kami tidak akan mengecewakan anda semua. Drama ‘Andai Itu Takdirnya’ adalah hadiah istimewa daripada saya buat peminat-peminat semua.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘ANDAI ITU TAKDIRNYA’


Shukri Yahaya sbg Syed Adam Aizril
Hannah Delisha sbg Aleya
Puteri Sarah Liyana sbg Umairah
Idzham Ismail sbg Ikram
Dayang Areeda sbg Sharifah Emilin
Zulkifli Ismail sbg Tan Sri Syed Abbas
Aida Khalida sbg Puan Sri Sharifah Aishah

SINOPSIS DRAMA ‘ANDAI ITU TAKDIRNYA’

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. 

Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?

 

Minggu lepas jalan-jalan dekat Pasar Seni menyinggah sekejap dekat KL Alternative Bookfest 2023 di Pasar Seni sementara tunggu maksu sampai. Memandangkan buku yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa KL tahun lepas baru satu saja yang dibaca, maka kali ini kita tengok saja. Tak boleh beli walaupun ada beberapa buku yang menarik perhatian. Lagi satu hal tak ingat jugak sama ada dah beli ke belum novel yang dijual dekat KLAB ni. Masalah bila rajin membeli tapi malas membaca. 




Walaupun nampak pendek je pesta buku ni tapi ada banyak juga publisher yang turut serta macam Buku FIXI, Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Jejak Tarbiah, The Patriots, Bundusan Books, Tokosue, Riwayat Bookshop, Ilham Books, Katapilar, Maple Comics, Gerak Budaya, Hikayat Fandom, Merpati Jingga, Karangkraf, Pelita Dhihin, Dubook, Rabak-lit x Lejen, Kedai Dr Maszlee, Kedai Buku Biblio And Biblio Press, Mangosteen Books, Legasi Oakheart dan banyak lagi. 

Banyak publisher buku baru dan I baru tahu Bundusan Books yang mengangkat naskhah-naskhah dari Borneo. Khusus juga membincangkan topik-topik seperti seni budaya masyarakat di sana, seni pembuatan dan karya lain yang berkaitan. 


Kebanyakan promo dekat sini 3 buku RM50, kira satu buku jatuh harga RM16 macam tu. Ada juga yang bagi kombo 3 buku RM70 tapi gaji tak masuk lagi kan, kita mampu senyum je lah depan seller. First time jumpa penulis, tweetfamous dan bekas ahli politik, Mutalib Uthman. Nak bergambar segan, sebab tak beli buku Dubook hshshs



Punya lah malas nak kira sampai malas nak join contest ni




Turn off tengok nama Arlina Banana

buruk nau terjemah Bahasa Melayu untuk The Art of Not Giving Fuck



Memandangkan KL Alternative Books ni buat di Pasar Seni yang terkenal dengan kedai bunga murah, ada juga booth publisher yang bagi hadiah bunga baby breath atau jenis bunga lain untuk pelanggan yang beli buku. No wonder lah stok dekat Lee Wah susut cepat hari tu. 

Selain jualan buku, pihak SIAR juga menayangkan filem dari zaman 70-an hingga 80-an untuk pengunjung KL Alternative Bookfest yang datang. Ada juga lukisan kanvas yang dijual di KLAB. Memang betul-betul menghidupkan aura Pasar Seni lah event ni. 










Masa sampai tu macam menarik pula sebab ada seksyen khas untuk berdialog bersama penulis. Pagi tu ada Gory, penulis buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Luma. Selama ni nampak dekat Twitter je tapi kali ni jumpa depan mata. I tak stay situ sebab I lapar lagipun umur dah masuk 3 series so bukan target audience hshs




Dah habis makan, jalan-jalan belah luar pun ada lagi booth KLAB. Kat luar lagi seronok sebab ada busking dari Kamila. Sedap suara dia nyanyi lagu Taylor Swift, Separuh Mati Merindu - Judika dan banyak lagi. 

Lepas pukul 2 dah keluar dari event ni sebab orang yang ditunggu dah sampai. Misi untuk meriahkan suasana tanpa membeli apa-apa? Done!

Dinner Atau Lunch di Bon Appetit Restaurant & Cafe?

Monday 27 February 2023



Dah dua kali dah makan dekat sini tapi baru sekarang nak update entry so kita masukkan je dua perkara dalam satu entry sebab takut bertangguh lama. First time makan dekat Bon Appetit masa malam Krismas. Tengah craving pasta tapi malas nak keluar dari Oasis Square jadi menapak lah ke restoran yang ada depan office. Dah bertahun wujud tapi tak pernah pun rasa nak cuba. 




Meriah lah deco dengan stokin merah, bunga merah siap pasang lagu Krismas. I tak celebrate Krismas tapi lagu-lagu Krismas dah boleh buat satu playlist khas. All I Want For Christmas Is You (Mariah Carey), Last Christmas (Wham!), Santa Tell Me (Ariana Grande), Mistletoe (Justin Bieber), Christmas Jingle lol banyak lah sebab layan semua movie Christmas lepastu dengar dekat mall dari kecil sampai besar. Sebab melayan lagu punya pasal, order pun tak rasa lama nak sampai gituhhhh!

Sebelum pergi ke Bon Appetit, craving nak makan pasta je tapi bila belek menu kemain order Mushroom Bruchettas (served with gratinated mozzarella cheese), Chilli Garlic Vongole and Shrimp, Smoked Duck Aglio Olio dengan Iced Latte. Ikutkan nak order Double Chocolate Cake with Salted Caramel jugak tapi macam dah penuh meja, ada jugak yang makan tak habis. 



Gambar tak berseni langsung ye sebab ambil buat cukup syarat je. Mushroom soup ni 50-50 dengan tekak sebab rasa cendawan tu pekat sebab kuah likat dengan blended mushroom tapi tak suka lada hitam. Memang wajib kena letak untuk elakkan perut berangin tapi tak sukaaaaa! Tak suka tak suka pun habis jugak T.T


Smoked Duck Aglio Olio ni adik punya, tumpang rasa je sebab nak buat entry nanti hshs. First time makan pasta ada daging itik sebab Bon Appetit hidangkan makanan fusion jadi chef dia come up menu yang gabungkan Western dengan makanan Cina jadi terhasil lah menu ni. Daging itik dia juicy, macam mana dalam gambar tu macam tu lah jugak rasa dia. Kalau pedas sikit maybe lagi sedap dekat tekak kitorang yang suka makan pedas ni. Makan macam ni pun dah sedap, no worries. 

I order Chilli Garlic Vongole and Shrimp tapi tak tahu mana pergi gambar dia padahal excited nak update sebab menu ni sedap sangat. Carbonara pedas ada kepah putih segar. Happy makan dekat Bon Appetit ni walaupun harga dia mahal sikit tapi berbaloi sebab bahan dia guna semuanya fresh. Kepah antara makanan laut yang senang sangat nak berubah rasa bila simpan dalam freezer tapi tak tau lah kalau cara I simpan yang salah hshshs
\

Iced Latte dekat sini pun sedap, kena dengan selera tekak. Tak tahu biji kopi apa dia guna, rasanya arabica kot. Kita tak tanya, dia pun tak cerita. 


Kali kedua makan dekat sini masa lunch dengan bebudak office. Lunch time memang ramai dekat restoran Bon Appetite sebab ada lunch set yang murah. Menu mungkin tak sama untuk set lunch sebab selalu bertukar ikut mood chef ataupun warga restoran. 

Silap pilih Salted Egg and Tempura Fish Alfredo Pasta ni sebab masa makan tu sedap tapi untuk slow eater macam Pana ni, rasa salted egg tu tertinggal dekat tekak. Sempat lah jugak salted egg tu kembang dan melekat dekat pasta. Bila makan sejuk jadi tak sedap. Bahaya makan lambat dan bahaya untuk pilih meja bawah air-cond. 

Sepatutnya ada kali ketiga tapi Bon Appetit ubah ordering system dengan guna QR code tapi bila try scan untuk log in, ambik masa yang lama sudahnya angkat punggung blah dari situ dan cari tempat lain. Mungkin boleh terus order dekat waiter tapi masa tu takde mood nak tanya. Next time lah sebab tertarik dengan menu baru, Surf 'N' Turf Pasta Al Limone :P