Nasi Lemak Goreng Jungle Oasis Square Ara Damansara

Thursday 23 February 2023


Bulan lepas ada kedai baru buka di Oasis Square Ara Damansara maka menapak lah ke kedai untuk rasa makanan dekat situ sebab masa lunch hour memang penuh sangat dekat restoran Jungle AF ni. Tak pasti lah nampak meriah dekat luar tapi dekat dalam tak ramai pun sebab orang nak merokok atau rasa angin luar atau apa. Yang pastinya masa makan malam dekat situ tak ada orang pun sebab ramai dah balik kerja. 

Dari luar restoran dah nampak keunikan dan konsep bertemakan hutan nusantara di restoran Jungle AF ni. Nama restoran pun dah jelaskan dengan terang dan nyata kenapa deko restoran dia macam tu. Meja makan dia abit uncomfortable sebab tinggi. Ada sofa dekat sudut sana tapi sofa tu rendah sangat pula untuk makan. There's nothing in between tsskkk. 


Bila tengok menu tak banyak pun pilihan yang disediakan. Mungkin sebab chef nak fokus dengan menu yang dia rasa dia confident untuk masak kot. Entahlah. Tertarik dengan menu nasi lemak goreng dengan pilihan kari atau sambal. Adik pilih Nasi Lemak Mutton varuval sementara chicken chop bomb jadi pilihan tekak I masa tu. 


Masa tu kalau ikut selera makan yang tamak, macam nak tambah chilli fries tapi tu lah, takut tak sedap pulak but since dah pilih chicken chop, selalunya diorang akan pair dengan kentang kan? 





Restoran dia romantik sangat sebab guna lampu warna oren malap. No wonder lah ramai yang lepak luar restoran sebab kalau tak tahan boleh naik rimas. Dekat sini semuanya Indian, even chef pun Indian tapi tak pasti menu diorang ni South India ataupun North India tapi gaya macam South. 


Tak lama pun nak tunggu nasi lemak goreng ni sampai. Boleh kata harga berbaloi lah dengan portion dan bahan yang dia guna sebab ada kambing, telur rebus, sambal nasi lemak, timun dengan portion nasi yang banyak. 


Chicken Chop Bomb dia unik jugak lah sebab ada sambal kosong dihidangkan sekali. Mungkin tekak orang lain suka la kot gabungan chicken chop dengan sambal sebab I tak suka. I prefer mushroom sauce sebab kuah pekat. Nasib baik juga tak order chilli fries tu sebab ayam dia pun dah pedas, dia hidang potato wedges pulak tu. Habis makan memang tersandar lah cerita dia. Nampak je potongan ayam dia kecil tapi isi dekat dalam tebal. 

Waiter dekat sini ramah sangat siap tanya makanan macam mana, kalau ada yang diorang boleh improve boleh bagitahu je. Kitorang bagitahu yang mutton tu lah macam better hidangkan asing dari nasi lemak goreng sebab serpihan tulang dia bahaya bila makan. 

But overall, our experience having dinner in here is just nice. Will repeat for sure.

1 comment

  1. Dulu pernah kerja kat PJDC Ara Damansara. Menarik jugak nasi lemak goreng tu lain dari yang lain 1👍

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.