Movie Review | Remp-It (2006)

Thursday 9 February 2023


Pengarah: Ahmad Idham
Penulis: Farid Kamil 
Pelakon: Farid Kamil, Zul Huzaimy, Cat Farish, Julia Hana, Aqasha, Osman Kering, Kismah Johor, Khatijan Tan, Shah Kassim, Azlan Komeng, Ahmad Idham, David Teo, Aedy Ashraf, Nik Adruce
Syarikat Produksi : Metrowealth Pictures  
Pengedar: Astro Mustika, Youtube Metrowealth Pictures
Genre: Aksi
Durasi Tayangan : 92 minit
Tarikh Tayangan : 10 Ogos 2006   
Trailer :


Filem Remp-It arahan ahmad Idham mengisahkan tentang Madi (Farid Kamil) yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat Metrowealth Pictures pada waktu siang dan menjadi mat rempit di waktu malam. Setiap malam Madi join lumba haram untuk menang duit supaya dapat beli motosikal Yamaha Y125Z baru. 

Kawan baik Madi, Macha (Cat Farish) menjadi orang tengah untuk semua perlumbaannya dan juga modify motor Madi sampai cun untuk race. Sama juga untuk motor baru, Macha modify sampai berjaya kalahkan superbike dalam race 5 lap di Damansara. Rasa tercabar dengan kehebatan motor Madi, Spark (Zul Huzaimy) ajak race dengan jadikan motor baru Madi sebagai taruhan. 


‘Hak elah apa barang bukak bukak? Gua ingat siapa yang kalah kena bakar motor tu. BGS 9234… Kalau korang menang, ambik lah motor aku.’ - Spark

Kerana Macha yang tamak, motor Madi jadi mangsa bila dia kalah dalam perlumbaan tersebut. Bukan saja motor barunya dibakar malah kakinya juga dipatahkan sementara Macha hilang entah ke mana. Kekasih Madi, Ieka (Julia Hana) juga dikebas oleh Rizzo, ketua geng Spark. 6 bulan kemudian Madi ingin balas dendam dalam perlumbaan Yamaha RX-Z. 


Sebelum ni dah pernah tengok filem yang berkisarkan kehidupan mat rempit ni tapi sebab dah lupa jalan cerita dan sekuel pula dah muncul, layan lah lagi sekali. Dari tahun 2006 sampai lah sekarang, filem ni masih lagi famous dengan klip Spark. Comel betul cameo Aedy Ashraf dengan Nik Adruce dalam filem Remp-It ni, muka innocent je, sekarang dah jadi lead dalam Budak Tebing. 

Sesuai lah filem ni masuk dalam genre aksi sebab semua stunt rempit diketengahkan walaupun action stunt muncul sedikit sahaja. Masa Komeng berlawan dengan pak guard tu amazed jugak lah bila tengok balik sebab cantik choreograph stunt tu. Ada 9 scene yang dipaparkan dalam Remp-It tapi tak semua stunt dilakukan sendiri oleh Farid Kamil dan Zul Huzaimy sebab isu keselamatan sebab tu kebanyakan babak, Madi pakai helmet ada visor dengan shade hitam. 


Macam tak percaya pengarah filem ni Ahmad Idham sebab filem dia yang lain kureng tapi yang ni cun pulak. First time jugak tengok lakonan Farid Kamil menjadi sebab Remp-It filem pertama dia berlakon genre aksi. Kelakar tengok scene dia dengan Macha especially part solat tu. Sayangnya Aqasha tak ada pun babak aksi sama ada merempit ataupun berlawan dengan Madi padahal dia ketua geng. Watak dia jadi buaya darat je. 

Bila tengok latar tempat yang dipaparkan dalam filem ni pun macam seronok tengok sebab diorang shoot dekat area Pasar Tani Shah Alam, Lebuhraya Shah Alam, area kawasan perindustrian Kota Damansara dengan area Kuala Lumpur. Camera shot cantik sebab pengarah tahu subjek dan objek yang dia nak highlight dalam setiap babak. 


Tujuan filem Remp-It diterbitkan pada 2006 adalah untuk jadi medium kepada pihak Kerajaan dan masyarakat supaya ambil tahu masalah golongan mat rempit yang semakin menular di Malaysia. Mungkin sebab tu lah watak utama dapat sad ending sebagai pengajaran tapi sayang lah sebab tak ada sekuel kemudiannya walhal franchise Adnan Sempit jadi popular sampai ada spin-off. 

Lepas 16 tahun baru Farid Kamil keluarkan sekuel sebab tu layan balik sebab katanya sambungan dari filem ini. Jadi nak tahu lah apa yang diketengahkan pula oleh geng mat rempit ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

1 comment

  1. tak ingat dah tengok ke tak cerita ni..kalo tengok pun mungkin separuh-separuh...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.