Movie Review | Thai Massage (2022)

Wednesday 8 February 2023


Director : Mangesh Hadawale
Writer : Mangesh Hadawale  
Cast : Gajraj Rao, Divyendu Sharma, Alina Zasobina, Sunny Hinduja, Rajpal Yadav, Anurita Jha, Vibha Chhibber
Production Companies : Reliance Entertainment, T-Series, Window Seat Films  
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix 
Genre : Comedy / Drama 
Running Time : 122 minutes
Release Date : 11 November 2022 
Trailer :


Filem yang bertemakan masalah seksual iaitu mati pucuk mengisahkan tentang kehidupan Atmaram Dubey (Gajraj Rao) yang kesunyian setelah isterinya meninggal dunia. Atmaram mempunyai hajat untuk boom boom sekali saja lagi sebelum sakitnya makin serius. Bagi masyarakat yang konservatif di situ, hubungan kelamin untuk usia 70-an adalah sesuatu yang kotor untuk dibayangkan apatah lagi untuk dilakukan. 

Kerana sunyi yang teramat sangat, dia bertindak untuk bunuh diri dengan terjun di jambatan namun sempat dihalang oleh Santulan Kumar (Divyendu Sharma) yang kebetulan berada di kuil berdekatan. Nak diceritakan masalahnya pun dia malu tapi melihatkan peribadi Santulan dan semangat untuk membantu, dia akhirnya dapat jalan penyelesaian. 

“I’ve lived 22 years without the slightest of pleasure. My wife was bedridden for 21 years. Paralysis. She was my best friend. She died last year. If that grief wasn’t enough, I was faced with this problem.’ – Atmaram Dubey

Awalnya Santulan bawa pekerja seks untuk Atmaram tapi disebabkan usia perempuan tersebut yang masih muda buatkan dia terfikir kenapa gadis tersebut pilih jalan sebegitu. Sama lah juga dengan beberapa percubaan yang gagal sampailah Santulan terjumpa pelanggan yang bercerita tentang Thai Massage. Di sana mereka berikan perkhidmatan terbaik sehingga pelanggan puas hati. Maka Santulan cari alasan untuk hantar Atmaram ke Thailand untuk capai impiannya. 

Naskhah Mangesh Hadawale yang bersifat sensitive ini menampilkan Gajraj Rao di mana dia pernah berlakon dalam Badhaai Ho (2018), mengisahkan tentang pasangan berusia masih lagi aktif di kelamin. Jadi tak hairan lah kalau Gajraj mampu hidupkan naskhah hasil tulisan Mangesh ni dengan baik. 

Bukan saja segan nak bagitahu pada jiran yang menyibuk malah pada anak-anak sendiri juga terpaksa disorok tentang masalah tersebut sehabis baik. Semua orang pada tinggi pada Atmaram kerana karakternya yang baik dan sentiasa melawat rumah ibadat. Tapi manusia tetap manusia, ada nafsunya sendiri. 

Dekat first half nampak menarik lah naskhah komedi drama ni tapi bila masuk second half macam tak faham kenapa watak Santulan berubah. Sama ada sebagai plot twist ataupun saja tambah perasa supaya penonton berminat sehingga ke hujungnya, susah untuk diteka motifnya. Patutnya biarkan saja watak Santulan tersebut sama seperti di awal cerita sebab kisah Atmaram di Thailand pun dah cukup terhibur. Cameo dari Rajpal Yadav pun tampak tersia sebab tak menambahkan elemen komedi. 

Sinematografi yang berlatarkan masyarakat di pekan kecil bernama Ujjain tersebut lebih terarah pada mayarakat konservatif yang sentiasa beribadat. Sementara di Thailand pula banyak lokasi cantik dimuatkan dalam filem Thai Massage untuk paparkan keindahan di sana. Tasik Khao Sok yang Rita (Alina Zasobina) nak tengok sangat tu memang cantik. Duduk sehari dekat situ pun tak puas sebab cantik sangat. 



Filem ni tak ada masalah pun untuk ditonton bersama keluarga sebab tak ada babak yang melibatkan hubungan kelamin walaupun membincangkan hal tersebut. Niat penulis cuma nak bagitahu masyarakat supaya tak terlampau menghakimi nafsu orang yang sudah pun berusia. Sebab tu pengarah letak banyak babak anak sulung, Mukesh Dubey (Sunny Hinduja) dan pandangan dia terhadap hajat Atmaram. 

Terfikir juga kenapa penulis tak biarkan watak Atmaram join Rita pergi travel merata tempat dari biarkan dia hidup dalam judgement orang. I mean semua orang pun layak hidup bahagia dalam definisi sendiri. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

1 comment

  1. Ingatkan kisahnya pasal orang Thailand.. rupanya hindi ya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.