Gagal Di Final Famili Duo

Monday 6 February 2023


Semalam beria lah pergi ke final Famili Duo sebab dah reserve seat sejak hari Rabu lagi. Awal tu macam tak nak pergi sebab dah boleh agak mesti ramai yang datang malam final. Dengan geng sponsors lagi, kawan-kawan staff TV3 dan jemputan artis dan media. Tapi sebab dah ada reserved seats, pergi je lah walaupun nampak samar-samar je stage tu. 

Awal jugak kitorang gerak ke Plaza Alam Sentral sebab malam final ramai orang yang datang jadi kena berebut parking. Sebelum masuk studio tu lepak dulu dekat KFC sebab malas nak beratur lama depan pintu studio. Bila naik atas terus beratur sebab orang dah mula ramai. Panas dekat luar studio tu sebab tak ada kipas atau air-cond pun. Usaha sendiri lah kalau nak bawak kipas tangan. Saja mention panas sebab nak orang tau tak best pun datang studio ni. 

Bila jam dah tunjuk jam 8 malam, kaki pun dah lenguh berdiri, pelik juga kenapa tak dipanggil masuk dalam lagi. Ikut hati nak balik je masa tu sebab rasa buang masa sangat beratur lama. Dekat monitor tu nampak semua seat dekat dalam studio dah penuh. Hmmm takkan lahh.... 

Selalunya 8.30 malam dah start rehearse tepuk tangan tapi sampai waktu ni pun tak dapat masuk lagi.  Tiba-tiba dengar announcement 'kerusi dekat dalam dah penuh! You guys boleh masuk tapi kena berdiri sampai habis? Okay ke?' Tak sempat nak berfikir orang belakang dah berpusu-pusu nak masuk. Staff TV3 suruh masuk dan penuhkan bahagian belakang. 

Masa ni ada fans Yamani Abdillah-Zaki Yamani, Bella Astilah-Wani Kyrie dengan fans Ayda Jebat dengan Fyna Jebat. Maksudnya satu fan club je berjaya masuk dan penuhkan seat, fans Naim Daniel-Sissy Iman. Bukan nak buat kontroversi tapi nak bagitahu macam mana TV3 arrange seat sampaikan 3 fanclub kena berdiri dekat belakang studio. 

Berdiri satu jam dekat luar studio pun dah penat, bayangkan kena berdiri lagi dua jam semata nak tengok persembahan yang nampak tak nampak. Of course stage jauh lepastu kitorang ni rendah je, sah-sah la tak nampak langsung. Nampak ketiak orang je buat apa? Sudahnya kitorang balik. Merepek sangat TV3 buat kerja macam ni. 

Bila tanya macam mana boleh tak ada seats sedangkan dah reserve untuk setiap fan clubs rupanya diorang tak expect akan ramai macam tu. Kalau tak cukup satu fan club je boleh terima lah tapi sampai 3 fan clubs kot. 

Anyway, congrats Yamani Abdillah dengan Zaki Yamani dapat jadi juara. Berjaya jugak Kak Liya buat surprise minta Dato' Jamal datang tengok persembahan akhir dari anak-anak dia. 

6 comments

  1. hmmm, diorang kena take serious lah macam ni. kesian org kena berdiri.

    ReplyDelete
  2. Senangnya jawapan.. Tak sangka ramai.. Ish.. Kesian tu nak kena berdiri sampai dua jam.. Menunggu je da sejam.. ish..

    ReplyDelete
  3. Perghh begitulah realitinya ya. Sakit juga jiwa dah beratur lama kena masuk berdiri tu

    ReplyDelete
  4. alahai organizer ni tak proper la, tentu2 kena expect ramai yg dtg haishh

    ReplyDelete
  5. memang x minat la kan bab yg kena beratur n ramai2 mcm ni

    ReplyDelete
  6. sedihnya bila jadi cmni.. Cuya tengok dri TV je mampu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.