Movie Review | Pulau (2023)

Tuesday 28 February 2023


Pengarah : Euho 
Penulis Skrip : N/A 
Pelakon : Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi, Vikar, Namron, Eddie, Wan Hanafi Su
Syarikat Produksi : WebTVAsia, My Way Pictures, Film Force Studio
Pengedar : GSC Movies  
Genre : Seram / Thriller
Durasi Tayangan :  111 minit
Tarikh Tayangan :  09 Mac 2023
Trailer :


Naskhah seram terbaru terbitan WebTVAsia, My Way Pictures dan Film Force Studio mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda yang bertukar jadi tragedi kerana terkena sumpahan makhluk ilmu hitam yang kejam. 

Kat (Amelia Henderson) yang mempunyai kelebihan deria keenam mendengar suara-suara aneh dan juga bayangan tentang pasangan suami isteri yang dibunuh oleh orang kampung sejak dia sampai ke tempat percutian tersebut. Awalnya Kat cuma abaikan perkara itu kerana tak mahu merosakkan mood kawan-kawannya yang lain tapi semakin lama semakin teruk dirinya terkesan. Akibat kalah dalam pertaruhan, Kat, Khai (Ikmal Amry), Ben (Alif Satar), Lili (Joey Leong), Mark (Vikar), Yus (Sanjna Suri) dan Dauz (Jazmy Juma) dihantar ke pulau terlarang. Keadaan bertambah teruk bila Khai dan Ben sentiasa bercanggah pendapat. 


Boatman (Namron) dah larang supaya jangan pergi ke pulau tersebut kerana sumpahannya dan juga keadaan yang terpencil namun Yaya (Sabronzo) dan kekasihnya (Harris Anuar) tak percaya dengan dongeng tersebut dan hantar geng yang kalah ke sana selama satu hari satu malam. 

Di pulau tersebut, mereka diganggu oleh makhluk ngeri (Evie Feroza) yang perlukan darah manusia untuk hidup dan berkuasa lantas Kat mencari tahu apa sebenarnya yang terjadi di kampung tersebut lalu berusaha mematahkan sumpahan yang tergatra bertahun lamanya. 


Idea asal naskhah Pulau merupakan template cliché untuk mana-mana filem seram sepertimana yang dapat dilihat dalam trailer. Dah tentunya plot utama sudah dapat dijangka bila menonton filem sepanjang 111 minit ini. Namun ada beberapa faktor utama yang membuatkan filem Pulau tampak menarik dan layak dikategorikan sebagai filem tempatan yang berkualiti. 

Menjadikan Langkawi sebagai lokasi utama penggambaran, sudah tentunya sinematografi yang berlatarkan alam semulajadi membuatkan filem Pulau tampak memukau. Walaupun pulau larangan tersebut ada makhluk seram tapi luaran tetap nampak cantik. Props dan make up semuanya dibikin dengan penuh teliti untuk menghidupkan rasa seram dan menambahkan impak pada screenplay juga penceritaan. Lagu tema sama ada Kau Aku Satu – Alif Satar & The Locos ataupun Sudi – Dolla ft Yonniboi antara penyeri filem Pulau.



Macam semua pelakon share tentang pengalaman masa shooting, semua rasa macam pergi bercuti. Disebabkan fun vibes dekat set, lakonan masing-masing langsung tak nampak kaku walaupun kebanyakannya adalah pelakon baru seperti Sabronzo, Vikar, Jazmy Juma, Alex dan ramai lagi. Rasanya pertama kali nampak Amelia dengan Ikmal digandingkan bersama tapi chemistry tu kuat sangat. 

Timbul juga pertanyaan sama ada watak Kat sebenarnya suka pada Khai ataupun Ben sebab setiap kali Khai make a move, nampak muka dia macam kesian melayan ataupun terpaksa. Berbeza pula ceritanya kalau Kat dengan Ben, senyum memanjang. Mungkin Kat segan dengan Khai ataupun takut Khai tak nak percaya tentang kelebihan sixth sense dia. Kat nak cerita dekat Ben pasal kelebihan dia pun, banyak kali bertangguh. 


Happy tengok Ikmal Amry dapat serlahkan potential dia dalam filem Pulau padahal sebelum ni hampir tolak tawaran untuk watak Khai. Kali kedua Am bekerja dengan Alif Satar lepas filem Rasuk (2022) yang juga merupakan naskhah seram thriller jadi tak ada masalah untuk wujudkan dinamik yang kuat semasa di pulau larangan tersebut. 

Sepertimana filem lain, Pulau juga ada kelemahannya bila penulis tak kembangkan dengan baik barisan watak utama terutamanya Kat. Pengarah pula lebih suka menggunakan close-up shot macam babak pertaruhan sampai tak nampak seni tarian magunatif. Kalau pelakon tak pandai menari sampai banyak kali tersepit pun tak ada masalah sebab semua watak bukan penari pun. 


Babak flashback tentang Mori dan suaminya pun tak perlu sampai diulang dua kali sebab kita dah tahu dari dalam trailer lagi. Patutnya bagi ruang pada geng Yaya ataupun gangguan seram dan perkara aneh di pulau tersebut. 

Dek kerana trailer yang mengandungi magic tricks, ramai yang beranggapan filem Pulau tak ada isi sampai perlu tarik penonton dengan babak panas tapi fokus utama dalam filem Pulau lebih terarah pada mesej kemanusiaan dan juga persahabatan yang kuat. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.