‘KAU AKU SATU’ SINGLE OST PERTAMA ALIF SATAR & THE LOCOS

Tuesday 21 February 2023

‘KAU AKU SATU’ SINGLE OST PERTAMA ALIF SATAR & THE LOCOS | Saksikan Muzik Video ‘Kau Aku Satu’ Secara Eksklusif di Youtube WebTVAsia.

Selepas berjaya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 37, kumpulan penyanyi terkenal, Alif Satar & The Locos tampil dengan single terbaru yang bertajuk Kau Aku Satu. Lagu yang bergenre retro pop ini  merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat. Lagu ini juga turut menampilkan melodi dan lirik berbeza yang membakar semangat baharu buat Alif Satar & The Locos untuk menyajikan kepelbagaian dalam menghasilkan karya mereka. 


“Kau Aku Satu” mengisahkan tentang sebuah kisah cinta di antara dua dunia yang berbeza dimana mereka di halang kerana perbezaan hidup. Namun, mereka tetap berjuang mengharungi setiap onak duri bersama dan membuktikan jelas bahawa cinta yang tulus menyatukan mereka berdua. 

Mengekspresikan tempo yang rancak serta korus yang menarik, single terbaru daripada mereka ini bakal menjadi lagu hit di carta radio muzik tanah air. Mereka amat gembira dengan komitmen penerbit lagu kali ini dan mengutamakan semua aspek dalam penghasilan dan penerbitan lagu ini. Alif Satar & The Locos berharap agar Kau Aku Satu dapat mengetengahkan karya baharu industri muzik Malaysia. 

Alif Satar dan The Locos merupakan sebuah band yang dianggotai oleh Alif Satar sebagai vokalis, Tam Cobain (gitar) , Efry Arwis (bass), Faliq Auri (saksofon) dan Rajwan Juni (dram). Mereka semua sangat gembira untuk terus membuat muzik dan meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Para peminat Alif Satar & The Locos boleh mula mendengarkan single ini melalui platform streaming digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox dan pelbagai lagi mulai 10 Februari ini. Selain itu, muzik video Kau Aku Satu bakal dilancarkan di saluran YouTube rasmi WebTVAsia dan Alif Satar pada 20 Februari ini pada jam 8 malam. 

Single Kau Aku Satu nyanyian Alif Satar & The Locos ini juga merupakan Lagu OST filem Pulau yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia bermula 9 Mac nanti. Filem Pulau turut menampilkan Alif Satar sebagai pelakon utama yang memegang watak sebagai Ben. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem Pulau adalah, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Namron dan ramai lagi. 

LIRIK LAGU KAU AKU SATU

Penyanyi : Alif Satar & The Locos
Komposer: Iqie Hugh & Firdaus Rahmat  (World Peace Entertainment)
Lirik:  Iqie Hugh & Firdaus Rahmat  (World Peace Entertainment)
Producer: Iqie Hugh
Arranger: Iqie Hugh
Keyboard: Iqie Hugh
Mixing: Iqie Hugh
Mastering: Felix Voon

Verse1:
Adakah salah untuk aku mula merasa cinta
Bukankah ia hanya anugerah lumrah manusia
Berkasih juga bersayang
Mengapa harus halang bukannya kita tidak terang
Kau dan aku berbeza, itu benar namun aku tenang
Katakan semua sementara

Chorus:
Pegang tangan ku
Berlari kemana pun
Hanya engkau dan aku lebih tahu
Takkan pernah ku
Melepaskan jiwa mu
Kerana kita sudah lama bersatu
Kau aku satu
Kau aku satu

Verse2:
Tak ku berpaling tadah, bukan mudah bukan alasan
Tugas ku cuma mahu, menjaga mu hanya satu nyawa
Biar diri ku mencuba

Pre-Chorus:
Walau di telan dunia
Takkan terhapus kita

Bridge:
Jangan pernah lelah
Selagi awan belum cerah
Percaya lah cinta
Sempurna itu bila bersatu

Chorus:
Pegang tangan ku
Berlari kemana pun
Hanya engkau dan aku lebih tahu
Takkan pernah ku
Melepaskan jiwa mu
Kerana kita sudah lama bersatu
Kau aku satu
Kau aku satu

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.