Movie Review | Sumpahan Syaitan (2023)

Friday 24 February 2023


Pengarah : Roy Krishna
Penulis Skrip : Roy Krishna
Pelakon : Dato’ Ac Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin, Arin Rajalawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala (Watak Kanak2 Anak Sam), Cracky Don
Syarikat Produksi : DBay Film Factory Sdn Bhd, Redfiress Film Production
Pengedar : N/A
Genre : Seram / Komedi
Durasi Tayangan : 120 minit
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2023 (Malaysia, Brunei dan Singapura)
Trailer :


Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam (Farid Kamil) yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM oleh Ray (Adam Shahz). Kerana ingin kaya dengan cepat, Sam memilih untuk pinjam wang sebanyak RM3 juta dari Branco (Dato’ Jalaludin Hassan). Kawan baiknya, Malik (Dato’ AC Mizal) tak bersetuju dengan keputusan Sam kerana Branco kenakan bunga yang tinggi dan tiada belas terhadap mangsa. Namun Sam masih dengan keputusannya kerana dia yakin dia akan mendapat pulangan tinggi dari bisnes yang dijalankan di bawah Ray. 

Setelah Ray menghilangkan diri pada majlis pengumuman perniagaan tersebut, Sam menyedari beliau telah ditipu dari pelaburan MLM, lantas Malik membantu dengan mengarahkan Sam dan keluarganya menetap di hotel di Segamat. Hotel tersebut agak terpencil jadi agak sukar untuk Branco dan anak buahnya untuk jumpa Sam dalam masa yang singkat. 


Malik minta Sam yang pernah belajar dalam jurusan Hotel Management mengendalikan hotel yang baru dibelinya itu buat sementara waktu sehingga lah Malik pulang ke Malaysia. Kehadiran Sam, isterinya (Nynaa Harizal) dan anak mereka, Angel (Lala) disambut baik oleh pekerja-pekerja di situ. Tak lama pun untuk perkara-perkara aneh dan misteri berlaku sehingga mereka semua terpaksa menyimpan rahsia juga bertahan sehingga Malik pulang ke Malaysia. 

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya? Kenapa perkara aneh mula mengganggu semua orang di hotel tersebut, kena tengok lah di pawagam pada 2 Mac 2023 nanti. 


Naskhah seram komedi arahan Roy Krishna merupakan buah tangan pertama dari DBay Film Factory Sdn Bhd yang telah mula penggambaran sejak tahun 2019 namun tiada peluang untuk dapat tarikh tayangan kerana pandemik. Idea asalnya adalah untuk menghasilkan filem seram sepenuhnya namun melihatkan selera tempatan yang suka dengan filem komedi buatkan pengarah ubah keputusan tersebut. 


Plot utama untuk naskhah Sumpahan Syaitan ini memang cantik dikarang namun babak-babak seram tak ditonjolkan sangat oleh pengarah. Mungkin sebab disediakan untuk tontonan keluarga jadi pengarah lebih heavy ke arah komedi dengan barisan pelawak terkenal seperti Azlee Senario, Apek, Yassin Senario, Syaiful Zero dan lain lagi. Sayanglah sebab lagi menarik kalau kedua genre ini sama banyak. Lagipun penampilan hantu dalam Sumpahan Syaitan agak menyeramkan. 

Naskhah sumpahan Syaitan juga menjadi platform kepada bakat penyanyi baru iaiatu Aniez menerusi lagu Akhirnya Pasti. Selain itu, lagu Pergilah dendangan Amira Anuar dan rap dari Ishraq menjadi lagu tema namun sayangnya kedua-dua lagu ini tak dimasukkan secara kerap dalam filem. Music score antara kelemahan utama naskhah Sumpahan Syaitan kerana ada masanya music lebih kuat sehingga menenggelamkan suara pelakon. Dubbing juga tidak selari. 


Tertarik dengan watak Malik yang sentiasa ada dengan Sam waktu susah ataupun senang. Sikit pun tak ada masalah untuk membantu cuma masa di awal cerita saja yang dia teragak-agak untuk pinjamkan RM3 juta sebab keadaan kewangan yang tak stabil. Walaupun Dato’ AC Mizal dan Pak Ya terkenal dengan keletah kelakar mereka namun dalam filem Sumpahan Syaitan, watak mereka berdua keluar dari kebiasaan. 

Watak Pak Ya sebagai pengurus lama macam sesuatu sangat sebab dia sentiasa mencari pemilik baru untuk hotel berhantu tersebut. Ke mana mayat-mayat pelanggan hotel tersebut menghilang juga menjadi tanda tanya. Mungkin penulis akan kembangkan lagi pada sekuel yang akan keluar tak lama lagi. 


Tapi sebelum tengok sekuel, kena tengok dulu lah yang pertama sebab pengarah nak perkenalkan barisan watak utama bersama hantu yang sentiasa mengganggu juga sejarah tempat tersebut. Kepada yang bakal menonton filem Sumpahan Syaitan di mana-mana pewagam berhampiran, layak untuk menyertai peraduan menarik dan berpeluang untuk menang sebuah motorsikal baharu. Sebanyak 5 buah motor untuk diberi kepada penonton bertuah! Syarat dan penyertaan peraduan akan diumumkan di sumpahansyaitan.com

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.