KL Alternative Bookfest 2023 | Ini Pesta Buku Cara Kita!

Tuesday 28 February 2023

 

Minggu lepas jalan-jalan dekat Pasar Seni menyinggah sekejap dekat KL Alternative Bookfest 2023 di Pasar Seni sementara tunggu maksu sampai. Memandangkan buku yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa KL tahun lepas baru satu saja yang dibaca, maka kali ini kita tengok saja. Tak boleh beli walaupun ada beberapa buku yang menarik perhatian. Lagi satu hal tak ingat jugak sama ada dah beli ke belum novel yang dijual dekat KLAB ni. Masalah bila rajin membeli tapi malas membaca. 




Walaupun nampak pendek je pesta buku ni tapi ada banyak juga publisher yang turut serta macam Buku FIXI, Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Jejak Tarbiah, The Patriots, Bundusan Books, Tokosue, Riwayat Bookshop, Ilham Books, Katapilar, Maple Comics, Gerak Budaya, Hikayat Fandom, Merpati Jingga, Karangkraf, Pelita Dhihin, Dubook, Rabak-lit x Lejen, Kedai Dr Maszlee, Kedai Buku Biblio And Biblio Press, Mangosteen Books, Legasi Oakheart dan banyak lagi. 

Banyak publisher buku baru dan I baru tahu Bundusan Books yang mengangkat naskhah-naskhah dari Borneo. Khusus juga membincangkan topik-topik seperti seni budaya masyarakat di sana, seni pembuatan dan karya lain yang berkaitan. 


Kebanyakan promo dekat sini 3 buku RM50, kira satu buku jatuh harga RM16 macam tu. Ada juga yang bagi kombo 3 buku RM70 tapi gaji tak masuk lagi kan, kita mampu senyum je lah depan seller. First time jumpa penulis, tweetfamous dan bekas ahli politik, Mutalib Uthman. Nak bergambar segan, sebab tak beli buku Dubook hshshs



Punya lah malas nak kira sampai malas nak join contest ni




Turn off tengok nama Arlina Banana

buruk nau terjemah Bahasa Melayu untuk The Art of Not Giving Fuck



Memandangkan KL Alternative Books ni buat di Pasar Seni yang terkenal dengan kedai bunga murah, ada juga booth publisher yang bagi hadiah bunga baby breath atau jenis bunga lain untuk pelanggan yang beli buku. No wonder lah stok dekat Lee Wah susut cepat hari tu. 

Selain jualan buku, pihak SIAR juga menayangkan filem dari zaman 70-an hingga 80-an untuk pengunjung KL Alternative Bookfest yang datang. Ada juga lukisan kanvas yang dijual di KLAB. Memang betul-betul menghidupkan aura Pasar Seni lah event ni. 










Masa sampai tu macam menarik pula sebab ada seksyen khas untuk berdialog bersama penulis. Pagi tu ada Gory, penulis buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Luma. Selama ni nampak dekat Twitter je tapi kali ni jumpa depan mata. I tak stay situ sebab I lapar lagipun umur dah masuk 3 series so bukan target audience hshs




Dah habis makan, jalan-jalan belah luar pun ada lagi booth KLAB. Kat luar lagi seronok sebab ada busking dari Kamila. Sedap suara dia nyanyi lagu Taylor Swift, Separuh Mati Merindu - Judika dan banyak lagi. 

Lepas pukul 2 dah keluar dari event ni sebab orang yang ditunggu dah sampai. Misi untuk meriahkan suasana tanpa membeli apa-apa? Done!

2 comments

  1. Baru tau jugak pasal Bundusan Books tu, satu perkembangan yang bagus ada penerbit yang mengangkat karya dari Borneo.

    Memang geram je tengok buku-buku dijual dengan harga kombo tu. Nak beli tapi kena ingat buku-buku yang menunggu untuk dibaca di rumah 😄

    ReplyDelete
  2. sy tag giveaway ya
    https://www.siinurul.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.