Sertai peraduan untuk menang wang tunai di ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN

Tuesday 21 February 2023

Sertai peraduan untuk menang wang tunai di ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN | Peraduan ‘Lirik Petik ERA’, ‘Korus SINAR’, ‘Gelak GEGAR’ dan ‘FBI Buat Apa?’ di udara.

ERA: Lirik Petik ERA

Teka tajuk lagu di ERA dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara.


o Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Peserta perlu meneka tajuk lagu berdasarkan klip bunyi yang dimainkan oleh personaliti ERA. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram ERA.
o Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM150.
o Dapatkan maklumat tentang ‘Lirik Petik ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Korus SINAR


Nyanyi bahagian korus dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara

o Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Pilih penyanyi dari dua pilihan yang dikongsikan oleh SINAR di platform media sosial dan nyanyikan bahagian korus dari lagu yang diminta oleh personaliti SINAR.
o Peserta yang berjaya menyanyikan bahagian korus mengikut permintaan personaliti SINAR akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150 pada setiap pusingan.
o Dapatkan maklumat tentang ‘Korus SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR. 

GEGAR: Gelak GEGAR


Teka suara selebriti di GEGAR untuk peluang menang RM100, dari 26 Feb hingga 13 Mac

o Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Teka suara selebriti yang bergelak ketawa dari audio yang dimainkan oleh personaliti SINAR. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram dan Facebook GEGAR.
o Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM100.
o Dapatkan maklumat tentang ‘Gelak GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: FBI Buat Apa?


Teka perbuatan dan menang wang tunai sebanyak RM200 dari sekarang hingga 3 Mac di udara

o Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Teka perbuatan yang dilakukan oleh FBI, personaliti ZAYAN, mengikut gambar yang dimuat naik menerusi Instagram dan Facebook ZAYAN.
o Setiap tekaan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200 dan wang tunai akan dibawa ke pusingan seterusnya, jika jawapan yang diberikan adalah salah.
o Dapatkan maklumat tentang ‘FBI Buat Apa?’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.