Showing posts with label SINAR. Show all posts
Showing posts with label SINAR. Show all posts

Menang wang tunai menarik di ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN pada September ini

Tuesday 12 September 2023


Menang wang tunai menarik di ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN pada  September ini |
Semua rakyat Malaysia berpeluang menang wang tunai menarik dalam peraduan-peraduan: ‘Teka Jawline ERA’, ‘Jerat SINAR’, ‘Teka Kacang GEGAR’ dan ‘EJAWI ZAYAN’ di udara.

ERA: Teka Jawline ERA

Teka nama selebriti berdasarkan gambar ‘jawline’ dan berpeluang menang RM250, dari sekarang hingga 22 September di udara


  • Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Peserta perlu meneka nama selebriti berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ERA. Pembayang disediakan di Instagram ERA.
  • Peserta hanya boleh membuat satu tekaan dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM250 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Jawline ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.
SINAR: Jerat SINAR

Jawab 10 soalan dan berpeluang menang wang tunai RM1000, dari sekarang hingga 15 September di udara


  • Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Jawab 10 soalan dengan perkataan ‘ya’ atau ‘tidak’ dalan tempoh 60 saat sahaja.
  • Peserta perlu menjawab kesemua soalan secara berturut-turut dan tidak boleh menukar atau melangkau soalan.
  • Jika kesemua 10 soalan dijawab dengan tepat, peserta berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Jerat SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.
GEGAR: Teka Kacang GEGAR

Teka bilangan kacang dan berpeluang menang wang tunai RM500 dari sekarang hingga 21 September di udara

  • Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Kongsikan tekaan bilangan kacang berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram dan TikTok GEGAR bersama personaliti GEGAR.
  • Pemenang mingguan akan diumum setiap Ahad, jam 10 malam menerusi TikTok Live GEGAR.
  • Tekaan bilangan kacang yang tepat ataupun paling hampir akan membawa pulang wang tunai RM500 secara mingguan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Kacang GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.
ZAYAN: EJAWI ZAYAN

Eja perkataan jawi dan berpeluang menang wang tunai RM200, dari sekarang hingga 22 September di udara

  • Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
  • Eja perkataan jawi berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ZAYAN dalam tempoh 10 saat.
  • Peserta yang berjaya mengeja dengan tepat akan membawa pulang wang tunai RM200 dalam setiap pusingan.
  • Dapatkan maklumat tentang ‘’EJAWI ZAYAN’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN

Tuesday 7 March 2023

Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN | Semua boleh mengambil bahagian dalam ‘ERA Bayar Bil’, ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ dan ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’, dari sekarang hingga 17 Mac, di laman rasmi dan di udara.

ERA: ERA Bayar Bil

Hantarkan bil-bil sehingga RM150 yang ingin dibiayai melalui ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi ERA

o Layari laman rasmi era.syok.my untuk mendapatkan pautan borang penyertaan.

o Lengkapkan penyertaan dengan maklumat diri dan kepilkan lampiran bil untuk dibiayai. Bil yang dihantar boleh di atas nama sendiri atau orang yang dikenali.

o Peserta juga perlu kongsikan kisah disebalik bil yang ingin dibiayai oleh ERA.

o Personaliti ERA akan menghubungi peserta yang berjaya di udara.

o Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR

Teka tajuk filem dalam ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM150, di udara.

o Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

o Teka tajuk filem berdasarkan emoji yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’ SINAR.

o Peserta bersama tajuk filem yang betul akan membawa pulang wang tunai RM150. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.

o Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

ZAYAN: ZAYAN Teka Artis Nasyid

Teka nama artis nasyid dalam ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200, di udara.

o Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

o Teka nama artis nasyid berdasarkan imej yang dimuat naik melalui Facebook dan Instagram ZAYAN.

o Peserta bersama jawapan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.

o Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

Sertai peraduan untuk menang wang tunai di ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN

Tuesday 21 February 2023

Sertai peraduan untuk menang wang tunai di ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN | Peraduan ‘Lirik Petik ERA’, ‘Korus SINAR’, ‘Gelak GEGAR’ dan ‘FBI Buat Apa?’ di udara.

ERA: Lirik Petik ERA

Teka tajuk lagu di ERA dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara.


o Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Peserta perlu meneka tajuk lagu berdasarkan klip bunyi yang dimainkan oleh personaliti ERA. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram ERA.
o Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM150.
o Dapatkan maklumat tentang ‘Lirik Petik ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

SINAR: Korus SINAR


Nyanyi bahagian korus dan berpeluang menang RM150, dari sekarang hingga 3 Mac di udara

o Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Pilih penyanyi dari dua pilihan yang dikongsikan oleh SINAR di platform media sosial dan nyanyikan bahagian korus dari lagu yang diminta oleh personaliti SINAR.
o Peserta yang berjaya menyanyikan bahagian korus mengikut permintaan personaliti SINAR akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150 pada setiap pusingan.
o Dapatkan maklumat tentang ‘Korus SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR. 

GEGAR: Gelak GEGAR


Teka suara selebriti di GEGAR untuk peluang menang RM100, dari 26 Feb hingga 13 Mac

o Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Teka suara selebriti yang bergelak ketawa dari audio yang dimainkan oleh personaliti SINAR. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram dan Facebook GEGAR.
o Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM100.
o Dapatkan maklumat tentang ‘Gelak GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: FBI Buat Apa?


Teka perbuatan dan menang wang tunai sebanyak RM200 dari sekarang hingga 3 Mac di udara

o Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Teka perbuatan yang dilakukan oleh FBI, personaliti ZAYAN, mengikut gambar yang dimuat naik menerusi Instagram dan Facebook ZAYAN.
o Setiap tekaan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200 dan wang tunai akan dibawa ke pusingan seterusnya, jika jawapan yang diberikan adalah salah.
o Dapatkan maklumat tentang ‘FBI Buat Apa?’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

Menangi wang tunai dan peluang menarik di ERA, SINAR, ZAYAN dan GEGAR

Monday 12 September 2022

Menangi wang tunai dan peluang menarik di ERA, SINAR, ZAYAN dan GEGAR | Menangi wang tunai dalam ‘Sound Terabur ERA’, ‘Ejaan SINAR’ dan ‘Teka Nasyid ZAYAN’ di udara, serta peluang menghadiri  ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ bersama GEGAR.

ERA: Sound Terabur ERA

Teka tajuk lagu di ERA dan berpeluang menang RM200, bermula 12 hingga 23 September di udara


Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
Peserta perlu meneka tajuk lagu berdasarkan klip bunyi yang disuarakan oleh Azad Jazmin, personaliti ERA. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram ERA. 
Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM200. 
Dapatkan maklumat tentang ‘Sound Terabur ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA. 

SINAR: Ejaan SINAR

Berpeluang menang sebahagian wang tunai RM7500, dari 12 hingga 23 September di udara


Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
Teka ejaan untuk perkataan yang dikeluarkan dari perakam suara yang dimainkan oleh pendengar SINAR. 
Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook Story’ dan ‘Instagram Story’ SINAR.
Peserta bersama ejaan yang betul akan membawa pulang hadiah wang tunai yang bernilai sekurang-kurangnya RM200 pada setiap pusingan.
Dapatkan maklumat tentang ‘Ejaan SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

ZAYAN: Teka Nasyid

Teka tajuk lagu nasyid di ZAYAN dan berpeluang menang wang tunai RM150 dari 12 hingga 30 September di udara.


Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
Teka tajuk lagu nasyid berdasarkan klip lagu yang dimainkan oleh personaliti ZAYAN dalam tempoh 10 saat.
Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook Story’ dan ‘Instagram Story’ ZAYAN.
Peserta bersama tajuk lagu nasyid yang betul akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 pada setiap pusingan.
Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

GEGAR: Bekwoh & Dikir Hari Malaysia

Semua dipelawa untuk mengambil bahagian dalam ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’, pada 16 September di Padang Bola KTM, Kampung Kemangan, Machang, Kelantan


Pendengar GEGAR boleh menghantar penyertan dari sekarang hingga 15 September di www.gegar.syok.my 
Lengkapkan maklumat peribadi dan nyatakan sebab mengapa ingin menyertai ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ bersama GEGAR. 
Penyertaan yang menarik akan menerima jemputan untuk menyertai bekwoh dan menyaksikan persembahan dikir barat Hari Malaysia daripada Sirat Maharaja dan K Bistari Bukit Panau, dua kumpulan pendikir tempatan. 
Dapatkan maklumat tentang ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

Ikuti laman rasmi untuk maklumat lanjut


 Personaliti baharu ‘Pagi Di SINAR’, ‘Duo SINAR’ dan ‘R&R SINAR’


Para peminat radio SINAR kini boleh menikmati gandingan baharu di segmen ‘Pagi Di SINAR’, yang kini menampilkan Siti Elizad, menemani Jep, Angah dan Rahim; gandingan baharu di segmen ‘Duo SINAR’, bersama Hefny dan Falyq; serta berhibur bersama Putra Anuar, personaliti baharu di segmen ‘R&R SINAR’, di udara dan menerusi aplikasi SYOK. 

Segmen Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah, Rahim dan Siti Elizad akan terus menghiburkan peminat di setiap pagi Isnin hingga Jumaat, dari 6 hingga 9 pagi, dengan pengisian berikut: 
o Satu Hari Satu Kata, di mana personaliti SINAR akan berkongsi satu perkataan yang jarang digunakan menurut rujukan daripada Kamus Dewan Bahasa.
o Kawan Tanya Ustaz Jawab, di mana peminat boleh bertanyakan soalan tentang ilmu agama di media sosial SINAR dan mendapatkan jawapan daripada Imam Muda Asyraf, selaku tetamu jemputan. 
o Meja Bulat, di mana personaliti ‘Pagi Di SINAR’ berkongsi topik perbincangan harian bersama peminat. 
o Jerat SINAR, peminat berpeluang untuk berinterasi bersama personaliti SINAR dan bermain permainan menarik.


Peminat boleh terus berhibur dengan segmen ‘Duo SINAR’, menampilkan Hefny dan Falyq, gandingan baharu pada setiap Isnin hingga Jumaat, dari 3 petang hingga 7 malam. Pelbagai pengisian menarik yang ditawarkan seperti Kisahnya, perkongsian topik semasa dan tular di media sosial; Kota Duo, permainan menarik bersama peminat; Korus SINAR, peminat boleh bernyanyi rangkap lirik dari lagu pilihan; dan Cer Citer Duo, perkongsian topik menarik bersama peminat dengan membuat panggilan di SINAR. 


Pada waktu malam pula, peminat SINAR ditemani Putra Anuar, personaliti baharu SINAR yang juga gemar mencipta kandungan di aplikasi TikTok. Putra akan bersama pendengar di segmen ‘R&R SINAR’, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 malam hingga 12 tengah malam dan akan membawakan Berita sukan, perkongsian trivia dan topik menarik, serta pilihan lagu-lagu terbaik. Peminat boleh menantikan pengisian-pengisian terkini, termasuk: 
o Cerita Sukan, di mana Putra berkongsi info ringkas dan terkini tentang berita sukan 
o Nak Tahu?, di mana Putra akan menyampaikan fakta-fakta menarik bersama peminat
o Kata-Kata Tak Terungkap, di mana peminat boleh membuat permintaan lagu 
o Jiwang Jumaat, setiap hari Jumaat, di mana Putra akan memainkan lagu-lagu jiwang dan peminat boleh sampaikan ucapan buat yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti dan pengisian-pengisian baharu di SINAR, layari www.sinar.my atau ikuti platform media sosial. 

Ulasan Erman Zaki, Pengurus Kandungan SINAR

“Kami teruja untuk menampilkan barisan personaliti SINAR terkini yang diperbaharui untuk hiburan para pendengar, dengan kehadiran Siti Elizad di Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah dan Rahim, Duo SINAR bersama Hefny dan Falyq, serta R&R SINAR bersama personaliti baharu, Putra Anuar. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka dan berharap para peminat dapat terus berhibur dengan barisan personaliti dan pengisian menarik di SINAR.”