Movie Review | The Vvaan: Force of the Forrest (2026)

Sunday, 15 November 2026

Pengarah: Deepak Kumar Mishra  
Penulis Skrip: Arunabh Kumar, Anandeshwar Dwivedi (Dialog)
Pelakon: Sidharth Malhotra, Tamannaah Bhatia, Anup Soni, Sunil Grover, Shweta Tiwari, Maniesh Paul, Sulabha Arya, Avtar Gill, Milind Gunaji
Syarikat Produksi: Balaji Motion Pictures, TVF Motion Pictures, 11:11 Productions  
Pengedar: Pen Marudhar
Genre: Fantasi / Thriller 
Durasi Tayangan: 136 minit
Tarikh Tayangan: 25 September 2026   
Trailer:


Rishi Kumar (Sidharth Malhotra) bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat. Semasa di tapak pembinaan, pekerja di situ hampir mengalami kemalangan tapi sempat dihalang oleh Rishi. Semua pekerja bersyukur kepada dewa yang menjaga keselamatan mereka. Hanya Rishi yang menidakkan perkara tersebut kerana faktanya, dia yang selamatkan mereka semua. Dia juga merupakan seorang atheist sejak 6 tahun lalu. 

Abang Rishi, Shashi Kumar (Anup Soni) minta Rishi dan isterinya, Mamta (Tamannaah Bhatia) pulang ke kampung untuk menyambut hari pemujaan di sana padahal Rishi dan rakan baiknya, Ved Prakash a.k.a VP (Maniesh Paul) dah merancang untuk pergi bercuti di Goa. Dek kerana perlukan duit untuk buat rawatan IVF, Rishi turutkan saja kemahuan Mamta walaupun dia menyampah bersua muka dengan kakak iparnya, Shushila Kumar (Shweta Tiwari). 


Sejak insiden yang berlaku 6 tahun lepas, hubungan mereka semua mula renggang dan Rishi juga jarang pulang ke kampung. Tambah pula bila orang kampung di situ menolak kemajuan seperti yang dicadangkan oleh Deepak (Sunil Grover). Ramai orang kampung meninggal sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital kerana tiada sesiapa pun yang berani mengganggu hutan yang dikatakan mempunyai penunggu juga harimau sakti yang berjaga di waktu malam. 


Seperti yang dijangka Rishi dan Sushila mula bertengkar tentang kejadian yang berlaku 6 tahun lepas hingga mengakibatkan anak saudaranya, Phinish masuk ke dalam hutan pada waktu malam untuk buktikan pada keluarganya yang lagenda hutan cuma mitos semata. Malangnya, dia diserang oleh makhluk ghaib. 


Filem The Vvaan: Force of the Forrest terbitan Ekta Kapoor menerusi syarikatnya, Balaji Motion Pictures diarahkan oleh Deepak Kumar Mishra. Sudah beberapa kali filem The Vvaan: Force of the Forrest dianjakkan tarikh tayangan dan beberapa kali juga tajuk filem bertukar. Kalau ada yang tertanya kenapa Forest dieja Forrest, mungkin itu adalah satu cara Ekta Kapoor nak selamatkan filem dari flop sebab dia memang percaya dengan tuah pada nama. 


Keputusan untuk tampilkan Siddharth Malhotra dan Tamannah Bhatia adalah keputusan yang menarik bila pasangan ini segar dan baru dalam industri. Chemistry menjadi malah dinamik mereka berdua pun setara. Sayangnya, watak Mamta tak dapat banyak screentime dan cuma diperlukan dalam lagu. Daripada kurangkan screentime Tamannah, baik kurangkan screentime Maniesh. Babak komedi dia dengan nenek Rishi (Sulabha Arya) tu menghiburkan pun sebab memang babak tu kelakar. 


Sinematografi dari Manu Anand banyak menggunakan keindahan landskap kawasan hutan yang mmepunyai keindahan semulajadi. Tapi tak semua lah nampak real sebab ada babak macam berlakon dalam set macam babak dekat kuil Vvan Devi. Penggunaan CGI untuk menghidupkan makhluk ghaib atau letupan pun tak berapa menjadi tapi tak lah mengganggu penceritaan sangat. 

Music album The Vvaan: Force of the Forrest dari Tanishk Bagchi, amit Trivedi Vishal Mishra dan lain-lain menghimpunkan 8 buah lagu. Lagu romantik Samjho Na dendangan Jubin Nautiyal dan Suvarna Tiwari berjaya menghidupkan dunia perkahwinan Rishi bersama Mamta yang bahagia sementara lagu Thummak Thummak menjadi lagu bertenaga untuk musim perayaan. 



Masa pertama kali dengar lagu Koi Hai ingatkan Vishal Shekhar yang nyanyi sebab suara penyanyi ni ada tona dan energy yang sama rupanya penyanyi baru. Kalau Vishal dah malas nak nyanyi, boleh ganti dengan Arun Kamath dan Janvi Jain ni. Lagu Koi Hai mungkin agak seram untuk didengar tapi lagu ni memang sesuai sangat dengan vibe seram dan juga kejutan yang dibawa. 


Filem The Vvaan: Force of the Forrest mempunyai idea yang menarik bila ketengahkan lagenda Vvan Devi, Bhutakkas dan perbalahan antara kemodenan atau pantang laran sejak berkurun lamanya. Sayangnya, ketegangan konflik kurang terasa terutamanya pada separuh masa kedua filem. Tak sepatutnya Shushila marah dengan Rishi lepas apa yang jadi 6 tahun lepas. Dia sepatutnya lebih faham perasaan Rishi dan Mamta tapi bila filem ni dihasilkan oleh penulis yang memang berkecimpung dalam drama siri televisyen, penceritaan pun menuju ke arah yang sama. 


Kalau filem ni berada di tangan pengarah yang tepat, mungkin penceritaannya lebih menarik. Pelakon yang dimasukkan pun tak lah menarik dan berpengalaman untuk filem thriller. Dah terbiasa berlakon dalam siri televisyen yang suka berdrama, sampai hilang vibe thriller sebaliknya jadi drama. 


Babak Mamta kemalangan di tasik pun tak perlu sebab benda tu jadi draggy, patutnya biarkan Rishi halang pihak antagonis dekat hutan. Elemen misteri yang dimasukkan menjadi bila kita tertanya-tanya identiti Rishi sebenarnya. Kejutan yang dipaparkan pun menarik tapi sekali lagi filem jadi meleweh pada final act. 

The Vvaan: Force of the Forrest not bad untuk ditonton secara santai bersama keluarga. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 5.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.