Terlajak Beli BTS Meal McDonald

Monday 31 May 2021

Dua minggu lepas dah tahu dah McDonald ada kolaborasi dengan kumpulan Kpop yang terkenal di Hollywood ni. Dah mark dalam kalendar dah yang 26 haribulan BTS Meal akan keluar. Kebetulan tarikh tu jatuh masa public holiday Hari Gawai. Confirm sesak punya semua outlet McD. 


Sebenarnya Pana bukanlah seketul Army pun. Cuma fangirl kepada Jungkook je itupun baru bulan lepas jatuh cinta. Niat asal nak beli BTS Meal ni bukan sebab peminat tegar BTS tapi sebab nak dapat photo card Jungkook yang akan diletakkan bersama dalam set tu. Tiga hari sebelum BTS Meal ni keluar, lagu Butter released dulu. 

Yang syoknya dengan lagu baru dari BTS ni haruslah sebab intro dari Jungkook dan visual Jungkook lebih lama dari ahli lain. Kalah V yang menang 100 Most Handsome Men 2020. Dah boleh agak yang nama Jungkook dah naik lately so kalau tak dapat photo card memang redho je lah, nak buat cemana khennn. 


Pukul 9 pagi dah standby depan laptop sebab nak order BTS Meal ni tapi pukul 2 lebih baru dapat order online. Patutnya pagi tu keluar je pergi outlet sebab ramai yang order online instead pergi beratur. McD bukannya jauh pun dari rumah tapi sebab malas wei. Bila dah excited sangat place order, tak perasan yang I dah order sampai 3 set. 

Kalau ada photo card Jungkook takde la rasa macam mehh sangat. Dah la tak dapat photocard sebab ikut negara. Dah la set ni mahal dari biasa. Nasib baik lah packaging dia cantik. Warna ungu memang warna favorite jadi tak lah rasa bazir sangat beli. Tetap cantik dekat mata gittewww (ayat justify seketul Pana). 

Nasib baik adik dah book siap-siap bekas BTS Meal ni. Semua dah siap cuci dah. Tinggal nak bawak balik Sabak Bernam je yang entah bila dapat peluang tu entah....

Btw hari Khamis tu lepas balik kerja terus singgah Mr. DIY sebab nak beli frame untuk simpan packaging BTS Meal ni. Kosong okay shelf frame gambar tu. Tinggal yang dah pecah je semua. Nasib baik lah di timbunan yang retak tu ada satu yang elok. Memang satu-satunya tinggal. Rasa macam takdir frame ni memang akan berakhir di tangan I hshshs


Frame ni sebenarnya belum lengkap lagi sebab gambar Jungkook tak ada. Nanti nak print letak dalam ni tapi bila tu entah lah. Ada kawan tanya kenapa plastik sos tu pun nak frame sekali. Jawapan dia sebab sos tu BTS pick. Dekat set lain tak ada sos ni so dekat situ lah tempat yang sesuai kalau beli benda rare ni hahaha


Untuk menaikkan semangat bekerja dalam keadaan pandemik, secebis dari packaging BTS Meal tu sangat lah perlu ye....

Packaging BTS Meal ni cantik sampai ada yang buat keychain ataupun background untuk casing phone. Bagi I cukup lah frame je then gantung dekat bilik supaya aura kebahagiaan dari Jungkook tu menyinar setiap hari. 

Ni kalau mak aku baca ni confirm dia berletiaq. Nasib lah dia tak reti bukak blog hahahaha selamat berkuncitara semua. Stay safe and be strong ❤🌸

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

 

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor

Setiap kali mengalami kondisi hidung berair dan tersumbat, mungkin ramai yang akan menyangka bahawa ia adalah disebabkan alahan rhinitis. Tidak kurang juga yang turut akan menganggap ia sebenarnya didalangi oleh penyakit biasa seperti selesema atau flu akibat jangkitan virus.

Namun dalam era pandemik bertaraf global yang dialami seantero dunia kini, ia juga mungkin jadi petanda anda dijangkiti wabak Covid 19. Persoalannya, apakah perbezaan yang wujud di antara 4 penyakit hampir serupa ini? Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Persoalannya, apakah perbezaan yang wujud di antara 4 penyakit hampir serupa ini? Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Kesemuanya serupa tapi tidak sama?

Kondisi selesema, flu, alahan rhinitis serta COVID-19 kesemuanya adalah hampir serupa tetapi tidak sama kerana wujud perbezaan yang ketara.Ini kerana keempat-empat jenis penyakit ini akan menyerang bahagian pada tubuh badan yang sama iaitu sistem pernafasan manusia.

Mungkin salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk membezakan penyakit-penyakit ini adalah dengan melihat pada punca dan simptom.

“Membezakannya adalah sangat penting agar penderita mampu mendapat rawatan yang tepat dan mengambil ubatan yang betul,” jelas Pakar Penyakit Jangkitan Pernafasan Dr. Teresa Hauguel.

Jadi, apakah yang kita semua perlu tahu tentang perbezaan 4 penyakit ini sebelum diagnosis?

Perbezaan punca 4 jenis penyakit ini!

Untuk pengetahuan anda, kondisi selesema, flu, alahan rhinitis serta COVID-19 kesemuanya didalangi oleh penyebab yang berbeza. Memang benar bahawa 3 daripada 4 penyakit ini dicetuskan oleh jangkitan virus namun 1 daripadanya disebabkan oleh perkara lain.

Berikut adalah perbezaan punca penyakit-penyakit ini:

i. Selesema

Selesema berlaku akibat daripada jangkitan virus bernama rhinovirus yang boleh berjangkit dari individu ke individu lain melalui udara serta kontak rapat.

ii. Flu

Flu berlaku akibat daripada jangkitan virus bernama influenza yang juga berjangkit dari individu ke individu lain melalui udara serta kontak rapat.

iii. Alahan rhinitis

Alahan rhinitis terjadi akibat alergen yang terdapat di udara seperti debu, habuk, pasir, asap, debunga, bulu haiwan serta pelbagai lagi perkara lain.

iv. COVID-19

Wabak Covid 19 yang sedang menular di seluruh dunia kini berpunca daripada virus korona baharu yang boleh merebak melalui udara, sentuhan dan titisan kontak rapat sesama manusia.

Meskipun kesemuanya dikatakan akan mendatangkan simptom yang serupa seperti hidung berair dan tersumbat, namun masih wujud perbezaannya!


Perbezaan simptom 4 jenis penyakit ini!

Meskipun tanda-tanda menghidap 4 penyakit ini adalah hampir serupa namun ia tidak sama, perhatikan gambar rajah di bawah ini:

Sebagai tambahan, wabak Covid 19 juga akan mendatangkan beberapa simptom lain yang tidak terdapat pada 3 penyakit itu termasuklah:

  • Hilang deria rasa dan bau
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit

Dapat disimpulkan di sini adalah wabak Covid 19 akan membawa simptom yang paling teruk dan perlu segera mendapatkan rawatan. Pun begitu, tidak wajar juga untuk anda hanya membiarkan sahaja simptom penyakit yang lain kerana ia juga berisiko sebabkan komplikasi.

Apa anda perlu buat jika menghidap penyakit ini?

Sudah tentu perkara pertama yang kalian perlu buat adalah berjumpa dengan doktor untuk melakukan diagnosis bagi menentukan jenis penyakit terbabit. Selepas itu, sila berkonsultasi dengan doktor untuk mendapat rawatan dan mengambil ubatan yang diperlukan bagi merawat penyakit yang tertentu.

Bagi kondisi alahan rhinitis, mungkin apa yang kalian perlu lakukan adalah mengambil ubat antihistamin selain mengelak daripada segala alergen. Bagi kondisi selesema dan flu pula, pengambilan ubat antiviral serta ubatan lain mungkin akan diperlukan untuk merawat simptom-simptom tersebut.

Sekiranya anda sah dijangkiti COVID-19, sila patuhi arahan untuk menjalani kuarantin di rumah bagi mengelakkan virus itu tersebar dengan makin teruk.

Drama Review | The Big Bang Theory Season 12

Sunday 30 May 2021

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Sean Astin, Kal Penn, Lauren Lapkus, Rati Gupta, Lindsey Kraft

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 24 September 2018 – 16 May 2019

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Lepas tercetusnya teori super asymmetry dari Sheldon Cooper (Jim Parsons) dan Amy (Mayim Bialik)masa majlis perkahwinan diorang dalam season 11, diorang berdua teruskan kajian tersebut dalam season 12. Hasil dari kajian mereka berdua menjadi formula penyelesaian kepada dua orang ahli fizik yang hampir kemurungan dalam bidang masing-masing - Dr. Greg Pemberton (Sean Astin) dan Dr. Kevin Campbell (Kal Penn). 

Disebabkan perkara tersebut, nama Sheldon dan Amy tercalon dalam senarai penerima anugerah prestij Nobel. Malangnya disebabkan penemuan super asymmetry tu dibuktikan oleh Dr. Greg dan Dr. Kevin, mereka terpaksa berkongsi anugerah tersebut. Tapi hanya 3 nama sahaja yang boleh terima satu anugerah Nobel. Masing-masing taknak mengalah sehingga lah Dr. Barry Kripke (John Ross Bowie) datang dengan dokumen sulit. 

Tak tahu lah pengarah sengaja simpan idea untuk kenakan Sheldon ataupun tiba-tiba dapat idea sebab dah episod terakhir. Scene Howard Wolowitz (Simon Helberg)  tiru gaya Sheldon dalam episod 6 "The Imitation Perturbation" tu lawak gila. Tak berhenti gelak sampai Sheldon dengan Amy pun balas dengan benda yang sama. Amy memang jenis tak chill langsung padahal dia pun tahu Sheldon sejenis narsistik dan pentingkan diri. Sebelum ni dalam Season 7 dia dah potong mood bila cerita tentang kebaikan Sheldon padahal tak ada kaitan pun. 

Bila dah semua watak ada pasangan masing-masing, Raj (Kunal Nayyar) mula stress dan murung sebab semua kawan dia dah berkahwin. Even Stuart (Kevin Sussman) pun dah berjumpa dengan Denise (Lauren Lapkus) yang minat komik macam dia. So Raj minta ayah dia carikan perempuan untuk jadi calon isteri dalam episod 3 - "The Procreation Calculation”. Since Raj desperate untuk berkahwin, memang dia mudah sangat jatuh cinta dengan Anu (Rati Gupta) tapi Penny (Kaley Cuoco) dengan Bernadette (Melissa Rauch) tak setuju dengan keputusan kawan baik mereka. Awalnya nak buat background check dekat Anu tapi end up jadi kawan pulak sebab Anu ada ramai kenalan untuk dapat pas VIP. 

Bila Sheldon dah ada life sendiri, Leonard (Johnny Galecki) mula rasa kosong dalam hidup dia sebab selama ni kena layan perangai Sheldon je. Penny pula dah bagitau awal-awal yang dia taknak ada anak so bila Zack (Brian Thomas Smith) dengan isteri dia, Marissa Johnson (Lindsey Kraft) minta bantuan Leonard untuk derma sperm, dia tak teragak-agak dah nak bagi. Tapi Penny pula yang rasa awkward dan Sheldon throw tantrum sebab Zack prefer nak guna sperm Leonard sedangkan dia genius, tinggi, tak ada asma dan bukannya lactose intolerant. 

Dalam season akhir ni baru berjaya tengok muka anak-anak Howard dengan Bernadette. Kemain team production sorok muka Halley dengan Michael sampai episod akhir. Halley dah besar dah pun so dia dah tak menangis macam nenek dia dah. Tapi macam kelakar lah sebab kulit dia agak tan padahal Bernadette dengan Howard kulit pucat. 

Sepatutnya sitcom The Big Bang Theory di bawah terbitan CBS ni ada lagi 3 season dan skrip dah siap dah pun tapi disebabkan Jim Parson dah taknak berlakon dah, so diorang terpaksa lah stop tayangan. Tapi tengok gaya episod last dan ending scene, ada kemungkinan besar sitcom ni akan mula rakaman balik. Team production bagitahu bila Jim ready nak berlakon balik, diorang semua akan datang ke set. 

Anyway thanks to The Big Bang Theory cast and crew sebab menghiburkan hari-hari yang muram, stress dan menjengkelkan. Thanks to Netflix sebab tayang sitcom ni dekat platform diorang. Lepas ni mungkin akan tengok Young Sheldon, itupun kalau jumpa complete season lah. Kalau tak jumpa, mungkin layan balik How I Met Your Mother hehe

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, John Ross Bowie, Brian Posehn, Laurie Metcalf, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 25 September 2017 – 10 May 2018

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Episod 1 untuk season 11 The Big Bang Theory ni dah diberikan kejutan bila Sheldon Cooper (Jim Parsons) ambil flight untuk pergi ke Princeton, New Jersey untuk melamar  Amy (Mayim Bialik). Kira dah boleh agak lah yang season ni akan focus lebih terhadap pasangan ni sebab diorang nak kahwin. Dah boleh agak macam mana serabutnya Amy nanti bila nak berbincang pasal majlis perkahwinan diorang. 

Masa Sheldon cakap ada lagi sorang dia kena bagitahu pasal lamaran tu dan mintak restu, ingatkan dia nak bagitahu family dia ataupun family Amy, rupanya dia mintak restu dengan Stephen Hawking lol this man. Sitcom ni dah mula berubah dari lawak orang bujang kepada lawak married adults. Walaupun Raj single, dia tetap ada komitmen kepada Cinnamon dan Halley. 

Dalam episod 2 - "The Retraction Reaction", Leonard (Johnny Galecki) tanpa sengaja mengaku dekat radio stesen yang fizik sebenarnya dah mati. Pendapat dia mempengaruhi pendapat Sheldon kemudiannya Howard Wolowitz (Simon Helberg)  dan Raj Koothrapalli (Kunal Nayyar). Murung semua orang disebabkan pendapat Leonard. Dah la projek diorang dah kena rampas dengan Air Force. Scene diorang pergi kubur Richard Feynman tu kelakar and at the same time, inspiring. 

Dalam season 11 ni Howard dengan Raj bergaduh lepas 11 tahun berkawan rapat sepanjang sitcom ni bersiaran. Friendship diorang rapat sangat sampai Bernadette (Melissa Rauch) pun anggap suami dia bercinta dengan Raj. Punca diorang bergaduh bila Howard suka sangat mengusik dan merendahkan Raj sampai dia rasa tak confident untuk pergi jauh. Bila ayah Raj, Dr. V. M. Koothrappali (Brian George) pointed out benda tu baru dia nampak masalahnya dekat mana. 

‘Standing up to him was hard but it made me realize that I can do anything and yeah, it’s a little sad but you know, life is all about…’ – Raj 

Nasib baik director dan penulis bagi peluang kepada watak Raj untuk berkembang dalam kerjaya dia dan ubah penampilan diri walaupun tak sepenuhnya. Dalam season 10 Raj merajuk bila kawan-kawan dia tak mention pasal perubahan dan achievements dia tapi dalam season ni Raj diberikan perhatian. But still kecewa betul bila relationship dia gagal lagi. 

Season lepas Will Wheaton tak ada langsung sepanjang tayangan tapi dalam season ni dia buat kemunculan untuk program Professor Proton lepas Arthur Dr. Arthur Jeffries (Bob Newhart) meninggal. Setiap kali muncul mesti akan bergaduh dengan Sheldon. Kali ni sebab Will yang dapat watak Professor Proton sedangkan Sheldon dah minta tips lakonan dari Penny (Kaley Cuoco) dan ada youtube channel sendiri – Fun With Flags. 

Selain Will Wheaton dan Stephen Hawking, season 11 agak menarik lah sebab ada cameo dari Bill Gates dalam episod 18 - "The Gates Excitation" dan beberapa selebriti ataupun saintis terkenal di US. Dalam season ni juga fans dapat tengok abang sulung Sheldon, George Cooper (Jerry O'Connell) yang dah lama terasa hati sebab perangai adik genius dia tu. Disebabkan Mary (Laurie Metcalf) dah letak syarat yang dia akan pergi ke wedding Sheldon kalau George ada, maka terpaksa lah sheldon berjumpa dan berbaik balik dengan abang dia. 

‘Leonard, you know how I got the money to open up my first store? I busted my ass for it. All the extra money we had, had to go to Sheldon so he could go to college and he could go study in Germany. And you know what he’s never said to me? Thank you.’ – George Cooper

Dekat episod 24 paling berdebar nak tengok sebab Sheldon dengan amy akan berkahwin. Suka sangat tengok wedding dress Amy, cantik sangat even gaunt u banyak layer dan kembang. Makeup Amy pun simple dan cantik. Nasib baik lah Amy dengan Sheldon decide untuk invite semua orang, tak macam wedding Howard-Bernadette dengan Leonard-Penny. Happy sangat tengok season ni tapi cuak jugak sebab dah nak habis dah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Dean Norris

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 19 September 2016 – 11 May 2017

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :

Sitcom The Big Bang Theory terbitan CBS pada awalnya cuma explore kehidupan 4 sekawan - Sheldon Cooper (Jim Parsons, Leonard (Johnny Galecki), Howard Wolowitz (Simon Helberg) dan Raj (Kunal Nayyar) yang bekerja sebagai saintis dalam bidang masing-masing. Makin lama sitcom ni makin berkembang dengan perubahan pada profession dan personal life masing-masing. 

Dalam season ni Leonard dengan Howard discover satu teori baru yang menggabungkan fizik dengan engineering. Disebabkan mereka berdua perlukan Sheldon untuk buat pengiraan saintifik, diorang decide untuk bawa dia masuk sekali walaupun annoyed dan menyampah bila Sheldon nak take credit. Lagi menyampah bila Sheldon memandai je bagitahu yang diorang boleh siapkan projek seperti yang Colonel Richard Williams (Dean Norris) minta. 

Relationship Sheldon dengan Amy (Mayim Bialik) makin bertambah baik lepas breakup dalam season 8. Kali ni satu lagi perubahan besar berlaku dalam hidup Sheldon bila Amy tinggal bersama dengan dia. Amy bagitahu yang rumah dia tengah renovate so dia perlukan tempat tinggal sementara nak tunggu siap. Walaupun renovation tu dah siap tapi dia tetap drag dan menipu supaya dia boleh tinggal lebih lama dengan Sheldon. Amy sorang je yang bahagia hidup dengan Sheldon walhal orang lain tak mampu nak bersabar dengan ‘constructive criticism’ dari dia kecuali Leonard. 

Dalam episod 8 - "The Brain Bowl Incubation", lepas Amy buat ujikaji mengenai primitive neurons melalui transdifferentiation, turns out DNA diorang berdua boleh hasilkan baka yang bagus untuk human species. Disebabkan eksperimen tu, Sheldon dah ready nak ada anak dengan Amy, sebanyak mungkin. Lagi bertambah excited Amy bila tahu reaction Sheldon sebab dalam season 7 boleh nampak yang Sheldon memang tak suka budak-budak. 

'Oh Shelly, how do I put this. By your third birthday, you had memorized over a thousand different kinds of trains, and I never imagined a woman getting aboard any of them.' - Mary Cooper (Laurie Metcalf)

Dalam episod 11 - "The Birthday Synchronicity", diorang pun sembang benda yang sama sementara tunggu Bernadette (Melissa Rauch) selamat melahirkan Hailley. Tak sangka lepas 10 tahun banyak benda yang berubah kecuali Raj dengan Stuart Bloom (Kevin Sussman). 

‘For God’s sake, just drive in the knife, you know.’ – Raj Koothrapalli

Bukan setakat Raj tak ada apa-apa achievements malah dilabel sebagai spoil brat memandangkan dia masih lagi bergantung sepenuhnya dengan ayah dan mak dia. Dalam episod 16 - "The Allowance Evaporation", Raj ambil keputusan untuk berhenti ambil elaun dari parents dia dan guna duit sendiri untuk sara diri. Dia pindah rumah yang lebih sesuai dengan gaji yang diterima dan lantik Sheldon sebagai finance manager. Akibatnya, dia tak dapat pergi ke San Diego Comic-Con sebab hutang kad kredit tinggi sangat. 

Dalam season 10 ni, memandangkan Amy dah makin serius dengan Sheldon dan Bernadette busy dengan anak dia, diorang dah tak sempat nak buat girl’s night out. So kebanyakan masanya Raj spend time dengan Penny (Kaley Cuoco) sebab dia memang bersifat feminine dan buat aktiviti yang sama macam yoga dan shopping. Lagipun Leonard busy dengan projek di bawah Air Force so dia selalu tertinggal keretapi. 

Semua gossip yang Penny bawa dari office, Raj lebih tahu dari Leonard sampaikan buat Leonard rasa left out. Dah la sebelum tu dia dah rasa insecure dengan relationship diorang walaupun dah berkahwin. Tambah pula Zack ada datang offer untuk Penny bekerja dengan dia dalam episod 22 - "The Cognition Regeneration". Relationship diorang actually dah mula hambar sebab masalah yang berulang masa bercinta dulu. 

Instead of focus dekat diorang berdua, I lebih enjoy tengok relationship Howard dengan Bernadette since both of them boleh berubah jadi pasangan yang agak romantik. Ingatkan lepas Mrs Wolowitz meninggal dalam Season 7, hidup Howard akan hambar atau sedih tapi Bernadette pulak yang ikut perangai mak dia. Actually mana-mana perempuan pun akan jadi monster kalau kena jaga Howard. Seriously. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10












Movie Review | Ghost Lab

Saturday 29 May 2021

Director : Paween Purijitpanya

Writer : Vasudhorn Piyaromna, Paween Purijitpanya, Tossaphon Riantong

Cast : Thanapob Leeratanakachorn, Paris Intarakomalyasut, Nuttanicha Dungwattanawanich

Production Company : GDH 559

Distributor : Netflix

Genre : Horror / Drama

Running Time : 117 minutes

Release Date : 26 May 2021

Trailer :


Di bawah terbitan Netflix Originals, Ghost Lab mengisahkan tentang kajian eksperimen hasil kerjasama antara Dr. Wee (Thanapob Leeratanakachorn) dan Dr. Gla (Paris Intarakomalyasut). Projek Aurora adalah permulaan kajian Dr. Gla yang mencari penjelasan saintifik mengenai hantu yang masih belum dapat dibuktikan melalui teori para saintis walhal ianya sering diperkatakan dari zaman ke zaman. 

Bukan setakat tengok gambar, video dan temubual beberapa responden mengenai alam mistik, malah dia sendiri pernah pergi ke beberapa tempat seperti gudang terbiar, kubur, Suicide Forest di Jepun dan lain-lain untuk merasai sendiri pengalamn berjumpa dengan hantu. Malangnya semua hasil dia sia-sia. Dr. Gla percaya pada kewujudan hantu sebab dia pernah berjumpa dengan roh ayah dia (Prem Fakseemuang) semasa kecil. 

Berbeza pula dengan Dr. Wee yang tak pernah percaya pada makhluk halus tapi tak bermakna dia berani dengan semua pranks yang Dr. Gla buat untuk takutkan dia. Satu hari masa diorang berdua beli makanan di mesin gedegang, roh mangsa kebakaran muncul betul-betul di hadapan mereka berdua. Dari situ Dr. Wee join kajian eksperimen Dr. Gla dan kemukakan beberapa teori atau method baru untuk berjumpa dengan hantu. 

Lepas kematian ibu Dr. Wee, dia decide untuk bunuh diri dan stage kematian dia menggunakan alasan kemurungan supaya mereka berdua tahu apa yang jadi selepas kematian berlaku. Kenapa ada roh yang datang balik tanpa sebab yang kukuh. Disebabkan Dr. Wee tak mampu nak tembak diri dia, Dr. Gla ambil keputusan untuk bunuh diri. 

Kalau ikutkan dari poster dan flow cerita pada first half movie, Ghost Lab terarah pada elemen horror comedy kemudiannya momentum berubah kepada horror drama and that’s when it became flat. Keputusan Dr. Gla untuk jadi bahan eksperimen tu tak boleh diterima akal sebab dia  top student yang akan jadi doktor pakar bedah, ada tunang (Nuttanicha Dungwattanawanich) dan keluarga yang sayang dengan dia. 

Tak faham jugak dengan keputusan Dr. Wee sedangkan mak dia dah larang supaya jangan teruskan eksperimen tu. Curious dengan pesanan terakhir tu tapi tak dikembangkan langsung dan kedua-dua watak masih lagi teruskan dengan method yang lebih berbahaya. Kenapa? Apa pentingnya eksperimen ni untuk bantu pembangunan masyarakat kalau pesanan akhir bila dapat berjumpa pun diendahkan saja? 

Macam mana both of them boleh terfikir untuk obses dengan makhluk halus sedangkan kerjaya diorang dah ambil masa yang banyak untuk fokus. Penulis tekankan pada watak Dr. Wee supaya cross the line tapi penulis sendiri tak berani untuk betul-betul keluar dari template cliché movie seram yang lain. Penceritaan second half pun jadi bercanggah dengan plot pada first half sampaikan tertanya adakah kematian Dr. Gla tu sia-sia? 

Visual dalam movie Ghost Lab nampak cantik dengan sinematografi yang berlatarkan awan dan langit senja. Malangnya kemunculan hantu menggunakan CGI dan background sound yang kelakar. BGM untuk beberapa scene nampak try hard sangat untuk masukkan elemen seram dan saspen. Lakonan Thanapob Leeratanakachorn dan Paris Intarakomalyasut tu not bad lah walaupun beberapa scene yang memerlukan emosi tak dilakonkan dengan baik. Screenplay quite mehhh. 

Overall movie Ghost Lab come up dengan idea yang menarik tapi gagal kembangkan dan olah penceritaan untuk jadi naskhah yang bagus sama ada dari aspek hiburan ataupun medium pengajaran kepada masyarakat. I guess movie Flatliners lagi menarik dengan konsep dan mesej antara hidup dan kematian. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

Movie Review | 99 Songs

 

Director : Vishwesh Krishnamoorthy

Writer : Vishwesh Krishnamoorthy, Hussain Dalal (dialogue), A. R. Rahman

Cast : Ehan Bhat, Edilsy Vargas, Tenzin Dalha, Lisa Ray, Manisha Koirala, Warina Hussain

Production Company : Ideal Entertainment, YM Movies

Distributor : Jio Studios, Netflix

Genre : Musical / Romance

Running Time : 129 minutes

Release Date : 9 October 2019 (Busan), 16 April 2021 (India)

Trailer :


Movie 99 Songs antara yang mencuri tumpuan pada tahun 2019 sebab music maestro Bollywood, A.R. Rahman tulis skrip movie yang bertemakan percintaan dua darjat. Asalnya movie ni akan diterbitkan oleh Eros Enternational tapi bila production house tu tarik diri, A.R.Rahman join sebagai produser dengan syarikat YM Movies milik dia. 

99 Songs mengisahkan tentang Jai (Ehan Bhat) yang fokus pada musik dan kekasih dia, Sophie (Edilsy Vargas). Bila nama Jai mula dikenali setelah beberapa lagu yang dilancarkan, Sanjay Singhania (Ranjit Barot) nak bekerjasama untuk AI project dalam industri musik. Tapi Jai tak nak kekayaan dan popularity sebaliknya cipta lagu dengan jiwa dan penuh makna selain hidup bahagia bersama dengan Sophie. 

Bukan jawapan macam tu yang Sanjay nak dengar sebab dia besarkan Sophie dalam kemewahan dan dia nak Jai bagi keselesaan dan kemewahan yang sama. Dia tetapkan syarat supaya Jai cipta 100 lagu untuk kembali bersama dengan Sophie. Sebab tu Polo (Tenzin Dalha) ajak Jai tinggal sementara di Shilong, kampung halaman dia yang menjadi tempat untuk para pemuzik berkarya. 

Tak ada masalah langsung untuk Jai cipta berpuluh lagu untuk balik kepada Sophie tapi satu hari dia kekeringan idea. Masa tu lah dia berjumpa dengan Sheela (Lisa Ray), penyanyi Jaaz terkenal di Shilong. Bukan sahaja susuk tubuh yang seksi malah suara dia juga menjadi igauan ramai di sana. Bila Jai diupah sebagai pianist dalam team Sheela, mereka berdua semakin rapat sehingga mengabaikan perhatian terhadap Sophie. Berjaya ke tak Jai siapkan 100 buah lagu tu kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

Kalau tengok pada tajuk movie dengan jalan cerita pada first half dan scene Manisha Koirala bersama Jai, dah boleh agak yang movie ni tak ada happy ending. Dia perlu siapkan 100 buah lagu tapi tajuk movie 99 Songs so faham sendiri lah kan. Tone dalam movie ni pun agak dark dan melankolik especially second half. Flashback pun tonjolkan kehidupan Jai sejak kecil yang hidup bersama ayah yang baran. Banyak kali dia dilarang untuk bermain muzik tapi takdir hidup bawa dia ke arah tu. 

Selain menjadi penulis skrip dan producer, A.R. Rahman juga adalah komposer musik untuk 99 Songs yang mana I rasa memang sepatutnya lah begitu. Malangnya sentuhan musik tak berapa menyentuh jiwa seperti karya-karya dia sebelum ni. Tak tahu lah sama ada dia tak jumpa chemistry dengan Ehan Bhat untuk deliver lagu dengan emosi yang sesuai ataupun kerana jalan cerita yang tak sarat dengan perasaan. Mungkin juga sebab A.R. Rahman dah letak expectation yang tinggi dalam movie bila dia letak impian Jai untuk cipta satu lagu yang mampu ubah dunia. 

Kedua-dua pelakon utama adalah pelakon baru tapi cuma Ehan Bhat yang menyerlah sebagai leading actor. Mungkin sebab dia dapat screentime yang banyak untuk portray emotion dan self-exploration. Instead of kisah percintaan bersama Sophie, suka tengok scene dia realize yang hidup dia lebih luas dari apa yang dia sangka. Dia boleh reach dan inspire ramai orang dengan musik dia. Chemistry dia dengan Edilsy Vargas nampak canggung. Suka lagi tengok chemistry antara Jai dengan Shila bila dinamik mereka berdua menghasilkan musik yang bertenaga dan mengujakan.

Intensity tak berapa kuat macam chemistry Ranbir Kapoor dengan Nargis Fakhri dalam movie Rockstar. For me, belum ada lagi movie self-exploration yang berkaitan dengan musik boleh tandingi Rockstar. Mungkin juga kerana angst dan emotion yang dipersembahkan oleh Ranbir ataupun mungkin juga kerana jalan cerita yang dikarang oleh Imtiaz Ali diinspirasikan oleh kehidupan sebenar kawan baik dia sendiri.  

Tapi tak bermakna movie 99 Songs ni tak syok langsung nak tengok sebab sinematografi oleh Tanay Satam dan James Cowley menghidupkan screenplay lantas mencetuskan beberapa seni visual yang menarik menggunakan teknik dan shot yang menarik. Keindahan Shilong juga dipaparkan dengan cemerlang baik dari panorama alam mahupun seni kebudayaan masyarakat di sana. 

Mungkin juga 99 Songs akan memberi makna kepada sesetengah orang yang mempunyai perjalanan cerita dan genre musik yang sama macam movie Rockstar ataupun Tamasha diangkat sebagai karya bagus dek kerana sentuhan yang mendalam terhadap audience yang tersendiri. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10

Drama Review | Mouse (2021)

Wednesday 26 May 2021

Director : Choi Joon-Bae

Writer : Choi Ran

Cast : Lee Seung-gi, Lee Hee-joon, Park Ju-hyun, Kyung Soo-jin, Ahn Jae-wook, Jo Jae-yoon, Jung Ae-ri, Kim Jung-nan, Kim Young-Jae, Song Min-jae

Production Company : HIGROUND, Studio Invictus

Distributor : tvN

Genre : Crime / Thriller

Running Episodes :  20 episodes, 3 (special episodes) + 2 (spin-off)

Release Date : 3 March – 19 May 2021

Trailer : 


Diinspirasikan dari kes jenayah Incheon Elementary School Murder yang berlaku pada tahun 2017, penulis Choi Ran mengangkat jenayah pembunuh bersiri yang mempunyai genetik psychopath sejak lahir. Bermula dengan latar masa pada tahun 1995 bila Dr. Han Seo-joon (Ahn Jae-wook) yang dikenali sebagai Head Hunter ditangkap setelah saksi pembunuhan (Song Min-jae) laporkan pada pihak polis. 

Doktor Daniel Lee (Jo Jae-yoon) datang dari UK untuk perbincangan antara pihak pembangkang dan pihak Kerajaan sama ada perlu atau tidak mereka menggugurkan kandungan sekiranya fetus tersebut mempunyai genetic psychopath. Choi Young-shin (Jung Ae-ri) dari pihak pembangkang ingin bill ni diluluskan demi mencipta negara Utopia yang bebas dari kejahatan dan pembunuhan. 

Doktor Daniel Lee juga adalah kawan baik kepada Dr. Han Seo-joon tanpa mengetahui langsung identiti sebenar sebagai pembunuh bersiri. Yang dia tahu kawan dia itu tengah menjalankan ujikaji mengenai brain transplant. Bila Daniel test fetus yang dikandung oleh isteri Seo-joon, anak mereka berdua positif 100% ada genetic psychopath. Tak mungkin lah Sung Ji-eun (Kim Jung-nan) akan gugurkan kandungan bila cuma beberapa hari saja lagi dia akan bersalin. 

Fast forward ke zaman sekarang bila Ko Moo Chi (Lee Hee-joon) dah besar dan bekerja sebagai salah seorang anggota detektif polis yang mengetuai beberapa kes jenayah di bandar Moojin. Dari situ dia mengenali Jeong Ba-reum (Lee Seung-gi) yang baik hati dan menjaga kawasan sekitar setiap masa. Mereka berdua termasuklah broadcaster, Choi Hong-ju (Kyung Soo-jin) cuba siasat pembunuhan bersiri yang dilakukan oleh pembunuh psychopath yang meninggalkan mesej sama pada setiap pembunuhan yang dilakukan. 

Penceritaan drama Mouse ni bergerak laju jadi tak ada masa untuk rasa bosan cuma terpaksa berhenti lah kalau dah mengantuk sangat sebab satu episod berdurasi sepanjang 1 jam 40 minit. Marathon on weekend pun tak mampu nak habiskan 20 episod dengan 2 special episod. Bila drama bergerak laju ni agak bahaya pada otak sebab stress nak fikir hint yang director letak pada beberapa scene. Bial keluar twist baru, mula la rasa nak patah balik ke episod-episod lepas sebab nak tengok apa hint yang tertinggal. Lagipun drama ni terlampau banyak watak utama dan sampingan even extra pun tiba-tiba muncul untuk drop hints. 

Masa tengok episod-episod awal rasa macam misfit pulak Seung-gi berlakon dalam drama crime thriller dengan watak polis baik macam tu. Padahal dalam drama Vagabond, rasa merinding bila dia cuba selesaikan kes jenayah pengganas yang hijack kapal terbang. Tapi lepas scene pertembungan antara Bae-rum dengan Sung Yo-han (Kwon Hwa-woon) tu boleh nampak lengkungan watak yang berubah habis. Dah la dapat teka betul apa yang jadi setiap kali dia bermonolog dengan beberapa soalan yang berlaku. Excited sangat bila dapat selesaikan teka-teki yang director dan penulis bagi dari awal drama sampai habis. 

Antara kekuatan drama Mouse yang diterbitkan oleh tvN ni bila mempunyai screenplay yang bagus. Dibantu pula dengan visual yang menarik. Setiap props yang diletakkan mempunyai hints tersendiri untuk jenayah yang berlaku. Early warning, dalam drama ni ada banyak jenayah yang bergerak seiring dengan cerita so at times you guys will get confuse which is which. Nasib baik lah I buat peta minda hahaha

Quite emotional roller coaster ride bila tengok drama ni selain gerun dengan pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan oleh beberapa psychopath yang ada dalam drama ni. Scene Ko Moo Chi melutut depan kamera, scene dia makan japchae Ko Moo won (Kim Young-Jae) ataupun scene Ba-reum dapat tahu tentang kisah silam dia bikin nangis. 

Music score hasil karya Park si-Joon berjaya menambahkan elemen ngeri dan misteri pada beberapa scene utama dengan 17 music instrumental dan 5 buah single track. Lagu Too Late tepat menggambarkan situasi kesemua watak utama dan sampingan bila sesuatu yang besar berlaku dan bila mereka sedar akan kesilapan setelah kebenaran muncul. 

Namun terdapat kecacatan pada jalan cerita bila beberapa scene raw dan gore kena censored ataupun diblurkan pada tahap maksima sampai tak nampak apa benda yang dia cuba tunjuk. Sakit hati bila pisau kena blur padahal drama ni melibatkan kes pembunuhan. Masa scene pembunuh bersiri tu tunjuk paru-paru mangsa, tak nampak langsung apa benda tu. Nasib baik Ko Moo Chi mention dalam scene lain tapi elemen ngeri dan saspen tu dah hilang. 

Bila dah sampai penghujung drama diletakkan beberapa scene yang buat kita berfikir tentang sifat menghukum manusia. Betul ke hidup berpandukan sains semata akan mewujudkan utopia yang diidamkan? Wajar ke Kerajaan Korea meluluskan death penalty untuk pembunuh? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10