Movie Review | Bella & Jamie (2019)

Wednesday 12 May 2021

  

Pengarah : Fairul Nizam Ablah, Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip :  Liyana Jasmay, Fairul Nizam Ablah

Pelakon : Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar, Bell Ngasri

Syarikat Produksi :  Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Pengedar :  United Studios Sdn. Bhd.

Genre :  Komedi / Drama 

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 31 Januari 2019

Trailer :


Debut movie Liyana Jasmay sebagai penerbit dalam industry perfileman mengangkat tema Teman Sejati Selamanya bila Bella (Juliana Evans) dan Jamie (Liyana Jasmay) berkawan sejak kecil sehingga besar. Kejutan buat mereka berdua bila Uncle Bad (Khir Rahman) dan Aunty Maryam (Sharifah Nadia) nak berkahwin. Bella & Jamie akan bertukar status dari kawan baik kepada adik-beradik tiri. 

Malangnya sejak pulang dari New York, Jamie dapat tahu Bella bercinta dengan Reza (Izzue Islam), bekas kekasih yang pernah tinggalkan dia dulu. Jamie kecewa Bella tak berterus-terang dengan dia walaupun dia pernah beri peluang. Jamie bertindak untuk putus kawan dengan Bella dan cari peluang untuk putuskan hubungan ayah dia dan ibu Bella. 

Konflik diorang kecil je sebenarnya macam Reza utarakan dari awal tapi masing-masing ego tak nak mengalah. Walaupun watak Reza tak dikembangkan sangat tapi dia antara yang rasional dan matang dalam movie ni. Tak pasti umur Jamie dengan Bella berapa tapi around 25 macam tu la kot. Masing-masing terlampau dimanjakan dan disuap sampai tak pandai berfikir. 

Kecewa jugak lah bila penulisan Liyana Jasmay ambil jalan singkat dengan matikan watak Reza hanya kerana untuk tonjolkan friendship Jamie dan Bella. Reza dah pesan dekat Bella yang dia taknak join plan mereka berdua yang melibatkan Mastura (Dynas Mokhtar) tapi Jamie anggap Reza annoying. Lepastu scene Reza dah ada teman wnita baru instead of berbaik dengan Bella. It would be nice dan watak Jamie nampak matang kalau dia dah move on dan sedar kenapa Reza putuskan hubungan kemudian pilih Bella. Kena lah dengan pendirian Reza yang anggap cinta tu sesuatu yang misteri dan tak boleh dipaksa. 

Suka dengan chemistry Khir Rahman dan Sharifah Nadia sebagai pasangan bercinta sebab relationship diorang matang dan romantik. Mungkin sebab sesuai dengan my age yang dah masuk 30s, suka dengan lelaki yang stabil dan tenang. Sweet lah Khir Rahman berlakon scene romantik sebab intonasi suara dia tu fuhhh cair! 

Walaupun Dynas Mokhtar muncul sekejap je tapi watak dia menaikkan momentum penceritaan dengan strong character sebagai bekas kekasih Bad. Bila dia tanya Jamie ‘Dah besar kan? Dah pandai fikir kan?’ memang puas betul dengar. Dekat scene tu nampak yang pilihan kita adalah cerminan personaliti kita. Kalau sejenis tak matang, pilihan yang dibuat pun nampak tak bijak langsung. Watak Jay (Bell Ngasri) pun kelakar setiap kali muncul.

Dinamik Liyana Jasmay dengan Juliana Evans sebagai kawan baik nampak kuat sebab diorang memang best friend in real life pun. Cumanya watak mereka berdua tak dikembangkan sangat atau bermain dengan emosi untuk genre drama. Terlampau santai untuk friendship sejak kecil dan terlampau mudah Bella putus asa dengan Jamie. Lagi syok kalau ada flashback yang boleh menguatkan naratif persahabatan mereka berdua. 

Sinematografi dari Pete Abdullah menaikkan mood penceritaan dalam naskhah chick flick yang santai ni. Props yang digunakan nampak terpengaruh dengan konsep perumahan di NY bila mereka sekeluarga buat BBQ di rooftop. I pulak yang risau sebab nampak awan cerah sebab kilat sana sini. Scene foodtruck tu macam kesian pulak dekat customer sebab makan dekat tempat panas. Iklim Malaysia tak sama dengan New York. Dekat sana even matahari tegak atas kepala pun tetap ada angin sejuk dia. Dekat sini mau berbelang muka. 

Soundtrack untuk Bella & Jamie quite fun dengan lagu Manisnya Senyumanmu nyanyian Liyana Jasmay sendiri under KRU Music. Lagu asal adalah nyanyian Feminine tapi Liyana record dengan nafas baru khas untuk movie ni. Comel je tengok Liyana dengan Jue Evans menari dalam kereta tu tapi potong betul Reza pergi tegur pasal diorang tengah bergaduh.

 

Masa movie Bella & Jamie tayang tahun 2019 tak dapat sambutan pun sebab Liyana cakap dia tak fokus dengan marketing and promos. Nasib baik masuk dekat Netflix, boleh la cover balik duit modal. Walaupun movie ni tak lah menghiburkan sangat tapi not bad lah nak layan sambil masak rendang raya. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.