Movie Review | Maria Mariana

Pengarah : Yusof Haslam

Penulis Skrip : Yusof Haslam

Pelakon : Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof, Roy Azman, Noraini Hashim, Kenji Sawahi, A. Galak

Syarikat Produksi :  Skop Productions Sdn Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance Sdn Bhd, Skop Productions Sdn Bhd.

Genre :  Drama / Aksi

Durasi Tayangan : 105 minit

Tarikh Tayangan : 18 April 1996

Trailer :


Dah lama tak layan movie letops di bawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. ni. Bila Netflix bawak masuk memang dah aim nak tengok masa raya ni walaupun Netflix berkempen #ChupNetflix. Mengisahkan kehidupan dua beradik perempuan berlainan ayah tapi seibu. Maria (Erra Fazira) merupakan anak sulung dalam keluarga dan fokus pada pelajaran juga ringan tulang. Berbeza dengan adiknya Mariana (Ziana Zain) yang banyak melepak dengan geng motor sehingga lewat malam, malas belajar dan liar.

Ayah mereka, En. Zakaria (A. Galak) sudah beberapa kali dipanggil ke sekolah untuk dimaklumkan mengenai masalah disiplin Mariana. Bila ditegur Mariana melenting dan menuduh parents dia melebihkan Maria dalam segala hal. 4 tahun berlalu pun perangai mereka masih sama walaupun setelah ketiadaan En. Zakaria. Puan Zainab (Noraini Hashim) risau benar dengan Mariana bila 6 kali bertukar tempat kerja kerana masalah disiplin. 

Setiap malam Mariana akan melepak dengan geng motor bersama Ray (Roy Azman) dan pulang lewat malam kemudiannya bangun lewat untuk ke pejabat. Satu hari Roy bertindak untuk memperkosa Mariana kerana sering diejek oleh rakan-rakannya. Jefri yang dah lama perhatikan Mariana datang menyelamatkan kemudiannya berkenalan rapat dan bercinta. 

'Kita orang Timur Mariana. Apa yang kita buat, jangan keterlaluan.' - Jefri

Maria senang sangat tengok perubahan Mariana dan berterima kasih kepada Jefri. Dalam keadaan dia yang sibuk menjalankan tugas untuk menjejak penjenayah berbahaya, Tony (Kenji Sawahi) di Kuala Lumpur, ada perkara positif yang terjadi di dalam rumah setelah bertahun lamanya pegang amanah dari arwah ayah. 

Plot cerita Maria Mariana ni ringan je sebenarnya tapi kekuatan emosi dalam drama yang diketengahkan tu yang menjadikan filem ni kekal relevan sampai sekarang. Jenis yang suka rebel sebab kurang dapat perhatian ni memang akan wujud dalam mana-mana family baik middle class ataupun upper class pun. Kalau cukup perhatian pun tetap lah mengada nak rebel jugak. Jiwa remaja katanya.

 

Antara Erra dengan Ziana, momentum cerita ni lebih terarah kepada watak Mariana sebab watak dia yang ada lengkungan perubahan dengan pelbagai range of emotion. Bila dia rebel, tagih perhatian dari keluarga, masa dia bercinta dengan Jefri dan berubah menjadi sopan dan manja lepastu melalui episod kekecewaan. Scene Mariana angkat kening sebelah dekat bos dia tu memang epik! Lakonan Erra okay je tapi karakter dia sebagai kakak dan polis yang tegas je dari awal sampai habis. 

Soundtrack dalam movie Maria Mariana ni kebanyakannya diambil dari himpunan single track Ziana Zain pada zaman tu. Kebanyakannya lagu yang famous sampai sekarang macam Anggapanmu, Madah Berhelah, Korban Cinta dan lain-lain. Ada juga scene yang Ziana nyanyi sendiri dekat kelab. 


Masa tengok movie ni impressed dengan fashion style setiap watak. Dah la kebanyakan masa diorang pakai leather jacket ataupun denim jacket. Watak Roy dengan Jefri pun style sebab ala bad boy yang suka menunggang motor. Tapi baju pejabat kelakar lah sebab gedabak kemain. Lipstick Maria dengan Mariana pun tak nak kalah, kemain pakai warna purple, dari jauh dah nampak. 

Dialog dalam movie ni agak puitis dan berbahasa baku. Tak lah rasa kelakar sebab ritma ayat tu kedengaran sedap especially scene percintaan Mariana dengan Jefri. Dah la soundtrack lagu Tiada Kepastian yang ditulis oleh S. Amri. Menusuk betul. Kalau sekarang ni bila berbahasa baku, pelakon sendiri nampak canggung sebab dah terbiasa dengan bahasa pasar. 

Ending Maria Mariana tergantung sebab ada sequel. See you guys at the next review! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

1 comments

  1. Memang epik bila tengok dia angkat kening.. Part perubahan emosi pada Mariana tu memang setuju... rebel, pastu manja.. pastu kecewa..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.