Telemovie Review | Mania (2020)

Saturday 8 May 2021

Pengarah :  Along Kamaludin

Penulis Skrip :  Irwan Mansor

Pelakon :   Wanns Ahmad, Ashiqin Kamal, Hairie Othman, Azeela Shadan, Dazrin Kamarudin, Fimie Don

Syarikat Produksi :  Multinet Aim Sdn Bhd

Pengedar : TV2

Genre :  Psikologi / Drama

Durasi Tayangan :  86 minit

Tarikh Tayangan : Jumaat, 4 September 2020, 9:30 malam

Trailer :

Adib (Wanns Ahmad), pelajar kolej mencari seseorang untuk jatuh cinta. Dia sedar diri dia banyak kekurangan tambah pula bila Mimi yang disukainya lebih senang tertarik dengan imej bad boy sedangkan Adib budak yang skema. Kawan baik dia, KC (Fimie Don) cadangkan supaya dia bersosial dengan lebih ramai orang lagi di media sosial. 

Adib buka akaun Facebook dan mula berkenalan dengan Erin (Ashiqin Kamal), janda anak seorang yang bekerja di salon sebagai pendandan rambut. KC nasihatkan Adib supaya berjumpa dengan Erin untuk pastikan dia bukan catfish account untuk perdayakan orang. Bila Adib ajak Erin berjumpa selepas beberapa hari berkenalan, tak sangka yang mereka semakin rapat dan suka sama suka. 

Adib buat keputusan untuk bawa Erin berjumpa dengan mama (Azeela Shadan) dan papa (Hairie Othman) pada malam ulangtahun kelahirannya. Tercengang mereka berdua bila melihat Erin sebab Adib tak pernah langsung bercerita mengenai kawan barunya. Rina risau anak dia akan buat kesilapan terbesar dalam hidup bila mengabaikan pelajaran kemudiannya bercinta dengan perempuan yang baru dikenali di media sosial. 

Adib pula rasa ibunya terlampau mengongkong dan dia mampu buat keputusan sendiri mengenai hala tuju hidupnya. Tapi satu demi satu rahsia Erin mula terbongkar sehinggakan Adib mula meragui gerak-geri Erin. Papa pula nasihatkan supaya Adib beri ruang kepada Erin untuk perbaiki diri dari kesilapan lalu. Dia tak nak terlampau memaksa anak dia sehinggkan mereka berdua hilang Adib. 

Dalam telemovie terbitan Multinet Aim Sdn Bhd ni dari awal lagi dah boleh agak yang watak Erin akan pergunakan Adib sebab dia tahu status Adib sebagai anak orang kaya dan 10 tahun lebih muda dari dia. Dia dah lama rancang untuk curang dengan Fakhri (Dazrin) dan pergunakan Adib. Dari awal cerita sampai ke penghujung cerita boleh nampak pengarah Along Kamaludin olah cerita ni dengan bermain teka-teki bila setiap watak ada mania tersendiri. 

Mania ditakrifkan sebagai gangguan mental yang dicirikan melalui kelakuan ganas tidak terkawal. Macam Adib jadi gila dan sanggup bertindak di luar kewarasan akal bila jatuh cinta dengan Erin. Mama pula menghalang sesiapa sahaja yang datang untuk pisahkan dia dengan Adib. Erin dengan agenda dia yang tersendiri. Watak Fakhri dari perspektif Erin pun sama juga bila sanggup pukul isteri untuk dapatkan apa yang dihajati. Watak Papa dengan polis je lah kot yang okay dalam telemovie ni sebab both of them kayu teruk. 

Kalau telemovie Melayu mesti ikut template yang sama je lah bila penghujung cerita ada mesej yang jahat akan dihukum. Padahal boleh je kalau ending tu Papa labur duit cari lawyer ternama untuk balas dendam kepada Erin yang ganggu anak dia. Ataupun plot twist identiti Erin dengan Fakhri tak wujud pun dari awal sebab Adib terlampau dambakan kasih sayang dari perempuan lain sampai dia cipta dunia dia sendiri. 

Anyway, dialog dalam telemovie ni agak mengganggu sebab terlampau baku sedangkan orang Subang Jaya tak lah bersembang macam tu. Kelakar bila tengok percintaan Adib dengan Erin sebab baru berapa hari kenal dah rush nak kahwin. Tengok chat dekat FB Messenger diorang pun boleh geleng kepala sebab tak nampak real langsung padahal siang malam contact. Scene Adib pergi rumah Erin pun kelakar sebab Erin naik lif blok B tapi Adib naik lif blok A. Watak Adib pun kelakar sebab dekat caption FB show off kereta Wolkswagen dia - Budak Subang Jaya hari-hari ada gaya, tapi pemakaian dia tak sesuai langsung dengan millenials Subang Jaya. 

Dah lama tak tengok telemovie di bawah RTM tapi memang ada watermark sebesar gedabak macam tu ke? Penuh dengan berita dan logo pulak tu. Mengganggu sangat. Nasib baik lah telemovie ni cliché so boleh layan tanpa tengok visual pun. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 4.3/10

3 comments

  1. Tengok Hairi Othman tu kadang rasa sayu lak, dulu dialah hero malaya, sekarang dapat watak ayah2 je, duduk atas sofa je scene nya hehe

    ReplyDelete
  2. watak masing2 betul2 gila. setiap orang ada kegilaan dia sendiri. nampak menarik juga jalan ceritanya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.