Drama Review | Love Alarm 2

Saturday 15 May 2021

Director : Kim Jin-woo

Writer : Workshop R (Cha Yeon-su, Kim Seo-yi, Kwon Ji-young)

Cast :  Kim So-hyun, Jung Ga-ram, Song Kang, Kim Si-eun, Song Seon-mi, Ki Do-hoon, Lee Jae-eung

Production Company : Studio Dragon, Production H

Distributor : Netflix

Genre : Sci-fi / Romance / Drama

Running Episodes : 6 episodes

Release Date : August 22, 2019 – March 12, 2021

Trailer : 


Sequel kepada drama romantik terbitan eksklusif Netflix kali ni dihasilkan oleh penulis dan pengarah yang berbeza. Season 1 bersiaran sebanyak 8 episod dan berlatarkan kehidupan di zaman sekolah menengah dan Season 2 dengan susur masa 4 tahun kemudiannya. Kalau season lepas penceritaannya ada banyak sub-plot tapi kali ni lebih tertumpu kepada watak-watak utama sesuai dengan konsep adult life. 

Kim Jo-jo (Kim So-hyun) makin rapat dengan Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) dan cuba untuk belajar mencintai lelaki tersebut walaupun apps Love Alarm dia tak mampu bergetar setiap kali Hye-yeong datang dalam radius 10 meter dek kerana shield yang dipasang. Dia cuba untuk mencari di mana Cheon Duk-gu (Lee Jae-eung) berada sebab dia nak buang shield tersebut tanpa sedar yang Duk-gu bunuh diri 4 tahun lepas.

Hwang Sun-oh (Song Kang) pula teruskan kehidupan seperti biasa bersama kekasihnya Lee Yuk-jo (Kim Si-eun) walaupun terasa kosong. Ibu dia, Jeong Mi-mi (Song Seon-mi) cuba untuk berbaik bila ayah dia curang. Apa guna apps Love Alarm kalau bergetar tapi dalam masa yang sama curang juga dengan perempuan lain? Bila Sun-oh berjumpa kembali dengan Jo-jo, dia tak peduli kalau apps Love Alarm tak bergetar sebab dia tahu mata tak mampu menipu. 

Masa dalam Season 1 dulu ada diceritakan side effects apps Love Alarm ni bila 23 orang bunuh diri akibat tiada yang sayang. Rentetan dari kejadian tu, ada pembunuhan yang berlaku dalam Season 2 tapi tak diberi perhatian sangat pun sebab perasaan Jo-jo lagi penting dalam cerita ni. Tapi bagi kesan besar lah terhadap syarikat Love Alarm yang dimiliki oleh Brian Cheon (Ki Do-hoon). Kalau tak ditangani dengan cepat nanti para pelabur akan lari pula. 

Kecewa dengan jalan cerita Love Alarm 2 ni sebab dari awal lagi dah nampak watak Jo-jo akan pilih untuk bersama dengan Hye-yeong sebab dia sentiasa ada untuk Jo-jo. Sedangkan Jo-jo tak adil pada Sun-oh terus buang dia tanpa sebab. Macam mana pulak penulis boleh fikir yang Jo-jo memang suka dengan Hye-yeong dari awal tapi perasaan dia terganggu bila Sun-oh datang. Data yang Duk-gu tunjuk pun masa Jo-jo spend time dengan Hye-yeong je. Kenapa tak tunjuk data masa Jo-jo jumpa Sun-oh?  

Rasanya pengarah patut tutup kisah ni masa Season 1 sebab buat sakit hati je tengok Sun-oh dilayan macam tu. Tak adil langsung pada watak dia. Nampak sangat Sun-oh mengalah sebab dia sayangkan Hye-yeong. Bila dia lepaskan Jo-jo, dia dapat balik berkawan dengan Hye-yeong padahal bukan salah dia kalau Jo-jo dengan Hye-yeong insecure. Hye-yeong tak peduli dah dengan janji yang dia buat dekat Sun-oh asalkan dia dapat Jo-jo. Kejam! 

Bab visual dan sinematografi memang cantik lah sebab di bawah studio Netflix so bab yang tu terjaga dari Season 1 lagi. Lighting dalam scene pun ikut mood watak masa tu macam lighting yang kelam untuk menambahkan perasaan suram dan sepi dalam kehidupan Sun-oh walaupun dia ada kekayaan dan populariti. Berbeza dengan scene Jo-jo dan Hye-yeong yang dipaparkan dalam visual yang dreamy. 

Cantik sangat rumah Hye-yeong sebab kelopak bunga ceri sentiasa beterbangan dalam kawasan rumah dia. Simbolik kepada rasa cinta Hye-yeong yang suci dan jujur terhadap Jo-jo. Nampak tak team production memang nak Jo-jo end up with Hye-yeong? Macam lah Sun-oh mainkan perasaan Jo-jo masa diorang bercinta dulu. Dalam Season 1 masa Sun-oh bercinta dengan Jo-jo, banyak shot diambil berlatarkan bunga canola sebagai simbolik kebahagiaan dan kebanggaan sebab Sun-oh memang nak semua orang tahu perasaan cinta dia dekat Jo-jo. 

Ni lah jadinya kalau satu drama tapi digarap oleh team production yang berbeza. Mungkin pada awalnya team production bergaduh dan terbahagi kepada dua. Satu team Hye-yeong, satu lagi team Sun-oh so masing-masing dapat bajet untuk buat dua cerita dengan jalan cerita yang lebih kurang sama. Kan senang kalau diorang bagitau awal-awal drama ni ada dua jalan cerita, dua ending so kalau suka watak ni, tengok version yang ni. Haihhh

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

2 comments

  1. lama sangat menunggu sampai dah malas nak tengok..hahaha

    ada dua ending ke, so boleh pilih nak tengok ending dia dengan Sun Oh atau Hyeyeong? tak mencabar langsung..haha

    ReplyDelete
  2. diorg nak view la tu, sbb tu tak explain it

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.