Showing posts with label drama review. Show all posts
Showing posts with label drama review. Show all posts

Drama Review | Kudrat 1968: High Council (2026)

Tuesday, 27 October 2026

Pengarah: Zulaikha Zakaria, Khairi Asyraff (bersama)
Penulis Skrip: Zulaikha Zakaria, Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali, Muqri Azlan, Natasha Azlan 
Pelakon: Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Rusdi Ramli, Muzayyin Mahyuddin, Johnny Gillett, Jebat Zulfar, Balkisyh Semundur Khan, Umar Shakur, Nix Wong, Mokhtar Mohsin, Zarul Zaidee, Aloy Paradoks, Christy Ng, Rafique Iskandar, Merah Muhaimin, Danish Zamri, Adeeb Zaquan, Adam Mikhail, Fitri Iskandar, Qusyairi Naqiudin
Syarikat Produksi:  
Penyiaran: Astro Shaw, sooka, Netflix 
Genre: Aksi / Drama
Jumlah Episod: 4 Episod (50 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 11 September 2026 – 16 Oktober 2026 (episod)
Trailer: 


Pertama kali dalam sejarah pembikinan, naskhah Kudrat 1968: High Council ditampilkan dalam format siri dan filem. 4 episod pertama ditayangkan dalam format berbentuk web siri yang ditayangkan di Netflix kemudiannya penamat diceritakan dalam format filem ditayangkan di pawagam. 

Prequel kepada siri Project: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024) membawa penonton kembali kepada permulaan High Council menerusi watak Abbas (Zarif Ghazzi) yang masuk ke Kolej Ungku Deramat pada tahun 1968 menggunakan duit biasiswa yang diberikan oleh sekolah tersebut. 


Abbas (Rafique Iskandar) membesar bersama mendiang ibunya, Nur (Nabila Huda) dan seorang adik lelaki bernama Fuad (Umar Shakur). Mereka bertiga hidup melarat dan semakin merempat setelah si Nur pergi. Puas Ayah Nal (Zamarul Hisham) pujuk Abbas untuk terima hibah peninggalan ayahnya namun ditolak mentah-mentah. Abbas mengganggap ayah dia punca mereka hidup melarat.  

Tapi mahu tidak mahu, dia ingin Fuad selamat dari cengkaman Acai (Aloy Paradoks) lalu bersetuju untuk masuk ke Kolej Ungku Deramat. Di sana dia berkawan dengan Mazli (Chech Harith) dan tinggal sebilik. Abbas juga bertemu kembali dengan Piji (Akmal Asyraf), kawan rapat sebelum dia berpindah keluar dari rumah ayahnya. 


Sebelum ni kita diperkenalkan dengan sistem High Council tapi dalam Kudrat 1968: High Council, hierarki tersebut digelar The Council yang diterajui oleh golongan bangsawan seperti Kuda (Mierul Aiman), Pa (Dai Fuad), Raja Muqri (Amzar Airil) dan Tunku Ghaffar (Evertts Gomes). Selain menjadi ketua The Council, Kuda juga adalah Ketua Pengawas di Kudrat. 


Abbas menyampah dengan sistem yang dibawa oleh The Council kerana semua aktiviti pelajar hendaklah mendapat kebenaran dari The Council. Setiap minggu akan diadakan aktiviti sabung di mana setiap rumah atau bilik mempunyai ayam untuk ‘bersabung’ dengan ayam dari rumah lain. Piji mewakili rumah Lekir yang dijaga oleh Pa sementara Cad (Jebat Zulfar) menjadi ayam untuk rumah Tuah yang diselia oleh Kuda. Ayam yang menang akan mendapat duit dan layak mendapat kelebihan untuk menggunakan ahli rumah yang kalah. 


Sama seperti Projek: High Council dan Kahar, naskhah Kudrat 1968: High Council arahan juga penulisan Zulaikha Zakaria tak lari jauh dari dua instalment sebelumnya yang menampilkan masalah buli yang berlaku dalam institusi sekolah. Menariknya, Kudrat 1968: High Council membawa konflik negara Malaysia yang muda pasca kemerdekaan yang masih bertatih mencari identiti. 

Elemen sejarah yang dimasukkan bukan saja menerusi props dan pemakaian pada era tersebut tapi lebih kepada struktur sosial yang membahagikan bangsawan dan rakyat biasa. Pada latar masa tersebut, sistem pendidikan tertakluk pada golongan bangsawan dan KUDRAT baru saja membuka ruang juga peluang kepada golongan rakyat biasa untuk mendapat pendidikan seperti yang diseru oleh Ungku Deramat (Rusdi Ramli) dalam Penyata Deramat. 


Penyata Deramat diinspirasikan dari Penyata Razak yang dihasilkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1956 yang bertujuan untuk menyatupadukan murid-murid di Tanah Melayu melalui sistem pendidikan kebangsaan supaya dapat merapatkan jurang. Konflik bangsawan vs rakyat biasa dalam naskhah Kudrat 1968: High Council agak tebal bila Pengetua Gerard lambat mengaplikasikan Penyata Deramat hingga Kementerian Pendidikan hantar En. Zainal selepas 5 tahun menolak seruan tersebut.


Agak mengejutkan bila produksi bawa masuk Mierul Aiman dalam naskhah Kudrat 1968: High Council sebagai antagonis sedangkan dia merupakan peneraju utama dalam Project: High Council tapi bila tengok episod pertama dah boleh terima dia sebagai Kuda sebab personaliti Kuda jauh berbeza dengan Fakhri. Hilang terus persona Fakhri bila Mierul bergerak sebagai Kuda yang mempunyai pengaruh kuat di luar dan di KUDRAT. 


Lakonan Zarif Ghazzi agak lemah dan dengan mudah terlindung oleh pelakon-pelakon lain bila berkongsi skrin yang sama. Baran dia macam terpaksa dikerah untuk sekian sekian babak. Dah lah pemberontakan dia tak berasas, nasib baik lah babak dia banyak ada Mazli yang comel dan kelakar. 

Dai Fuad dan Chech Harith menyerlah dalam karakter masing-masing sementara Evertts Gomes tenggelam bila orang tak faham siapa watak dia yang sebenar. Tambah pula dia tak ada banyak dialog untuk jelaskan situasi tersebut. 


Banyak watak sampingan yang dimasukkan dalam siri Kudrat 1968: High Council untuk membantu penceritaan bergerak dengan baik. Namun tak semua mendapat ruang yang sama macam watak Nur dan Ungku Deramat yang mempunyai konflik keluarga akibat berbeza darjat. Keputusan Nur timbulkan banyak tanda tanya dan tindakan dia juga buatkan suami dia dibenci oleh anak sekaligus buatkan anak bongsu dia hidup terumbang-ambing. 

Geram sangat tengok Episod 4 padahal sebelum ni Abbas nasihatkan Fuad tentang orang lain aturkan hidup sampai susah nak hidup senang padahal dia pun atur hidup Fuad sampai adik dia merempat tak ada hala tuju. 


Emosi yang dimasukkan dalam 4 episod ni berjaya buatkan kita tertarik untuk tahu apa akan jadi pada keluarga Abbas, hierarki The Council dan bagaimana bermulanya pembentukan High council di samping menyaksikan kematian 3 orang pelajar seperti yang diceritakan oleh Ayam dalam Project: High Council dan juga yang dilaporkan dalam akhbar di penghujung filem Kahar. 


Sinematografi dalam Kudrat 1968: High Council oleh Kurt Nadjmee terlihat cemerlang dengan beberapa shot menarik terutamanya untuk fighting scene. Boleh kata 4 episod yang diberikan menjadi taman permainan untuk visual department serlahkan kreativiti untuk bereksperimen supaya mencapai mutu yang berkualiti.


Sayangnya, music department untuk instalment terbaru kurang menyengat seperti lagu tema Kudrat – Naim Daniel ft SOG atau Kudeta – Eleven Tonight ft Amir Ahnaf. Tak pasti kenapa production pilih untuk guna lagu-lagu English yang dibikin oleh AI sedangkan ada lagu Manifestasi – Sharul Kamal yang lebih sesuai untuk kebanyakan babak. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10

Drama Review | Dr. Pontianak (2024)

Sunday, 25 October 2026

Pengarah: Wan Alauddin (Alak), Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip: 
Pelakon: Kimberly Chuah, Sharifah Sakinah, Mierul Aiman, Nazeri Md Isa, Rashidi Ishak, Sathisvaran, Riesha Aslan, Marsya A. Zamani, Farhana Fahizam, Kumika Kufaizul, Kismah Johar, Silfeny Osman, Amir Nafis, Haidar Hasanudin, Areef Amran, Haeriyanto Hassan, Raja Ema, Wan Adila Noor, Shahril Sarjen, Cheee Cheong Hoe, Aishah Sudin, Ranea Ezreen,  
Syarikat Produksi: KL Motion Pictures & Co.
Penyiaran: Astro Warna, Sooka, Netflix
Genre: Komedi / Seram 
Jumlah Episod: 12 Episod (50 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 03 Mei – 12 Julai 2024
Trailer: 


Hospital Kechik Mega Utara pernah dihantui oleh makhluk halus namun semuanya berjaya dihalau oleh Pak Us (Nazeri Md Isa) kecuali Edna (Sharifah Sakinah) yang mempunyai perjanjian bersama perawat tersebut untuk terus tinggal di situ. 

Satu hari salah seorang doktor pelatih bernama Dr. Viviana (Kimberly Chuah) menangis mengenangkan nasibnya di hospital tersebut lalu ternampak Edna yang sedap sibuk menaip draf novelnya yang tidak akan diterbitkan sampai bila-bila. Edna mula menyiasat kenapa Vivy boleh melihat dia sedangkan dia adalah manusia. 

Melihat tanda-tanda yang dialami oleh Vivy, Pak Us simpulkan yang dia berada di dalam fasa transisi untuk menjadi pontianak. Anehnya, dia tak sedar pun bila dia mati, dia tak pernah mengandung atau mempunyai anak pun tapi di bahagian leher Vivy ada paku yang panjang. Selagi pak utu tercucuk elok di leher, dia akan menjadi manusia tapi sekiranya dicabut, Vivy akan bertukar menjadi pontianak yang menakutkan. 

Pak Us sarankan Vivy dengan Edna merungkai misteri yang berlaku terhadap Vivy dan mereka cuma mempunyai masa selama 90 hari sahaja sebelum Vivy bertukar menjadi pontianak sepenuhnya. Namun tempoh Vivy semakin pendek bila dia minum darah manusia. Fasa transisi pun buatkan badan dia semakin tidak boleh dikawal. 

Drama Dr. Pontianak siaran Astro Warna arahan Wan Alauddin Wan Zainuddin menggunakan genre komedi, seram dan misteri yang berlaku di sebuah hospital. Penceritaan Dr. Pontianak mempunyai jalan cerita utama dan sesi interview dengan watak-watak utama semasa cerita bergerak. Vibe drama Dr. Pontianak seakan sama dengan drama Kampung People yang pernah diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Selalu nampak klip Mierul Aiman kena rasuk dengan Edna atau klip Sharifah Sakinah sebagai Edna yang kelakar sebab tu layan drama Dr. Pontianak bila masuk dalam Netflix. Ingatkan screentime Mierul Aiman banyak rupanya tak pun sebab dia lambat sikit team-up dengan Vivy dan Edna untuk menyelamatkan keadaan. Terhibur juga lah tengok dia beef dengan Vivy cuma penulis tak kembangkan sangat personal conflict antara Dr. Adam dengan Dr. Linda (Riesha Aslan). 

Kimberly Chuah bersahaja dan kelakar sebagai Dr. Viviana Wong Xing Yi dalam Dr. Pontianak. Kimberly buat muka hodoh tapi tetap nampak comel so I rasa dia pun confident dalam avatar Viviana yang masuk air juga kacip aras tinggi. 

Dinamik Kimberly dengan Sharifah Sakinah pun bertenaga dan carry drama ni dengan cemerlang sehingga ke Episod 12. Mungkin juga sebab Kimberly fasih berbahasa Melayu tanpa pelat, lenggok dia bercakap pun slang Gen Z dan buatkan mood penceritaan santai dan menghiburkan. Power lah Kimberly bila dia boleh switch Bahasa Melayu, Mandarin dengan English dalam satu dialog walaupun English dia more to Manglish. 

Bukan pertama kali Sharifah Sakinah jadi hantu yang kelakar dan watak komedi memang makanan dia. Skrip dia dalam Dr. Pontianak pun banyak kena improvise sebab dia sendiri pun tergelak dengan dialog dia. 

Walaupun I terhibur setiap episod Dr. Pontianak tapi alur cerita dia gagal seimbangkan ketiga-tiga genre utama. Dah excited dekat awal bila Vivy dan Edna perlu bekerjasama merungkai misteri tapi bak kata Pak Us, dua-dua pun lembab buat kerja. Patutnya bagi ruang dekat Dr. Adam (Mierul Aiman) korek misteri kematian wanita di hospital tu daripada tunggu Vivy dan Edna sampai ke hujung drama. 

Revelation dari watak antagonis pun drag sangat sampai cerita jatuh mendatar dan bosan. Tak thrill sangat lah bila antagonis sendiri yang kena dedahkan dan cerita satu-persatu motif dan modus jenayah tu. Vivy dengan Edna terjumpa klu pun secara kebetulan dan bukan sebab dia mencari. 

Editing drama Dr. Pontianak pun ada masanya buatkan penceritaan nampak lemah macam babak Vivy dengan Pipit terkejut Wayan (Areef Amran) ada nadi lepas flatline. Nasib baik drama ni santai dan kacip, so pejam mata je lah bila tengok sampai 12 episod. 

Selain komedi, Dr. Pontianak selitkan juga mesej sosial dalam beberapa babak. Dunia medik terlihat meyakinkan bila ada jargon dan prosedur asas yang dimasukkan secara serius. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 7.3/10

Drama Review | Good Boys Go to Heaven (2026)

Tuesday, 18 August 2026

Pengarah: Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip: Mira Mustaffa, Nadim Hisham, Ariff Zulkarnain, Haris M. Nor, Nik Naemah 
Pelakon: Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Sayf Mikael, Firdaus Karim, Sky Iskandar, Malek Mccrone, Amerul Affendi, Mila Mohsin, Amanda Ang, Dai Fuad, Zaleha Iman, Sherie Merlis, Rafique Iskandar, Afif Aisy, Faiz Shafie, Marzuki Noh, Haris M. Nor, Qaid Aqwa
Syarikat Produksi: Astro Shaw, Indigo Films
Penyiaran: Astro One, sooka, Netflix
Genre: Drama / Psikologi / Misteri 
Jumlah Episod: 8 Episod (40 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 08 Mei 2026 – 26 Jun 2026
Trailer:


Siri premium terbitan Indigo Films menggunakan tema penderaan seksual yang mengakibatkan trauma menerusi watak Yasser (Beto Kusyairy) yang belum pulih sepenuhnya dari kisah lampau. Yasser mempunyai seorang anak lelaki bernama Ahyan (Sayf Mikael) bersama isterinya, Dahlia (Zahirah MacWilson). 

Mereka tinggal di Kuala Makar, pekan kecil yang tak jauh dari Kuala Lumpur. Yasser bekerja sebagai botanist sementara Dahlia berulang -alik ke Kuala Lumpur sebagai pereka dalaman. Hubungan Dahlia bersama Yasser tidak begitu baik kerana mereka sering bertengkar hingga mengakibatkan Sayf lebih selesa bersama Mia (Zaleha Iman) dan keluarganya. 


Ahyan juga rapat dengan Ustaz Reyhan (Sky Iskandar) yang mengajar di sekolahnya hingga sesuatu yang buruk dapat dihidu. Belum sempat Ustaz Reyhan mendedahkan perbuatan jahat si pelaku, Ahyan dibunuh dengan kejam. Mayatnya dibuang di tasik untuk hapuskan segala bukti. 

Inspektor Kamal Hussaini (Amerul Affendi) ditugaskan menyiasat kes pembunuhan Ahyan dibantu oleh pegawai polis tempatan, Sarjan Leona Lee (Amanda Ang). 


Selepas kejayaan franchise One Cent Thief (2023), Ariff Zulkarnain kembali ke bangku pengarah untuk siri Good Boys Go to Heaven dengan kerjasama bersama Astro Shaw. Menariknya, siri ni ditayangkan serentak di Astro Go dan Netflix setiap Jumaat jam 12 tengah malam. Bila masuk dekat platform Netflix, memang mudah sangat jadi bualan netizen terutamanya di Threads. Makin rancak bila semua orang nak teka siapa pembunuh Ahyan.

Siri Good Boys Go to Heaven mengambil inspirasi dari kisah pembunuhan Zayn Rayyan di mana ibu bapa dia sendiri menjadi suspek utama jadi tak hairan lah kalau penulisan seakan-akan meletakkan watak Yasser dan Dahlia sebagai suspek utama tanpa sebarang petunjuk dan alibi kukuh. 


Pace siri Good Boys Go to Heaven agak perlahan dan banyak fillers yang terangkan keadaan Yasser yang mempunyai trauma akibat penderaan dan juga dibuli ketika zaman sekolah. Keadaan dia buatkan dia susah untuk berkomunikasi secara sihat walaupun dengan Dahlia. Sebab tu juga Dahlia lebih selesa dengan Zayd (Malek Mccrone) dan juga Maureen (Mila Mohsin).   

Walaupun Good Boys Go to Heaven mempunyai genre yang I suka tapi alur penceritaan tak lah begitu menarik ditambah pula dengan kehadiran watak Inspektor Kamal yang menjengkelkan. Sarjan Leona pun sama juga lemahnya sepanjang 8 episod. Kita nampak dua watak ni bekerja tapi tak nampak hasil pun sampai watak lain yang bawa bukti. Bawa ke balai tau bukan jumpa pada watak sekian sekian. 


Episod-episod awal seronok lah tengok hint yang diberikan tapi bila pihak polis dan protagonis makin lemah, rasa makin geram nak habiskan. I boleh faham protagonis tak mampu nak buat lebih sebab dia sendiri pun sakit tapi pihak lain? Watak Dahlia paling tak function walaupun dia ibu Ahyan. Penulis sengaja tone down watak dia untuk kuatkan elemen misteri dan sangkaan sebagai suspek utama. 

Pertama kali Zahirah dan Beto digandingkan sebagai suami isteri jadi tak hairanlah kalau tak kuat sangat chemistry atau mungkin production sengaja gandingkan untuk tunjuk rumah tangga dua watak ni dah tak ada harapan. Chemistry Zahirah dengan Malek lagi menyerlah walaupun tak banyak screentime bersama. Ingatkan dekat hujung tu Dahlia nak pilih Zayd tapi kisah diorang tergantung macam tu je. Mungkin tak nak keruhkan lagi keadaan padahal dua watak ni ada potential as endgame. 


Kekuatan Good Boys Go to Heaven juga terletak pada lakonan barisan pelakon utama dan juga pelakon kanak-kanak. Bak kata Beto, semua pelakon kanak-kanak yang ada dalam siri ni adalah pelapis dalam industri lakonan dan memang betul lah sebab babak diorang lagi seronok ditonton. Emosi yang dipaparkan terlihat natural dan menyentuh perasaan.

Sedih sangat masa tengok Amin (Afif Aisy) menangis dalam bilik dan dengar semua yang parents dia bincang padahal sebelum tu dia yang beria cakap ayah dia akan selamatkan diorang. Dah la sakit kena dera, makin bertambah sakit bila keluarga hilangkan rasa kepercayaan tu. Parents selalu rasa anak tak akan ingat tapi sebaliknya dan benda macam tu yang akan buat anak jauhkan diri dari keluarga.

 
Sinematografi dari Tan Teck Zee menguatkan lagi penceritaan dengan bergantung pada keindahan panorama Taiping dan Bukit Merah, Perak. Senibina bangunan lama menguatkan lagi pesona, identiti dan latar budaya masyarakat di kawasan luar bandar. Sama juga dengan tasik yang menjadi latar tempat dalam siri. Nampak cantik dan menenangkan tapi menghantui. 

Tak pasti kalau secara kebetulan babak di balai polis berlatarkan huruf K atau memang sengaja fokus pada huruf K sebagai simbolik Keadilan untuk Ahyan dan mangsa-mangsa lain. Penggunaan cahaya yang minimal pun membantu emosi setiap watak dizahirkan dalam beberapa babak. Lagu latar mengukuhkan lagi emosi pada penceritaan. 


Masa tengok siri Good Boys Go to Heaven ni rasa terganggu bila Dahlia dengan Maureen berbual dalam English padahal duduk dekat pekan kecil, Dahlia dengan Zayd keluar masuk bar tapi bila ada yang share personal experience tinggal di pekan kecil dengan lifestyle bandar ni, okay lah boleh lah accept. Malaysia pun dah makin maju, apa lah sangat speaking dekat Taiping tu kan?

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

Drama Review | Notes from the Last Row (2026)

Saturday, 4 July 2026

 

Pengarah: Kim Kyu-tae 
Penulis Skrip: Jang Myung-woo
Pelakon: Choi Min-sik, Choi Hyun-wook, Huh Joon-ho, Yunjin Kim, Jin Kyung.
Syarikat Produksi: Kakao Entertainment, GTist 
Penyiaran: Netflix
Genre: Psikologi / Drama
Jumlah Episod: 6 Episod (55 – 70 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2026 
Trailer: 


Drama terbaru tayangan Netflix yang diadaptasikan dari teater Sepanyol berjudul El chico de la última fila arahan Juan Mayorga, Notes from the Last Row mengisahkan tentang pensyarah universiti bernama Prof Heo Mun-oh (Choi Min-sik) yang tertarik dengan esei dihasilkan oleh pelajarnya, Lee Kang (Choi Hyun-wook)

Semua tugasan esei yang dihantar pada hujung kelas hanya boleh dibaca oleh pensyarah dan kebanyakannya esei mengarut atau disalin semula dari mana-mana sumber. Namun esei milik Lee Kang diambil dari kisahnya sendiri yang berkawan rapat dengan pelajar Korean Literature iaitu Kim Se-yun (Lee Jin-woo). 


Semua yang diceritakan Lee Kang buatkan Prof Heo tertarik untuk membaca sehingga Lee Kang mula melanggar garis moral dengan tertarik pada ibu Se-yun. Prof Heo jelaskan ada perbezaan antara mengintip dan mengintai dengan niat seksual. Perbualan mereka berdua semakin lama membuka pada banyak lagi rahsia gelap yang berlaku di rumah tersebut. 

Prof Heo mempunyai niat untuk mendapat kredit sekiranya Lee Kang debut sebagai penulis sekaligus meletakkan dia sama tinggi dengan musuhnya, Kim Su-hun (Huh Joon-ho) yang juga seorang penulis. Sejarah mereka berdua bermula sejak zaman kolej hingga lah karier sebagai penulis novel menentukan tempat mereka secara berbeza. 


Dari awal lagi pengarah fokus pada kehidupan malang Prof Heo sehinggakan ada pelajar yang point out insecurities bila dapat markah rendah. Dengan mudahnya kita kenal dan connect dengan watak Prof Heo. Jadi bila dia bertemu dengan Lee Kang yang suka duduk di bahagian belakang kelas dan juga mempunyai tahap literasi yang tinggi, kita pun boleh rasa teruja dengan perubahan baru yang dia alami. 

Esei Lee Kang mempunyai cerita yang biasa tapi diceritakan dalam gaya penulisan yang menarik. Bunga bahasa dia cantik dengan metafora yang digunakan untuk satu babak yang biasa dalam kehidupan seharian kita. Bila cerita bergerak, makin banyak plot yang berkembang dan kemunculan misteri yang minta disiasat.


Sayangnya bila masuk ke Episod 4, penceritaan dia mula berubah kepada drama tipikal Korea dan logik mula hilang. Dekat situ kita dah nampak yang Prof Heo dah bertukar obses dan cemburu dengan kehidupan Kim Su-hun, noktah. Segala apa yang berlaku dalam hidup dia memang kerana pilihan dia sendiri dan dikuatkan dengan cerita Lee Kang pada episod 6. 3 episod awal dia cuba terangkan pada Lee Kang tentang garis moral tapi masuk episod 4 hingga 6, dia sendiri yang hilang moral. Itu antara kekuatan drama Notes from the Last Row. 

Tak faham kenapa isteri dia, Jo Hyeon-suk (Jin Kyung) boleh bertahan selama 13 tahun tanpa cinta. Mungkin kalau dia kahwin dengan orang lain, hidup dia lagi bahagia. Pedih betul tengok dia terbaring dekat hospital dan dengar perbualan suami isteri dekat katil sebelah. Perbualan tu biasa je tapi perbualan tu yang dia nak untuk situasi dia pada masa tu. 


Lakonan Choi Min-sik menghidupkan personaliti Prof Heo yang semakin lama semakin obsess dengan cara untuk menjatuhkan Kim Su-hun. Dekat episod-episod awal nampak watak Kim Su-hun sebagai watak antagonis tapi drama ni dari perspektif Prof Heo yang tersakiti. Tak hairan lah kalau banyak watak yang diceritakan secara negatif kecuali Eun-joo. Mimik muka dia tersangatlah mainkan peranan tambah kalau dia menyampah dengan Kim Su-hun. 

Selepas Weak Hero (2022) dan Twinkling Watermelon (2023), drama Noted from the Last Row menguatkan lagi filemografi Choi Hyun-wook sebagai pelakon muda di Korea. Drama dia ada keunikan dan watak dia juga padu lantas meninggalkan impak. Dalam drama arahan Kim Kyu-tae ni watak Lee Kang mempuanyai dua sisi yang berbeza dan Choi Hyun-wook pamerkan keduanya dengan bersahaja. 


Selain dua pelakon utama, Lee Jin-woo sebagai Se-yun juga ada potensi walaupun ruang dia terhad. Notes from the Last Row adalah drama ketiga setelah debut sebagai pelakon. Sebelum ni Jin-woo aktif sebagai idol dalam group GHOST9. Pernah beberapa kali dengar lagu GHOST9 tapi tak kenal personally semua member. Hopefully lepas ni dia dapat lebih banyak offer. Sama juga dengan Han Ji-eun sebagai Seon Min-hui. 


Sinematografi dari Park Jang-hyuk dan Jung Sang-bum menguatkan screenplay dengan mencipta visual yang menarik pada beberapa babak. Banyak penggunaan close-up shot digunakan untuk menjelaskan emosi dan motif setiap watak yang dimasukkan. Penggunaan latar tempat seperti perpustakaan dan ruang kecil meningkatkan lagi saspens dan ketegangan yang wujud dalam drama. 

Notes from the Last Row mungkin bukan pilihan ramai sebab pace dia agak perlahan dan banyak perbualan antara watak utama tapi untuk genre misteri dan drama, perkembangan dan pendedahan yang dimasukkan terlihat menarik untuk ditonton. Vibe dia lebih kurang sama dengan filem Andhadhun (2018), apa yang benar adalah apa yang dilihat oleh watak utama sendiri. 

Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

Drama Review | Griya: Rahsia Seorang Lelaki (2026)

Sunday, 7 June 2026

 

Pengarah: Faisal Ishak
Penulis Skrip: Faisal Ishak
Pelakon: Nazim Othman, Chacha Maembong, Scha Alyahya, Dynas Mokhtar, Hazama, Nia Atasha
Syarikat Produksi:  Skop Productions
Penyiaran: iQiyi, Netflix
Genre: Psikologi / Thriller
Jumlah Episod: 10 Episod (38-40 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2026 – 7 Jun 2026
Trailer: 


Detektif Liana (Scha Alyahya) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Puan Sara (Nia Atasha) setelah menerima laporan dari suaminya sendiri, Razman Hashim (Nazim Othman). Liana syak kehilangan Sara ada kaitan dengan Razman kerana isteri pertamanya, Julie (Hanna Aqeela) juga mengalami nasib yang sama. 

Liana bersahabat baik dengan peguam jenayah bernama Sophia (Chacha Maembong) yang juga kenal Razman tapi mempunyai pandangan berbeza. Sophia cuba untuk membantu siasatan Liana dengan menawarkan diri untuk tinggal bersama dengan duda tersebut selama seminggu di rumahnya yang terletak di kawasan persendirian di dalam hutan. 


Liana cuba menghalang kerana khuatir Sophia juga bakal menjadi mangsa namun dia terdesak untuk mendapatkan sebarang petunjuk dalam masa 2 minggu sebelum kes ini ditugaskan kepada detektif lain. Informant Liana yang juga wartawan bernama Saiful (Hazama) ada bukti kukuh tentang mayat Julie yang ditanam di dalam rumah Razman. 

Drama Griya: Rahsia Seorang Lelaki arahan Faisal Ishak terbitan Skop Productions menggunakan tema psikologi dengan memaparkan watak Razman yang didera ketika kecil. Watak Razman sama macam watak Yasser dalam siri Good Boys Go To Heaven (2026) terbitan Astro Originals. Kedua-dua naskhah ditayangkan pada masa yang sama. 


Bezanya, naskhah Griya: Rahsia Seorang Lelaki lebih menarik dari segi penceritaan sebab semua pihak buat kerja. Suka dengan kecekapan Detektif Liana dalam menjalankan tugas. Dia tak buang masa dan guna semua cara yang dia ada tak kisah lah ikut prosedur ataupun tak. Kelakar juga lah tengok Detektif Liana kena marah dengan bos (Esma Daniel) macam babak waran dengan bilik bawah tanah. 


Penceritaan Griya: Rahsia Seorang Lelaki bergerak laju dengan pelbagai petunjuk dan misteri yang didedahkan sedikit demi sedikit oleh penulis. Walaupun watak Sophia bagus sebagai pembantu Liana tapi dia banyak kali buat kerja tak clean. Nasib dia baik sebab Razman memang jatuh cinta dengan dia, selalu back-up bila Kak Yan (Dynas Mokhtar) suruh Sophia keluar dari rumah. 


Selain genre psikologi dan thriller, elemen romantik yang dimasukkan antara Razman dan Sophia banyak membantu sebab chemistry Nazim dengan Chacha menjadi. Cuma mehhh sikit lah bila tengah seronok tengok momen Razman dengan Sophia tiba-tiba lagu Sendiri – Zynakal keluar. Tak kena lah lagu tu, patutnya kena ada lagu latar romantik yang kena dengan suasana. 


Kudos to team production yang bagi perhatian kepada perjalanan naskhah Griya: Rahsia Seorang Lelaki. Diana Arshad membantu watak Sophia bila dia membaca sebab semakin cerita bergerak, novel yang dia baca pun bergerak sekali sebab tu kot Razman tak syak Sophia buat benda merepek belakang dia. Dekat episod hujung pun dah nampak dia buka novel baru. 


Casting director pun pandai pilih pelakon sebab muka Julie dengan Sara tak lari jauh dengan muka Dato' Wan Khatijah (Marissa Yasmin). Sophia je lari jauh sebab Razman tak plan pun nak jatuh cinta tapi dah takdir. I wish screentime Hanna Aqeela dan kisah Razman dengan Julie panjang lagi sebab nak tahu apa yang triggered baran dia. Tahu-tahu Julie dah menggelupur nak lari dari rumah tu. Boleh nampak yang Razman ada OCD tapi tak ada babak yang sokong teori ni jadi kukuh. Team busana pun did a good job lah cuma tang rambut Razman tu kadang huru-hara. 


Seronok tengok rumah Razman yang cantik dan jauh dari bandar. Tepat menggambarkan personaliti dia yang misteri dan menjaga privasi. Nak masak pun tak payah beria ke kedai sebab semua bahan boleh ambil dekat belakang. Sesuai lah pilih Lereng Tanah Farmhouse dekat Hulu Langat sebagai latar tempat utama, kena juga dengan tajuk Griya yang bermaksud rumah dalam bahasa Sanskrit. Rumah dia cantik pada luaran tapi ada misteri di dalamnya. 


Sebelum ni ragu-ragu nak tengok Griya: Rahsia Seorang Lelaki sebab Nazim Othman tapi tak sangka pula Nazim hidupkan watak Razman dengan cemerlang. Teringat-ingat senyuman psiko dia. Masa tengok drama Griya: Rahsia Seorang Lelaki ni, teringat filem Hindi bertajuk Kasoor (2001) sebab jalan cerita sama, peguam jatuh cinta dengan penjenayah yang kacak dan kaya. Tapi itu lah, kalau jadi Simran atau Sophia, macam mana nak mengelak dari jatuh cinta dengan lelaki yang soft spoken, gentleman, serasi dan kacak macam Shekhar Saxena atau Razman. Yang bijak pun boleh terbuai perasaan.


Naskhah Griya: Rahsia Seorang Lelaki mungkin ada kelemahan pada penulisannya tapi masih layak disenaraikan sebagai drama wajib tonton untuk genre thriller. Dari awal pun kita dah tahu siapa pembunuhnya cuma kita pun akan tertanya-tanya seperti Sophia sebab ada beberapa suspek lain dan kejutan yang disimpan oleh pengarah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

Drama Review | Thariq Ridzuwan: His Treasure (2025)

Wednesday, 27 May 2026


Pengarah: Eyra Rahman
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pelakon: Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon, Darien Aeldra, Edaman Othman, Thompson Goh, Nasuha Sulaiman, Ezlisa Loy, Mia Sara Shauki, Sharifah Zarina, Nazia Mustafar, Myra Afrina, Manan Sulaiman, Safura Ya'cob, Reen Rahim, Fezrul Khan, Arash Mohamad, Adrea Abdullah, Imran Aqil, 
Syarikat Produksi: MIG Production Sdn. Bhd.   
Penyiaran: Astro Ria, Netflix
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025 – 11 September 2025
Trailer: 


Thariq Ridzuan (Meerqeen), seorang ejen elit dari unit Holy Dragon, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Husniya Radwa (Qasrina Karim), bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya. 

Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.


Drama arahan Eyra Rahman diadaptasikan dari novel Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure karya penulisan Huda Najwa yang menjadi pilihan pembaca pada tahun 2024. I tak pernah baca novel dia so this review solely based on drama lah. 

Masa pergi premiere Thariq Ridzuwan: His Treasure dah boleh nampak chemistry antara Merqeen dan Qasrina. Even pengarah sendiri bagitahu yang dia bersyukur dapat bekerja dengan Merqeen dan cast lain sebab berjaya deliver watak sebaiknya. 


Betul lah yang dia kata tu sebab I tertarik dengan personaliti Thariq Ridzuwan sebagai penjaga Treasure dia yang tersangatlah damsel in distress. Radwa ada anxiety dan depression yang teruk gara-gara menjadi punca penculikan adik bongsu dia. Punca di sini adalah kerana tak jaga adik dengan baik walaupun dia cuma manusia biasa. 

Konflik ni sama macam yang watak utama hadap dalam drama Family By Choice (2024). Jadi mudah lah untuk faham kenapa Radwa ada mood swing yang teruk bila membesar dalam environment yang toksik. Along (Reen Rahim) dengan Raudhah (Myra Afrina) pun bermasalah sebab Umi memang dah ajar anak-anak dia untuk buli Radwa. Lagi menyakitkan bila dia ada Abah (Manan Sulaiman) yang berdiam diri. 


Dekat awal drama rasa geram lah juga kenapa Husniya Radwa rasa terharu bila Thariq selamatkan dia tapi tak lama lepas tu dia emosi bila teringat Thariq bertunang dengan Anita (Alicia Amin). Kalau jadi Radwa pun geram juga sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bertunang dengan orang lain. Lepastu hilang kemudian ajak kahwin. Nak tunggu Thariq dengan Radwa selesaikan konflik tu pun makan masa. Olahan pengarah pun tak menarik buatkan kita rasa bosan dan menyampah dengan permainan tarik tali antara watak utama. 


Unit Holy Dragon pun tak kuat sebagai plot sampingan walaupun ada konflik yang menarik bila menyiasat kes pemerdagangan kanak-kanak di rumah anak yatim. Tak pasti kenapa komando kena menyiasat kes jenayah macam ni sedangkan kes tu level polis jenayah. 


Mungkin kes tu sebenarnya besar tapi disebabkan kelemahan olahan pengarah dan penulis buatkan babak Holy Dragon tampak dangkal. Dekat Episod pertama pun sniper gagal tembak Chi Beng (Fezrul Khan) sedangkan clear shot. Babak Thariq terkejut Farez (Evertts Gomes) hidup lagi padahal dah kena bunuh tu merepek sangat sebab dekat flashback, dia tak beria pun bunuh dan pastikan watak antagonis mati. 


Merepek betul bila Holy Dragon terlibat dalam konflik Thariq-Radwa dan keluarga Radwa. Faham lah brotherhood tapi masing-masing macam tak ada life. Babak Raudhah boleh selesai dalam masa 5 minit tapi drag sampai satu episod. Babak aksi pun tak lah menarik sangat tapi Merqeen in uniform is a bless so layan je lah. Lagu Alangkah - Hael Husaini dengan P. Ramlee dan Saloma - ALPHA sebagai lagu latar pun function teruk.



Ramai yang tak suka tengok Qasrina berlakon dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure tapi I sebaliknya. Qasrina cantik sangat sebagai Husniya Radwa dan tak hairan lah kalau Thariq boleh jatuh cinta walaupun sentiasa meroyan. Kelakar tengok babak dia bunuh diri dalam bath tub sebab dah tenggelam lepastu timbul sekejap ambil oksigen then next minute dia terlangkup pulak then keluar dari bath tub. 


Kali kedua tengok Evertts Gomes berlakon lepas drama Dorm 403 (2026) dan boleh nampak  potential dia sebagai pelakon. Dia ada versatile boleh lakonkan pelbagai watak dan emosi sebab watak Farez agak mencabar juga kecuali babak dia bergocoh dekat lorong lah. Dah macam tengok drama China dengan kot labuh dan rambut panjang dia. Cuma tak diceritakan macam mana dia boleh jadi kaya dan berkuasa dalam dunia Thariq Ridzuan ni. 


Pace penceritaan Thariq Ridzuwan: His Treasure tak konsisten, ada babak yang laju, ada yang draggy. Episod 15 paling menyampah sebab nak kena tengok dunia khayalan Thariq dengan Radwa. Nasib baik dekat Episod 16 pengarah masukkan babak-babak kelakar. 

Lega dah berjaya habiskan drama paling kontroversi tahun lepas dan harapnya tak akan wujud lah drama untuk setiap ahli unit Holy Dragon. Harapnya lepas ni akan ada future project antara Qasrina dengan Merqeen dalam naskhah yang lebih berkualiti.

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 4.5/10

Drama Review | Bloodhounds (2026)

Sunday, 17 May 2026


Pengarah: Kim Joo-hwan
Penulis Skrip: Jung Chan (webcomic), Kim Joo-hwan
Pelakon: Woo Do-hwan, Lee Sang-yi, Park Sung-woong, Huh Joon-ho, Rain
Syarikat Produksi:  Studio N, Seed Film, Seven O Six
Penyiaran: Netflix
Genre: Aksi / Drama / Jenayah / Thriller
Jumlah Episod: 7 Episod (49–75 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 03 April 2026
Trailer: 


Selepas menumpaskan Kim Myeong-gil, si lintah darat dalam Bloodhounds 1 (2023), Kim Gun-woo (Woo Do-hwan) dan Hong Woo-jin (Lee Sang-yi) menceburkan diri dalam sukan tinju professional. Gun-woo menjadi peninju sementara Woo-jin bertindak sebagai jurulatih. 

Kehebatan Gun-woo diintai oleh Im Baek-jung (Rain) yang mempunyai gelanggang haram bernama IKFC di mana semua peninju antarabangsa beradu tenaga hingga kalah atau mati. Setiap perlawanan mendapat taruhan secara atas talian dari 4 billion penonton. IKFC beroperasi di dark web dan dijaga oleh Allen (Lee Myeong-ro). 


Pelbagai cara digunakan oleh Lee Man-bae (Lee Si-un) dan Yun Tae-geom (Chansung) untuk mengumpan Gun-woo supaya bertanding dengan Im Baek-jung tapi semuanya gagal. Mr. Moon (Park Hoon) dan Sun-bo (Hwang Dae-ki) dari Dream On Capital bekerjasama dengan pihak polis untuk membantu menjaga keluarga Gun-woo. 

Namun Gun-woo akhirnya bersetuju setelah Im Baek-jung mengugut untuk kerat tangan Woo-jin dan bunuh ibu dia, Yoon So-yeon (Yun Yoo-sun). 


Penceritaan naskhah Bloodhounds untuk musim kedua arahan dan penulisan Kim Joo-hwan jauh berbeza dengan musim pertama di mana watak utama Gun-woo dan Woo-jin lebih serius dan matang. Kalau musim pertama kedua-duanya masih baru kenal dunia dan kelakar, kali ni kedua-duanya cengeng. 


Boleh kata setiap episod ada babak Gun-woo menangis kecuali Episod 7 sebab dia bagi laluan kepada Woo-jin menangis lebih banyak. Nak kata tak suka, tak lah juga tapi kenapa sampai hilang terus personaliti Gun-woo dengan Woo-jin kalau pun Bloodhounds berubah genre kepada drama?


Kalau sebelum ni ada banyak babak fighting antara Gun-woo dengan Woo-jin tapi dalam musim kedua watak Woo-jin kena tone down teruk. Awal lagi dah injured dan bagi screentime kepada Gun-woo untuk lawan Kang In-beom (Tae Won-seock) dan Im Baek-jung. 

Geram lah juga dua kali Woo-jin cedera teruk, first dekat kontena kemudian dekat hotel. Merepek sangat Woo-jin tertunggu Gun-woo datang selamatkan sedangkan dia pun watak yang kuat dalam musim pertama. Dekat musim lepas Woo-jin boleh lawan 30 orang tanpa proper training tapi musim ni bergabung tenaga dengan Mr. Moon pun boleh hancur tangan dia. Dalam musim ni dah jadi macam watak sampingan. Banyak kali pulak tu Woo-jin dan Gun-woo berpecah. 


Dalam musim ni ada banyak sangat watak sampingan tapi screentime terhad macam Lee Woo-jeong (Cha Ji-hyuk), Myeong-hwan (Jo Hyun-jae), Lee Du-yeong (Ryu Soo-young) dan ramai lagi. Dah excited bila nampak Dex muncul dekat Episod 6 tapi lahhhh screentime dia sikit sangat, watak pun lemah. Dia special force in real life tapi dalam Bloodhounds nampak terpaling innocent bila share screentime dengan pelakon yang lain. Chansung lagi scary dari Dex padahal tugas masing-masing lebih kurang sama. 


Patutnya watak ejen khas NIS ni muncul dekat end credit bukan dekat pertengahan cerita sebab kita jadi tertunggu-tunggu apa tugas mereka ni sedangkan pihak lain dah bergerak untuk babak klimaks. Sama juga dengan Kang In-beom yang dikeluarkan dari penjara pada Episod 2 tapi tak function langsung sampai lah Episod 7. Peram buat apa? 

Disebabkan terlampau banyak watak sampingan dari pelbagai pihak, plot utama terasa longgar dan singkat. Cara pihak polis selesaikan masalah pun macam lemah sangat, macam babak soal siasat Sun-bo (Kang Min-ah). Macam tak percaya polis beria sangat sopan dengan penjenayah. Hotel penuh dengan SWAT dah meletup tapi kes masih lagi di tangan orang yang sama? 


Mungkin sebab nak tonjolkan pihak NIS yang diterajui oleh Hong Min-beom (Choi Si-won). And yes, of course siri Bloodhounds akan ada musim ketiga sebab NIS jumpa senjata baru dan Gun-woo dengan Woo-jin ada misi untuk jatuhkan Bloodhounds. 


Dan kalau musim ketiga keluar pun I tetap akan layan sebab kekuatan dinamik juga chemistry Sang-yi dan Do-hwan yang menjadi kekuatan utama Bloodhounds. Musim kedua mereka berdua makin kuat dan jumpa strategi baru dari jurulatih peninju professional. Babak dengan Coach Heo (Kang Shin-il) tu sekejap sangat tapi ada banyak ilmu yang dia curahkan. 


Walaupun action stunt datang dari pelbagai watak tapi tetap menarik untuk ditonton sepanjang 7 episod. Babak boxing dan hand combat diperbanyakkan lagi dalam musim kedua. Selain Gun-woo, rentak dan tempo Im Baek-jung bertinju pun menakutkan sebab dia laju bergerak. Sekejap sangat pihak lawan boleh tumbang walaupun fizikal lebih besar. Dan ilmu ni juga dipelajari oleh Gun-woo dan Woo-jin. Sebab tu tak sabar nak tengok musim ketiga. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.5 = 6/10