Director : Zoya Akhtar
Writer : Reema Kagti, Zoya Akhtar
Cast : Anil Kapoor, Shefali Shah, Priyanka Chopra, Ranveer Singh, Anushka Sharma, Farhan Akhtar, Vikrant Massey, Ridhima Sood, Rahul Bose, Parmeet Sethi, Dolly Minhas, Ayesha Raza Mishra, Zarina Wahab, Pawan Chopra, Sarah Hashmi, Khushi Dubey, Ikhlaque Khan
Production Company : Excel Entertainment, Junglee Pictures
Distributor : Eros International
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 173 minutes
Release Date : 5 June 2015
Trailer :
Dil Dhadakne Do antara movie yang special sebab movie Hindi pertama pergi tengok dekat wayang dengan Bolly gang. Ingat lagi masa tengok tu ramai Bollywood stars datang Malaysia sebab IIFA buat dekat sini tapi sebab exam terpaksa balik Segamat padahal dekat KLCC masa tu orang dok berkumpul nak jumpa Hrithik Roshan. Kawan I dapat jumpa Ranveer Singh pulak malamnya. Haihhh sedih!
Lepas kejayaan movie Zindagi Na Milegi Dobara (2011), Zoya deliver movie comedy drama, Dil Dhadakne Do di bawah production house Excel Entertianment yang mengisahkan tentang Kamal Mehra (Anil Kapoor), owner syarikat AyKa mengalami masalah bila kewangan syarikat jatuh dan anak bujang dia, Kabir Mehra (Ranveer Singh) tak mampu selamatkan sebab minat dia pada kapal terbang. Walaupun Ayesha (Priyanka Chopra) tersenarai dalam The Forbes dengan syarikat Musafir tapi dia dah berkahwin dengan Manav (Rahul Bose) jadi surname dia dah berubah.
Kamal jemput semua kawan-kawan dia untuk celebrate anniversary dia dengan Neelam (Shefali Shah) yang dah mencecah 30 tahun atas cruise. Kamal dapat idea untuk jemput Lalit Sood (Parmeet Sethi) sebab nak jodohkan Kabir dengan Noorie Sood (Ridhima Sood) supaya AyKa stays within family juga bila Lalit beli saham dalam AyKa.
Sementara Kamal dengan Neelam sibuk dengan AyKa dan berlakon bahagia depan semua orang, Ayesha kumpul kekuatan untuk bagitahu parents dia yang dia nak bercerai. Tambah pula bila Sunny (Farhan Akhtar) muncul depan mata selepas bertahun lamanya tinggalkan dia. Kabir pula jatuh cinta dengan Farah Ali (Anushka Sharma). Pluto (Aamir Khan) sebagai pemerhati dan narrator movie yang comel.
Asalnya Zoya Akhtar nak Kareena Kapoor Khan dengan adik dia, Ranbir Kapoor berlakon sebagai adik-beradik dalam movie ni tapi bila Ranbir keluar kemudiannya digantikan dengan Ranveer Singh, Kareena pun keluar sebab dia tak suka Ranveer. Katrina Kaif pun sepatutnya berlakon watak Farah sebab Ranbir dengan Kat tengah bercinta masa tu tapi Kat pun cancel bila Ranbir keluar. Kalau tak dah boleh tengok real life trio dalam satu movie. Tambah pula watak Farah Ali ialah seorang penari so sesuai sangat lah dengan Kat as Bollywood dancing queen.
Tapi tak bermakna Ranveer tak sesuai untuk watak Kabir and he did great portraying his emotion as someone truly in love with someone whom totally opposite with him. Everytime dengar lautan pun sanggup ku renang, haaa mesti teringat dekat Kabir Mehra sebab dia buat benda sama untuk kejar Farah nak buktikan cinta dia. Chemistry dia dengan Anushka pun memang dah sedia maklum best dah sebab ni movie ketiga diorang berlakon sebagai pasangan bercinta lepas movie Band Baaja Baarat (2010) dan Ladies vs Ricky Bahl (2011).
Thanks to Zoya sebab yakinkan kepada semua yang Ranveer Singh ada sisi charming dia lepas berlakon dalam movie serious Bajirao Mastani. Dalam Dil Dhadakne Do memang Ranveer nampak hot sangat dan lebih kepada mengalah dalam kebanyakan situasi. Suka tengok scene Kabir dengan Neelam sebab tak pernah lagi Ranveer berlakon sebagai seorang yang manja. Comel je bila Neelam pujuk dia bila Kamal nak jual kapal terbang kesayangan Kabir.
Chemistry Ranveer dengan Priyanka memang rare sebab serasi tak kisah lah sebagai suami-isteri dalam Bajirao Mastani (2015) ataupun sebagai adik-beradik. Macam scene Ayesha minta tolong Kabir bila dia kena marah dengan parents sebab nak bercerai. Dia guna pandangan mata je cari kekuatan dekat adik dia. Scene dia menangis dekat cruise deck then Kabir pujuk tu cinematographer Carlos Catalan shot dari tingkap dan biarkan scene tu dari jauh je. But still terasa emosi antara dua-beradik yang terperangkap dengan manipulative parents macam Kamal dan Neelam. Ayesha pun sama bila Kabir perlukan dia, Ayesha sentiasa ada.
Fresh pairing untuk Priyanka Chopra dan Farhan Akhtar walaupun tak banyak scene mereka berdua bersama tapi setiap kali muncul, diorang ada sweet moment tersendiri. Bonus bila both of them menyanyi sendiri title track Dil Dhadakne Do gubahan komposer trio Shankar–Ehsaan–Loy. Hebatnya 5 original lagu karya Javed Akhtar yang ada dalam music album ni bila semua lagu terarah kepada narrative-based tapi semuanya best especially lagu Gallan Goodiyaan dengan koreografi energetik dari Bosco–Caesar. Lagu ni shoot dalam masa 5 minit je!
Dialog dalam movie Dil Dhadakne Do banyak kali tekankan ‘Log kya kahenge’ (Nanti apa orang kata) which is common lah dalam masyarakat Asia. Mesej sosial pun terarah pada konsep ni tak kisah lah middle class ataupun elite, sama je sebab mulut orang membawang tak kira status darjat. Semua watak yang ada ni ditulis berdasarkan pemerhatian penulis di dunia sebenar. As feminist, Zoya dan Reema masukkan suntikan feminism dalam conversation Sunny dengan Manav tentang isu wanita bekerjaya selepas berkahwin. Watak mak mertua Ayesha (Zarina Wahab) memang annoying dan ortodoks. Nasib baik ada watak Indu (Ayesha Raza Mishra) yang kelakar dengan kerenah tipikal mak dan makcik bawang.
Makin banyak tulis macam makin banyak pulak details dari movie ni keluar so I should stop though I really love this movie. Dalam movie ni I nampak Vikrant Massey sebab dia comel sangat sebagai Rana Khanna and even until now pun dia masih comel. Dah jadi hero dalam kebanyakan movie di Netflix dah pun. Scene dia dengan Noorie comel sangat! Kudos to casting director sebab pandai cari pelakon yang sesuai sebagai sebuah keluarga.
Visual, props dan wardrobe dari Arjun Bhasin semuanya on point. Bonus untuk team production untuk hidupkan movie dengan sinematografi cantik atas kapal layar MS Sovereign juga di Barcelona, France, Spain, Tunisia, Turkey, Italy dan juga panorama keindahan laut. Again, everything is perfect dan movie Dil Dhadakne Do tercalon dalam kategori Best Film, Best Director, Best Supporting Actress dan menang Best Supporting Actor juga Best Ensemble Cast di Filmfare Award. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
pelakon best best ni
ReplyDeletejalan cerita menarik. pelakon2 pun semua hebat2 belaka. suka lakonan priyanka..filem2 die berlakon memang menarik
ReplyDeleteLamanya tak menonton Hindi movies. Maybe PKP 2.0 nie boleh start melayan Hindi movies kan. Thanks for your recommendation
ReplyDelete2015? Dah lebih pada lima tahun dah movie nie. Jalan cerita dia nampak menarik juga. Plus, kalo Priyanka Copra yang belakon mesti best kan. Thank you for sharing this review.
ReplyDeleteMembawang tak kira darjat tu haha ! Lama tak layan cerita Bollywood, paling ulang2 tengok pun cerita Kabhie Kushie Kabhie Gham, lepas tu feeling sorang-sorang. Boleh start tengok balik la lepas nih, thanks recommend movie nih :)
ReplyDeleteThe setting is really pleasant as it showcases the more relaxing backdrop of seaview. :D
ReplyDeleteCan't believe this movie has been around for 6 years. Will definitely check it out.
Nak tengoklah, dengar lagunya pun best tu.. walaupun ramai pelakonnya Sis tak berapa minat, tapi ada Anil kapor tu yang buat Sis nak tengok...
ReplyDeleteBased on sis punya review then we can really relate that with our daily life kan.. "Nanti Orang Kata Apa".. we have been living to fulfill other expectation and normally neglected ours kan.. sis punya movie review memang tak pernah mengecewakan.. (Y) menarik list2 yang sis share..
ReplyDeleteBelum pernah tengok lagi Priyanka Chopra berlakon. Teringin juga, memandangkan dia dah popular di Hollywood sekarang kan.
ReplyDeletefuhh full mark tu. nampak kena tengok lah movie ni nanti. lagi pun lama tak tengok lakonan anil kapoor.
ReplyDeleteSekarang ni musim tak boleh tengok wayang kat pawagam dapat baca sinopsis dan penerangan kat sini pun susah cukup jelas tambah cerita Bollywood ni hehehehehe...
ReplyDeleteanotehr great review from you. i honestly cant wait to watch this one, it's filled with all the famous celebrities!
ReplyDeleteBestnya Priyanka berlakon.. br tengok.movie dia the white tiger. Mmg best
ReplyDelete