Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 3 : Wolfen! Wolfen! Part I

Saturday 30 January 2021

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

‘Orjo, aku sudah bosan berlari begini! Dulu kita dianggap penyelamat. Kita di barisan hadapan menyelamatkan bangsa dan negara. Masa sudah berubah, sekarang kita dianggap pemusnah. Ilmu kepahlawanan yang kita warisi sudah tidak ada apa-apa maknanya lagi.’ – Serigala Jadian

Awal pagi masa Wani (Sharwani NS) baru balik dari Gopeng lalu singgah ke Warung Pak Jabit (Aziz M Osman), mereka semua tengok kesan-kesan tapak kaki yang dalam dan besar di hadapan warung tersebut. Kata si Bakobar (Bell Ngasri) mungkin tapak kaki Beruang Alaska ataupun beruang koala. Sikit lagi penampar Pak Jabit singgah di muka dia. 

Tak lama kemudian Bakobar sedih mengenangkan reban ayam dia habis dikokak binatang. Semua licin kecuali seekor itupun sebab ayam tu sakit. Pak Jabit suruh MA Madi (Adi Afendi) check ada tak tapak kaki yang sama dekat warung dia. Ada! 

Bakobar : Siapa nak ganti rugi ayam saya ni?

Pak Din Pest Control : Ate? Nak mintak duit government la tu. Hentikan! Elaun ketua kampung aku haram takde. 

Bila Rashid (Azlan Komeng) datang untuk check kesan tapak kaki yang menjadi misteri penduduk Kampong Pisang, dia memang dah sedia maklum yang makhluk tersebut adalah makhluk buruan dia selama ni, serigala jadian. Walaupun dia berjaya tembak seekor tapi kawanan yang lain seru roh dan hidupkan kembali. Jadi bila masalah ni nak selesai? 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia ataupun busy dengan schedule lain. 

Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam scene Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) dengan Cik Purnama (Dewa Sapri) tempelak diorang semua bangga sangat dengan superheroes luar negara tapi ilmu seni silat warisan keturunan Melayu tidak pula dipandang.   

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Puas hati sangat tengok drama ni sebab visual dia menarik sebab Mamat Khalid memang nak hasil drama ni sama dengan filem. Visual effects dari Lil Studio Sdn Bhd masa transition Encik Bala (Zainuri Misfar) kepada serigala jadian tu sharp, kemas dan cantik. 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. 

Episod 3 ni memang tergantung lah dengan cliffhanger penduduk kampung terjumpa kesan darah dan baju kemeja tercarik di kawasan kebun. Curious nak tengok macam mana penduduk Kampong Pisang nak halau atau bunuh serigala jadian dalam Episod 4 nanti. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

1 comment

  1. i tak starts lagi tgk cita ni, berapa episode agaknyaaa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.