Throwback Thursday | MYIPR Launching Event

Thursday 21 January 2021

Idea asal adalah untuk buat majlis minum petang atau Hi-Tea untuk sesi beramah mesra dengan pihak media tapi terdapat beberapa kekangan jadi ditambah lagi satu sesi dengan penambahan majlis pelancaran MyIPR. Projek ini adalah hasil usahama syarikat Intellect Base Technologies Sdn Bhd dengan Tetuan Ram Reza & Muhammad. 

Event ni dah lama diadakan tau sebelum PKP lagi, sebab tu park under entry Throwback Thursday. Nak update tahun lepas tapi membawak ke hari ni baru sampai seru dia. So the event took place at Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse. Tempat ni dikhususkan kepada alumni Universiti Malaya dan dibuka untuk orang luar juga cuma tak ramai yang tahu. 

Apa itu MyIPR?

Projek MyIPR merupakan perkhidmatan yang ditawarkan untuk membantu individu atau institusi yang mempunyai perniagaan dalam melindungi harta intelek empunya. Contoh hak harta intelek yang layak dilindungi adalah hak cipta, paten, tanda dagang, reka bentuk industri dan rahsia perdagangan.

Tak ramai yang cakna dengan harta intelek dan kenapa penting untuk kita lindungi harta intelek dari dicuri oleh pihak lain. Mungkin ada yang tahu tapi tak ada dana untuk daftar dan ada juga yang tahu tentang perlindungan harta intelek dan tak tahu bagaimana untuk mendaftar. Ramai juga golongan yang ketiga ni jadi Ram Reza & Muhammad ambil inisiatif untuk membantu SMEs melindungi idea dan ilham yang lahir dari kreativiti mereka. 

Selain dari perkhidmatan mendaftarkan harta intelek, MyIPR juga mempunyai servis untuk menjaga dokumen penting seperti geran tanah, sijil saham syarikat, sijil peribadi dan banyak lagi dokumen sulit dan penting. Ditambah dengan fenomena bencana alam yang tak menentu, banyak dokumen terjejas hingga empunya mengalami kerugian dan masalah dalam urusan tertentu. 

Untuk syarikat sederhana dan juga korporat, perkhidmatan setiausaha syarikat juga boleh membantu urusan menyerah simpan dokumen-dokumen syarikat dan lain-lain. Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha Syarikat adalah:

a) Menyimpan pelbagai buku dan catatan berkanun Syarikat seperti buku daftar Ahli dan Pengarah

b) Mengeluarkan sijil saham, pengagihan dan pemindahan saham

c) Menyediakan notis mesyuarat, memanggil dan menghadiri mesyuarat berkanun dan mencatat minit mesyuarat

d) Menguruskan mesyuarat seperti AGM dan EGM

e) Menyediakan resolusi

f) Menyerah simpan dokumen Syarikat kepada SSM

g) Menyimpan keselamatan Metri Syarikat (Common Seal) agar tidak disalahguna

h) Menentukan buku-buku berkanun sentiasa boleh diperiksa apabila terdapat permintaan dari mana-mana Pemegang Saham Syarikat

Firma Ram Reza & Muhammad mempunyai pengalaman selama 20 tahun, jadi tak hairan kalau servis ini diletakkan di dalam MyIPR kerana sudah cukup mahir dalam hal-hal berkaitan kesetiausahaan syarikat.

Launching Event MyIPR

Untuk launch event MyIPR ni, pihak RRM cuma buat majlis secara kecil-kecilan dengan menjemput semua partners Ram Reza & Muhammad - Encik Nor Hisham bin Hj Muhammad, Ms Noraida Hassan, Encik Ismail Ariffin, Encik Muhammad Usaid Bin Mohd Nasaruddin Encik Izharul Effendy Bin Ramli, Encik R Fadhli Indra Bin Didi Indra Tjahya. Jemputan khas dihulurkan kepada Encik Bukhari Embong, founder Deedat Air Care dan juga pembaca berita Awani, Hakim Rahman. 

Memandangkan RRM ada dua orang chambering student cantik dan selesa bersama, Amy dan Aina dipilih sebagai pengacara majlis. Hi tea event dan juga MyIPR launching dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan dimulakan dengan pembukaan majlis oleh emcees. Bacaan doa oleh Encik R Fadhli Indra Bin Didi Indra Tjahya, partner kepada jabatan Syariah di Ram Reza & Muhammad HQ. 

Kemudian majlis diteruskan dengan pengenalan mengenai firma guaman Ram Reza & Muhammad dan pencapaian selama 20 tahun dalam bidang guaman oleh Encik Danish. 

Sesi seterusnya diteruskan dengan penerangan tentang idea penubuhan MyIPR, objektif dan matlamat Tetuan Ram Reza & Muhammad dan Intellect Base Technologies menerusi MyIPR. Selain firma Ram Reza & Muhammad, firma Hermes & Co, PT RRM Global, Muhammad Danish & Co, Z&I dan RRM Advisory and Custody Sdn Bhd juga merupakan subsidiari penasihat untuk projek ini. Boleh kata orang awam boleh dapatkan penerangan bukan terhad kepada harta intelek malah lebih lagi mengenai bidang guaman juga sepertimana yang diterangkan di atas. 

Seusai sesi pengenalan dan penerangan, majlis diteruskan dengan sesi memotong kek dan sesi bergambar. Semua tetamu yang hadir diberikan beg goodies oleh Tetuan Ram Reza & Muhammad sebagai tanda penghargaan hadir ke majlis kecil. 

Dah selesai majlis, dah kenyang makan, dah berbual banyak untuk sesi penerangan maka sesi bergambar fotogedik dekat luar dewan sebab lighting on point. 

Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan majlis pelancaran ni walaupun short notice. Terima kasih juga kepada yang hadir sebagai tanda sokongan kepada kami semua. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.