Movie Review | Halahal

Saturday 9 January 2021

Director : Randeep Jha

Writer : Zeishan Quadri

Cast : Sachin Khedekar, Barun Sobti, Ezab Kizra, Purnendu Bhattacharya, Sanaya Bansal, Chetan Sharma, Manu Rishi Chadha

Production Company : Eros International

Distributor : Eros Now

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 97 minutes

Release Date : 21 September 2020

Trailer :

Diinspirasikan dari kes jenayah Vyapam scam yang berlaku di Madhya Pradesh pada tahun 2013, pengarah Randeep Jha menyingkap kisah keluarga Dr. Shiv Shankar Sharma (Sachin Khedekar) yang kehilangan anak perempuan sulungnya setelah disahkan meninggal kerana bunuh diri. Bila Dr. Shiv minta postmortem report, polis bagitahu akan keluar 2 hari lagi tapi dah declare suicide. 

Geram dengan keputusan polis dan kematian Archana (Ezab Kizra) yang dijumpai terbakar di tepi highway Ghaziabad, Dr. Shiv cuba siasat sendiri dengan bantuan dari pegawai polis corrupt, Inspektor Yusuf Qureshi (Barun Sobti) yang dibayar sebanyak Rs200,000. Dia tahu anak dia tak ada sebab untuk bunuh diri bila dia cemerlang dalam pelajaran dan dapat gaji tinggi di pusat tuisyen sementara menunggu tawaran kerja di hospital sebagai doktor. 

Dari Delhi sampai ke Chandigarh mereka berdua siasat untuk tahu di mana teman lelaki anaknya, Ashish (Chetan Sharma) bersembunyi sebab mereka berdua bergaduh pada malam kejadian. Pooja (Sanaya Bansal) bagitahu Dr. Shiv yang dia terdengar beberapa orang doktor atasan tahu mengenai pembunuhan Archana dan mereka bergaduh bila mayatnya dibakar. 

Konsep movie Halahal (Racun) bertemakan jenayah yang semakin berleluasa ni nampak menarik tapi cuma pada first half movie je sebab kita nak tahu apa sebenarnya jadi antara Archana dan Ashish pada malam kejadian bila movie Halahal ni bermula dengan scene kejar-mengejar antara dua watak. Nampak watak Ashish takut benar dengan tindakan dia walaupun Archana dah pujuk tak ada apa akan jadi sementara ada tiga orang mengekori dari jauh. 

Masuk second half cerita dah terarah kepada rahsia dalam hospital dan pusat tuisyen bila Archana sebenarnya terlibat dalam medical scam. Kes jenayah ni sama dengan engineering scam bila ada anak orang kaya yang tak berapa bijak datang ke pusat tuisyen untuk bayar orang menyamar pada entrance exam. Dekat negara India ada tiga profession je dipandang tinggi – engineer, doctor and lawyer. 

‘Back then people used to smuggle gold but now they smuggled MBBS seats’

Tak pasti kalau kebanyakannya pelakon baru terutamanya leading actors sebab tak pernah nampak lagi tapi lakonan Sachin Khedekar dan Barun Sobti antara kekuatan movie Halahal di bawah syarikat produksi Eros International. Watak Inspektor Yusuf Qureshi tu dah boleh agak lah kenapa dia jadi corrupt dan tak perlukan back story kenapa dia pilih jalan macam tu. Kesian tengok keluarga Archana sampai jatuh sakit bila dapat tahu dia meninggal. Duit dengan rumah pun tergadai untuk cari jawapan kenapa dia dibunuh dengan kejam. 

Sayangnya jalan cerita dari Zeishan Quadri tak dikarang dengan baik sehinggakan momentum jatuh hingga ke hujung movie. Slow pace pula tu. Kalau penulis kembangkan lagi watak Archana dan kenapa dia boleh buat keputusan untuk join geng scammers ni mungkin lebih menarik. Bukanlah sesuatu yang baru untuk kes scam macam ni sebab modus operandi lebih kurang sama dengan engineering scam dan dah banyak pun movie berkisarkan kes jenayah ni.

Tak banyak pun tentang jenayah yang ditonjolkan dalam movie ni sebab fokus director lebih terarah kepada gandingan dua watak utama. Baca dekat Wikipedia lebih menarik dari tonton movie Halahal kalau diikutkan. Visual dengan background music not bad lah sebab kena dengan jalan cerita. Overall, movie Randeep Jha ni kurang emosi, suntingan dan garapan penceritaan thriller. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

3 comments

  1. kadang polis siasat main main ja... yg tak puas hati plak kena siasat sendiri

    ReplyDelete
  2. senang sangat polis declare mangsa bunuh diri tanpa buat siasatan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.