Movie Review : Armaan

Saturday 2 January 2021

Director : Honey Irani

Writer : Javed Akhtar, Honey Irani

Cast : Amitabh Bachchan, Anil Kapoor, Preity Zinta, Gracy Singh, Randhir Kapoor, Amir Bashir, Arun Bali, Anjula Bedi

Production Company : Aarti Enterprises

Distributor : Aarti Enterprises, Eros Entertainment

Genre : Romantic / Drama

Running Time : 159 minutes

Release Date : 16 May 2003


Mengisahkan Dr. Siddharth Sinha (Amitabh Bachchan) yang berdedikasi dan habiskan seluruh hidup dia untuk bangunkan hospital di Chandipur. Nak jaga hospital bukan sesuatu yang mudah sebab semua kemudahan dan utilities perlukan banyak dana. Walaupun ada sumbangan dari syarikat besar tapi masih tak cukup untuk tampung semua perbelanjaan. 

Tapak hospital tu pun di bawah pinjaman bank dan bakal tamat tak lama lagi. Kalau dia gagal cari penaja ataupun financier, hospital dia akan ditutup dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Billionaire Gulshan Kapoor (Randhir Kapoor) datang untuk membantu tapi dengan syarat anak Dr. Siddharth, neurosurgeon Dr. Akash Sinha (Anil Kapoor) berkahwin dengan anak perempuan kesayangan dia, Sonia Kapoor (Preity Zinta). 

Dr. Siddharth terpaksa tolak tawaran tersebut sebab dia tahu Akash bercinta dengan Dr. Neha Mathur (Gracy Singh). Kebahagiaan Akash adalah kebahagiaan dia juga. Tak mungkin dia nak pentingkan diri dan korbankan anak dia. Malangnya Dr. Siddharth meninggal dan masalah dana tu jatuh ke bahu Akash dan dia buat keputusan untuk berkahwin dengan Sonia. 

Masa Akash berkawan dengan Sonia memang tak ada masalah langsung. Dia ramah, kelakar dan manja tapi malam pertama pun dah bergaduh sebab Sonia cemburu dengan Neha. Baru terserlah perangai manipulative, cemburu buta dan obsessive. Padahal Akash dengan Neha cuma bercakap di hospital atas urusan kerja. 

First half movie Armaan ni nampak indah je sebab pengarah dan penulis Honey Irani paparkan kehidupan doktor di hospital juga kisah cinta Akash dengan Neha. Tapi bila masuk second half dah stress dah dengan konflik perkahwinan Akash dengan Sonia. Tak pernah la Akash tenang dengan isteri dia. Ada saja tak kena di mata Sonia walaupun Neha tak pernah kacau Akash ataupun sebaliknya. Kesian dekat Akash, dah la penat surgery sampai 8 atau 9 jam, balik rumah kena hadap isteri marah-marah. Sudahnya tidur dekat pejabat je. 

Walaupun Sonia teruk macam tu, Akash tak pernah melenting ataupun cari Neha untuk mengadu masalah. Bagi dia, buruk macam mana pun perangai Sonia, tetap isteri dia. Scene Neha betulkan rambut Akash tanpa sengaja sebab terbiasa, Akash slow je tepis tangan Neha. 

Kekuatan movie Armaan ni pada lakonan para pelakon yang mampu deliver watak dengan baik especially Preity Zinta sebab mood dia berubah dalam sesaat je. Tak boleh nak predict langsung bila dia akan buat hal. Sonia dengan Gulshan watak antagonis bukan dengan helak jahat tapi cukup dengan cinta dan charity. Kesian betul dengan Akash terperangkap dengan gandingan anak-beranak ni. Chemistry Anil Kapoor dengan Amitabh Bachchan sebagai anak dengan bapa nampak menjadi sangat. Comel je scene diorang main instrument sama-sama. 

Visual dari Ravi Varman biasa je sebab tak tayang secara detail sangat dalam operation room sebab mungkin tak ada bajet sangat atau kepakaran untuk tunjuk dengan real scene pembedahan tu. Tapi lakonan Anil dan pelakon lain dah cukup buatkan scene tu nampak real. Dialog pun sarat dengan info dan fakta tentang neurosurgery. 

Music album gubahan duo Shankar-Ehsaan-Loy okayish la, tak ada lagu yang rasa nak ulang dengar banyak kali pun. Semuanya sesuai untuk naikkan mood dan suasana pada jalan cerita. Lagu Mere Dil Ka Tumse Yeh Kehna dapat tumpuan dulu sebab Preity Zinta goda Anil Kapoor tapi dalam masa yang sama nak bunuh diri. Gila betul watak Sonia ni. No wonder la dapat pencalonan untuk Best Negative Role Performance di Filmfare.

 

Filem Armaan ni kalau dipendekkan lagi jalan cerita dan buang scene Akash jumpa roh ayah dia tu mungkin lagi kemas dan mantap. Overall, had a good time watching. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.2/10

1 comment

  1. Tak sangka Preity Zinta pernah bawa watak psiko camnie.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.