Movie Review | M.S. Dhoni : The Untold Story

Friday 22 January 2021

Director : Neeraj Pandey

Writer : Neeraj Pandey, Dilip Jha

Cast : Sushant Singh Rajput, Disha Patani, Kiara Advani, Anupam Kher, Bhumika Chawla, Rajesh Sharma, Kumud Mishra

Production Company : Fox Star Studios, Inspired Entertainment, Friday FilmWorks

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Biography / Sport / Drama

Running Time : 190 minutes

Release Date : 30 September 2016

Trailer :

Since tarikh 21 January adalah tarikh birthday Sushant Singh Rajput and for some reason I caught up in bad moment in life currently, I think why not tengok movie biopic M.S. Dhoni sebab movie ni naikkan semangat bila hidup rasa sesak. 

M.S. Dhoni antara kapten kriket terkenal di India selain Sachin Tendulkar dan sebelum Virat Kohli. Mahendra Singh Dhoni antara pemain yang berjaya pecahkan rekod dalam perlawanan kriket dan mengharumkan nama India di beberapa perlawanan besar seperti 2011 ICC Cricket World Cup, 2013 ICC Champions Trophy dan 2016 Asia Cups. 

Movie biopic bermula di Ranchi pada 7 July 1981 dengan zaman sekolah Mahi (Sushant Singh Rajput) yang dipujuk untuk join team kriket sekolah oleh Jurulatih Baneerji (Rajesh Sharma) lepas ternampak bakat dia dalam sukan. Walaupun dia suka bat tapi jurulatih perlukan dia sebagai wicketkeeper sampai lah dia masuk sekolah menengah. 

Disebabkan performance Mahi dalam kriket menyerlah, dia dapat kerja di stesen keretapi sebagai ticket collector dan bermain dalam team kriket Railway. Sayangnya nak perform dua benda yang besar dalam satu masa bukan perkara mudah. Sampai satu tahap dia dah kemurungan dengan dilem hidup dia. Mulut orang bila berjanji memang manis tapi bila sampai masa kita perlukan dia, tak mungkin dia dapat bantu kita. 

Jadi Mahi ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus dengan kriket. Keputusan dia dibantah mentah-mentah oleh ayah dia, Pan Singh Dhoni (Anupam Kher) sebab tak nak Mahi hidup susah bila dah berhenti main kriket. Tapi dia tahu dia cuma perlu satu peluang untuk fokus dengan kriket dan kalau dia tetap tak berjaya, then dia akan bekerja macam orang lain. Well, he was selected for India Team and the rest is history. 

Idea untuk buat biopic M.S. Dhoni datang dari manager dia sendiri dan Dhoni consult dengan pengarah dan penulis untuk perjalanan movie. Sesuai sangat team production pilih Sushant sebagai watak Dhoni sebab masing-masing dari Bihar dan keadaan dia masa tu memang tepat sangat dengan watak dalam movie bila Sushant stop berlakon 2 tahun gara-gara Paani tapi shelved. Scene dia tanya kakak dia, Jayanti Gupta (Bhumika Chawla) pasal masa depan dia tu bikin sebak sebab dia deliver the right emotion and expression. 

Untuk menjayakan watak Dhoni, Sushant bangun setiap hari jam 4 pagi untuk workout dan practice kriket kemudiannya spend time dengan Dhoni untuk belajar gaya dan lenggok dia dari bercakap, berjalan ataupun makan. Sushant kata kalau dia tak mampu buat yang terbaik, dia akan dibenci oleh fans Dhoni. Siapa tak takut sebab fans dunia kriket ni memang jenis agresif so dia kena buat terbaik. Lagipun M.S. Dhoni bukan calang-calang orang untuk negara India bila dia pernah dianugerahkan Padma Shri Award dari Kerjaan India untuk jasa dan sumbangan dalam bidang sukan. 

Walaupun suka dengan movie ni tapi lepas tengok masa tahun 2016 dulu dah tak mampu dah nak tengok lepastu sebab menangis teruk sangat bila masuk part M.S. Dhoni depressed sampai lah habis. Even ending scene tu scene India menang lepas 28 tahun pun nangis jugak tengok sebab happy sangat dengan keputusan Dhoni. 

‘Dhoni is Dhoni and if this boy will get a chance he will go miles ahead’

Tak semua scene diceritakan dengan tepat even Dhoni sendiri yang consult. Tak tahu kenapa, mungkin nak hidupkan elemen drama dan melankolik dalam filem ni. Macam contoh watak Priyanka Jha (Disha Patani) yang muncul selepas Dhoni terpilih masuk untuk Team India walhal kronologi asal terjadi sebelum Dhoni dipilih. Dan kerana Priyanka, Dhoni murung dan lemah semangat selama 6 bulan. Sama juga dengan watak Sakshi (Kiara Advani) bila sebenarnya keluarga mereka berdua pernah kenal masa Dhoni masih kecil tapi terpisah kemudian bertemu balik di Kolkata. 

Nevertheless, I still enjoy layan biopic ni dan tak hairan lah kenapa boleh jadi filem ke-6 tertinggi jumlah kutipan pada tahun 2016 dengan jumlah sebanyak Rs 2 billion. Dialog dalam biopic ni pun menambahkan semangat sukan juga patriotisma sebab pasukan kriket India dah tentu bermain sebagai wakil negara. Bila diorang menang sekaligus menaikkan nama India di mata dunia.   

‘You will not get the same ball every time in life, hold your ground by playing according to the situation and the scoreboard will take care of itself’

‘A bowler will take a wicket, a batsman will score runs in some matches and will fail in others but a good fielder will save runs in every match’ – M.S. Dhoni

‘We are all servants and we are doing National Duty’

Visual dalam biopic M.S. Dhoni agak lemah untuk VFX especially scene zaman sekolah menengah bila Santosh Thundiyil cuba fit muka Sushant dalam badan remaja. Tak tahu kenapa diorang tak cast someone younger supaya nampak lebih real. Berbeza dengan VFX untuk scene dekat perlawanan-perlawanan besar circa 2000s, nampak cantik dan kemas. 

Antara kekuatan M.S. Dhoni ialah music album dari komposer juga penyanyi baru pada waktu tu, Amaal Mallik dengan lirik yang dikarang oleh Manoj Muntashir. Sampai sekarang lagu-lagu dalam movie M.S. Dhoni jadi pilihan sebab lirik yang menaikkan semangat dalam lagu Besabriyaan ataupun mood lagu romantik dalam Kaun Tujhe, Phir Kabhi ataupun Jab Tak.

 

Movie di bawah terbitan Fox Star Studios ni agak panjang da nada beberapa scene yang mungkin boleh dipendekkan supaya jalan cerita nampak lebih menyengat. Anyway, it’s a great biopic movie and Sushant did justice for Dhoni. Happy birthday photon. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. this is base on true story la kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp cuma ada beberapa scene tak tepat kronologi dia. Sengaja rasanya

      Delete
  2. plot yg menarik ni. abe kie kena tgok la.

    ReplyDelete
  3. boleh dipertimbangkan untuk ditonton... sbb jalan cerita menarik dan lain daripada yg baik... (bg sy laa) hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.