Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 2 : Monyet Rempit

Saturday 30 January 2021

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Episod 2 memperkenalkan watak Pak Karim (Mat London) dan isterinya, Kak Som (Ellie Suriaty) yang tersimpang agamanya dengan melakukan perbuatan syirik selepas kematian anak tunggal kesayangan mereka, Firdaus (Hazama) akibat merempit. 

‘Masa aku tinggal KL dulu, Jalan Parlimen, Jalan Kuching tu aku pernah racing dengan budak Sentul. Sikit lagi nak menang tapi kalah. Tapi kalah pun bukan sebab aku, sebab motor. Kalau motor aku, menang wooo!’ – Firdaus

Puas orang kampung mengadu pasal perangai Firdaus dekat Pak Karim terutamanya selepas insiden MA Madi (Adi Afendi) hampir terbabas kerana Firdaus dan kawan-kawan dia. Tapi Pak Karim anggap semua tu fitnah, bida’ah dan orang kampung yang hati busuk nak burukkan anak dia. 

‘Bak kata pepatah, kalau tak ada angin, mana maunya pokok tu nak bergoyang.’ - Pak Din Pest Control (Kazar Sairi)

Bila Kak Som tak mampu terima kenyataan yang Firdaus dah meninggal, dia sanggup laburkan duit untuk hidupkan anak dia. Malangnya yang datang bukan Firdaus tapi hantu monyet rempit. Habis penduduk Kampong Pisang kena kacau dengan stunt merempit wheeli dan wheekang. Nak tuntut claim dekat Pak Karim pun tak gamak. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia. Macam watak Pak Jabit antaranya bila Man Kidal digantikan dengan Aziz M. Osman.

Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam scene MA Mok yang dok sembang pasal universiti dia ataupun scene Bakobar (Bell Ngasri) dengan zaman dia hidup susah kononnya.  

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Puas hati sangat tengok drama ni sebab visual dia menarik sebab Mamat Khalid memang nak hasil drama ni sama dengan filem. Tapi visual effects dari Lil Studio Sdn Bhd untuk hantu Firdaus tu macam tak syok lah sebab nampak kartun satu hal, kenapa untuk sesetengah scene tak guna Hazama sebenar je instead of vfx? Jadi tak feel bila muncul scene Firdaus dengan Kak Som.

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. 

Berbeza dengan episod Toyol Oh Toyol, gangguan hantu kali ni mungkin tak berapa menjadi seramnya sebab hantu yang nampak kartun tu. Dialog pun kurang menyengat ditambah pula beberapa scene yang sengaja diulang berkali-kali. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.8/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.