Blog Performance Disember 2020

 After all the hassles, here we are in 2021! Happy New Year everyone. 

Tahun 2020 walaupun menyedihkan tapi ada jugak lah certain chapter yang best. We found way to survive and be happy. Sama jugak dengan blog ni, ada juga yang mencecah target. Azam untuk blog tahun ni nak buat proper documentation untuk financial pulak. 

But first, lets start dengan performance bulan Disember. 

1. PV


Nak compare dengan bulan November memang ada beza 4k sebab bulan lepas 34k tapi bulan ni dapat 30k je. Ada hari tak cecah pun 1k. Bulan ni sengaja tak update langsung lirik lagu sebab nak tengok potential blog tanpa lirik lagu. Drop! Hahaha

I tak tahu pun nak buat apa dengan hasil kajian ni. Tengok lah mood macam mana. Kalau rajin, update. Kalau tak, biar je lah macam tu. Untuk all time PV, alhamdulillah dah cecah sejuta PV! Tapi tak ada la pulak screenshot genap sejuta haha. Next target haruslah dua juta tapi tu mungkin 2 tahun kemudian. But for now, for next month target around 1,055,000. 

2. Posts


Sembang je tak nak update lagu tapi hakikatnya entry lirik lagu sebelum ni naikkan PV macam Chikadun, Tak Tahu dengan Cute. Bulan Disember ramai yang cari drama dan telemovie Melayu macam Keluarga Bahadon sebab dah keluar sequel. Drama Gantung mungkin sebab Ikmal Amry baru berkahwin hari tu. 

Telefilem Kisah Seram Hostel, Gangguan Psiko Stalker, Ghairah dengan Dah Mati Pun Cantik tu memang setiap bulan ada yang mencari. Tambah pulak duduk dekat Top 5 first page memang senang lah nak nampak. 

Bulan November dah target nak lebihkan update pasal telemovie dan movie Melayu dengan Indonesia so yuppp bulan Disember memang penuh dengan dua ni je lah. Tengok je la tahun ni macam mana pergi dia. 

3. Keywords


Musim orang cari ikan gamaknya ada keluar Pasar Sg Besar tu. Saja suka suki update tak sangka ada yang terjumpa pulak. Flavyo Popcorn tu tak ramai lagi buat review, sama la dengan tofu cat litter. Delimawati muda tu mungkin sebab Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri. Famous betul dia dengan franchise epik Mamat Khalid ni. 

4. Audience



I baru perasan audience dari India dah hilang padahal selalunya Top 5 audience. Audience dari Indonesia pun dah mula drop. Makin update, makin drop pulak. So bulan Januari kena lebihkan drama tempatan lah. Update setiap episod pulak. Sembang macam rajin nak buat. 

5. Bilangan Entri

Bangga jugak lah bulan Disember ni mampu cecah sampai 65 entry dan kebanyakannya movie atau drama review. Lepas buat list dekat Excel, total review untuk tahun 2020 adalah 280! Sikit je lagi nak cecah 300 tapi tak mampu dah. Short dekat bulan 6 sebab tak ada mood nak tengok movie langsung bila dapat tahu kes Sushant. Movie Dil Bechara pun tak mampu tengok lagi sebab dah tahu ending macam mana. 

Walaupun Blogger dah bertukar sepenuhnya, nak tak nak terpaksa lah guna dan bulan Disember berjaya cecah yang terpaling tinggi. Nak update sampai 70 entry tapi sis busy lah minggu last 2020 ni sebab ramai yang bercuti. Mana entry yang pending tu masuk je lah dalam tahun 2021. 

Tahun 2020 dah berjaya update 620 entry so tahun 2021 ni nak try cecah sampai 700 pulak. So all the best to me and thank you everyone for reading my blog for 2020. Be safe and take care :)

12 comments

  1. Semoga tahun 2021 lebih sukses di dalam dunia blogging.. :)

    ReplyDelete
  2. Hebat pencapaian blog Farhana ni. Alhamdulillah. Semoga terus sukses, happy new year 2021 ya!

    ReplyDelete
  3. .Alhamdulillah Semoga tahun nie lebih baik.. ❤️
    Happy new year 2021

    ReplyDelete
  4. Waah. Semoga tahun 2021 membawa lebih banyak rezeki 🥰

    ReplyDelete
  5. kalau buat content movie indonesia memang susah sikit nak target audience sana sebab jenuh nak bersaing dengan blogger diorang. kalau rajin buat review telemovie atau drama melayu. kalau rajin juga banyakkan upadate lakorn thai..hahaha

    tahniah ye farhana dah capai 1 juta pv untuk tahun 2020. semoga dipermudahkan segala urusan pana untuk tahun baru ni dan semoga terus sukses dalam dunia blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Thai jarang tengok sebab lakorn dia panjang. Bab Lakorn biar Tiara je pegang haha! Thanks Tiara ❤️

      Delete
  6. wahh bestnyaa! this motivates me to write more :D semoga terus berjaya, insyaAllah!
    [Garaeki]

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah!! tahniah tau!! seronok baca pencapaian blogger macam ni... all the best for 2021 farhana

    ReplyDelete
  8. nampak sngt org search lirik lagu byk dari search movie kan !!! but congrats!!! i am far way to catches up hehe

    ReplyDelete
  9. Wah.. 280 tu.. Awesome.. Selalu terjah entry Farhana pasal movie melayu.. Sebab dah kurang layan movie hindi.. Memang terbaiklah.. teruskan update tau..
    semoga tercapai semua impian blog untuk tahun 2021 ini.. You can do it..

    ReplyDelete
  10. Memandangkan akak byak tulis ttg movie atau drama maybe akak boleh share selain review.. Top 10 movie melayu terbaik.. ini cadangan sy saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie melayu tak tau tapi kalau hindi tengah drafting lagi haha thanks nurul :)

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.