KARNIVAL JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK KEMBALI GEGARKAN BORNEO! | Miri Jadi Destinasi Hiburan Seisi Keluarga Selama Tiga Hari!
Miri, 17 September 2026 - Khabar gembira buat warga Bumi Kenyalang! Selepas 19 tahun sejak penganjuran sulungnya di Miri, Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026 kembali menemui warga Sarawak dengan tiga hari penuh hiburan, aktiviti keluarga dan pengalaman menarik di Miri Boulevard dari 25 hingga 27 September 2026 (Jumaat hingga Ahad). Dengan pelbagai pengisian untuk seisi keluarga, hujung minggu ini bakal menjadi lokasi tumpuan untuk masyarakat setempat berkumpul, berhibur dan menikmati pelbagai tarikan dalam satu destinasi.
Meneruskan legasi selama 23 tahun, KJH turut mencatat sejarah sebagai “LONGEST RUNNING OUTDOOR CARNIVAL” yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records. Bukan sekadar acara hiburan, KJH membawa konsep kekeluargaan dan kemasyarakatan menerusi gabungan aktiviti riadah, persembahan pentas, gaya hidup serta penglibatan komuniti yang menjadikannya ruang untuk orang ramai meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagi edisi KJH Sarawak Segulai Sejalai 2026, Miri, penganjuran kali ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP). Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat pelbagai agensi di bawah kementerian menerusi pameran, aktiviti interaktif dan inisiatif yang disediakan sepanjang berlangsungnya karnival.
Bagi memastikan tiga hari di Miri Boulevard dipenuhi dengan aktiviti untuk pelbagai peringkat usia, pengunjung boleh menyertai Pertunjukan Ratu Etnik, Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge serta sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon drama TV3 seperti Muaz Zabir, Daniel Fong, Nafiz Muaz, Jazmy Juma, Shamim Freida dan Amzar Airil. Turut membuat kemunculan ialah personaliti TV3 dan TV9, selain pelbagai aktiviti santai seperti Kids Colouring Contest, Zumba, Jom Lokal Jam serta pemeriksaan kesihatan dan gigi secara percuma.
Kehadiran personaliti Media Prima turut menambah warna sepanjang karnival apabila Mior Abdul Malek Raiyani, Deerina Sheikh Faisal, Asri Badrun, Fatin Hanani Sahimi, Ayu Hot FM dan Jamal Jamaluddin KoolFM bakal menyertai pelbagai segmen interaktif serta beramah mesra bersama pengunjung. Jadi, selain datang untuk menikmati acara, inilah peluang untuk bertemu secara dekat dengan personaliti dan wajah-wajah yang sering menghiasi kaca televisyen serta saluran radio kegemaran.
Tidak lengkap kunjungan ke KJH tanpa singgah ke kawasan reruai yang menawarkan pelbagai pilihan untuk diterokai. Selain reruai Media Prima, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai tawaran daripada agensi-agensi di bawah MTCP, usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) serta lebih 160 reruai yang mengambil bahagian. Antara jenama yang turut serta ialah Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), AFFIN Bank, F&N, Caring Pharmacy, Fearnleaf dan Bursa Malaysia, di samping pelbagai produk, promosi dan hadiah menarik. Jangan lupa juga luangkan masa menikmati pilihan makanan yang tersedia, termasuk pelbagai hidangan dan makanan viral yang sesuai dinikmati bersama keluarga.
Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP
Buat kaki larian dan mereka yang gemar aktiviti sihat, Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP kembali buat kali kedua di Sarawak selepas sambutan menggalakkan pada edisi terdahulu di Kota Samarahan. Kali ini, peserta boleh memilih antara kategori 5KM dan 8KM, dengan setiap penyertaan disertakan medal finisher eksklusif, jersi rasmi, tote bag, bib eksklusif serta goodies menarik.
Lebih istimewa, kategori 5KM turut menawarkan Pakej Keluarga yang membolehkan empat (4) orang menyertai larian menerusi satu pendaftaran pada kadar istimewa. Bukan itu sahaja, sebanyak 50 hadiah cabutan bertuah menanti para peserta, selain peluang untuk berlari dan meluangkan masa bersama Artis Drama, personaliti Media Prima, artis serta selebriti yang turut memeriahkan acara.
Konsert Jom Heboh Cara U Sarawak Segulai Sejalai yang dibawakan oleh U Mobile
Selepas puas meneroka kawasan karnival, tiba masanya untuk sama-sama menuju ke pentas utama bagi menikmati kemuncak hujung minggu menerusi Konsert Jom Heboh Cara U Sarawak Segulai Sejalai 2026 Miri yang dibawakan oleh U Mobile selaku penaja utama konsert. Dihoskan oleh Ayu Hot FM dan Jamal Jamaluddin Kool FM, konsert dua malam ini bakal menghidangkan persembahan daripada barisan artis popular tanah air.
Pada Sabtu, 26 September 2026, pentas utama bakal menampilkan K.O.I, Nabila Razali, Man Bai, Mary Grace dan Fieya Julia. Sementara itu, malam Ahad, 27 September 2026, diteruskan dengan persembahan daripada Baby Shima, Rahmad Mega, Nadeera, Lan Solo dan Floor 88. Dengan gabungan pelbagai genre dan generasi muzik, kedua-dua malam dijangka menjadi penutup yang cukup istimewa untuk tiga hari KJH di Miri.
Dengan kehadiran purata lebih 300,000 pengunjung bagi setiap lokasi, KJH terus menjadi antara platform komuniti yang menghimpunkan masyarakat menerusi gabungan hiburan, gaya hidup dan pelbagai perkhidmatan untuk orang ramai. Edisi Sarawak kali ini pula membawa pengalaman yang lebih pelbagai, daripada aktiviti keluarga dan sukan, sehinggalah interaksi bersama personaliti serta persembahan artis di pentas utama.
Justeru, warga Miri dan seluruh Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada KJH Sarawak Segulai Sejalai 2026! Tandakan kalendar anda dan ajak keluarga, rakan-rakan serta geng masing-masing untuk bersama-sama menghidupkan suasana di Miri Boulevard dari 25 hingga 27 September 2026 (Jumaat hingga Ahad). Tiga hari, pelbagai pengalaman dan satu destinasi untuk seisi keluarga, jumpa anda di KJH!
Gunakan tanda pagar rasmi #KJH, #KarnivalJomHeboh dan #KJHSarawak untuk berkongsi detik anda sepanjang karnival. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi @jomhebohofficial.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.