Tahun ni tahun kedua dapat jemputan dari KLCC untuk hadir ke KL Fashion Week. Kali ni untuk koleksi Rizman Ruzaini - RR Vol 4: Heritage in Motion. Excited sikit sebab boleh tengok koleksi pereka fesyen terkenal tanah air.
Masa ni sampai awal sebab pendaftaran pukul 7.00 petang dan pertunjukan fesyen mula jam 7.30 malam. Macam tahun lepas, acara dia setengah jam sahaja so kitorang assume sekejap sahaja lah dekat dalam lepastu boleh terus pergi makan.
Sementara tunggu hall buka, dekat luar ni ada booth kecil untuk para penaja. Ada Moccona Coffee yang sediakan Iced Latte, Iced Caramel Latte atau Americano. I pilih Iced Latte sebab takut Iced Caramel Latte dia manissss.
Yang tak bestnya dekat dalam tunnel ni ialah tak ada tong sampah. Bila dah habis minum tak tahu nak buang mana. Boleh je keluar buang dekat luar tapi jauhhhhh lepastu kena bersesak dengan orang yang buat interview, bergambar atau just hanging out dekat situ. Sudahnya pulangkan balik dekat Moccona. Malu tapi itu je mampu hihu
Nak bergambar dekat booth iSetan tapi kena download apps dulu lepastu daftar jadi ahli. Malas.
Ada booth Daia untuk bergambar dengan bunga-bunga, ada booth Bolon Eyewear untuk cuba 👓 yang dipamerkan. Boleh juga bergambar dekat sini sebab setup dia cantik.

Dekat fridge Kuala Lumpur Fashion Week x Vida ada air tin jenama Vida percuma untuk pengunjung tapi tak semua perisa ada. Siapa cepat dia dapat lah. Kalau lambat, ambil lah apa yang berbaki dekat dalam tu.
Dekat dalam tunnel KLFW ni panas tapi nasib baik kitorang jumpa portable aircond tersorok di sebalik mannequin ni. Masa tengah menunggu ni, ternampak Harriz Hamdan terus terngiang-ngiang Halina jerit HARRIZ! dalam drama Dendam Seorang Mertua tu.
In real life handsome betul eh lepastu I tegur Hi Harriz lepastu dia balas hi balik tapi too shy to ask for a photo. So I biar je Harriz berlalu pergi hshs
Since ni slot Rizman Ruzaini, ramai tetamu yang datang pakai outfit dari koleksi RR dan semestinya lah kitorang tak ikut unspoken rule tu. Pastu segan sendiri sebab tak masuk geng.
Bosan menunggu dekat situ, kitorang pergi ke depan semula untuk ambil gambar dekat backdrop KLFW2026 tapi tak surut pun orang dekat situ sebab dekat dengan registration counter. Tiba-tiba nampak ALPHA masuk tunnel lepastu berhenti depan I. Rupanya memasing nak kipas. Baru dapat kipas, photographer dah minta ALPHA posing depan booth L'oreal walaupun tak cukup 7 ahli. Masa tu nampak Leona lalu juga tapi tak sempat nak tegur sebab dia jalan laju. Cantik pulak tu.
Patah balik ke depan hall, krew KLFW2026 dah benarkan masuk. Ingatkan show dah nak mula rupanya tidak ye. Abang Budiey kata jenuh menunggu kalau event macam ni. Mungkin 8.30 baru start. I syak ramai VIP sangkut dalam traffic sebab kerusi depan banyak yang kosong. Betul lah cakap Abang Budiey tu, start lambat juga lah itu pun kena dengar ucapan dari emcee dulu.
Masa ni ramai lah selebriti mula penuhkan tempat duduk. Kitorang dapat seat 3 dari belakang tapi tak syok sangat sebab memasing pendek. Kalau tahu dekat tangga belakang tu tak ada orang duduk, kitorang dah join duduk situ dah. Ingatkan ada tagging rupanya tak ada.
Seat kitorang boleh nampak ALPHA walaupun dari jauh hshshs
Dekat dengan Yasmin Aziz juga.
Sembang pasal koleksi RR Vol 4: Heritage in Motion ada sentuhan rekaan RR yang berulang digabungkan dengan roda bexa dan tali sauh. Kebanyakannya cantik untuk pakaian kasual tapi rekaan dia tak lari jauh dengan corak yang kita biasa nampak. I tak kenal mana-mana model tempatan pun, I kenal Daler Yusuf je.
I dah amaze dengan remix lagu Basikal Tua - Sudirman tapi dekat awal show je lepastu guna lagu hits sekarang. Kalau guna lagu remix yang berkaitan dengan warisan tradisi dah nice dah but that's just my personal opinion je hshshs
Lain tahun lain pengalaman dia ye. Tahun lepas dapat slot jam 2 petang, show start on time, setengah jam kemudian boleh balik dah. Tahun ni punya pishang menunggu sampai perut pun berbunyi. Masa nak keluar tu kitorang singgah dekat booth Magnum sebab nak makan aiskrim yang ada logo KLFW2026 tapi sampai je turn kitorang, Magnum tutup kaunter sebab nak prepare untuk next slot. Frust tapi lantak lah, tak lah kebulur nak makan pun. Tak ambil sebelum masuk hall tu sebab tunnel tu panas lepastu tak ada tong sampah. Sudahnya keluar je lepastu pergi makan dekat dalam KLCC.















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.