Movie Review | The Wolverine (2013)

Saturday, 19 September 2026

Pengarah: James Mangold  
Penulis Skrip: Mark Bomback, Scott Frank  
Pelakon:  Hugh Jackman, Svetlana Khodchenkova, Rila Fukushima, Tao Okamoto, Hiroyuki Sanada, Will Yun Lee, Famke Janssen  
Syarikat Produksi: Marvel Entertainment, Donners' Company 
Pengedar: 20th Century Fox   
Genre: Superhero / Aksi 
Durasi Tayangan: 126 minit
Tarikh Tayangan: 26 Julai 2013 (United States)  
Trailer:


Selepas insiden yang berlaku di New York dan rasa bersalah Logan (Hugh Jackman) terhadap Jean Grey (Famke Janssen) dalam X-Men: The Last Stand (2006), Logan bertemu dengan Yukio (Rila Fukushima) yang mempunyai kuasa untuk melihat sekilas apa yang terjadi di masa hadapan. Dia dihantar oleh Ichiro Yashida (Haruhiko Yamanouchi) yang ingin bertemu dengan Logan buat kali terakhir di Tokyo. 

Pada tahun 1945, Logan merupakan tahanan tentera Jepun di kem yang terletak berdekatan dengan Nagasaki. Logan dikurung bersendirian di dalam sebuah perigi buta. Ketika bom nuklear dijatuhkan di Jepun, Logan selamatkan Ichiro Yashida (Ken Yamamura) dari letupan tersebut kemudiannya mereka berdua membawa haluan masing-masing. Yashida menjadi yakuza dan memiliki harta yang banyak. 


Setibanya di Tokyo, Jepun, Logan terus berjumpa dengan Yashida yang sedang nazak. Keadaannya dianalisa oleh doktor peribadi bernama Dr. Green (Svetlana Khodchenkova). Dah lama Yashida mencari Logan kerana rasa terhutang budi tapi dia juga mempunyai permintaan lain bila dia ingin kuasa mutan Wolverine dipindahkan ke dalam badannya. Kuasa penyembuhan yang telah selamatkan Logan sehingga berdekad lamanya. Untuk apa Logan sia-siakan kuasa mutan tersebut dan hidup tanpa arah tuju. 


Tapi permintaan tersebut ditolak mentah-mentah oleh Logan dan berhasrat untuk pulang keesokan harinya. Malamnya, Logan diracun oleh Dr. Green hingga menyebabkan kuasa mutannya beransur hilang. Yashida pula disahkan meninggal dunia keesokan paginya. Di majlis pengebumian Yashida, Mariko (Tao Okamoto) diserang oleh pembunuh upahan lalu  bersembunyi dengan Logan di Nagasaki.
 

Filem The Wolverine arahan James Mangold diadaptasikan dari komik Wolverine, karya ilustrasi Chris Claremont dan Frank Miller merupakan instalment keenam untuk siri X-Men. Perubahan besar yang menarik dan segar bila Tokyo dimasukkan sebagai latar tempat utama. Sebelum ni berlegar di sekitar New York, kali ni berubah ke benua baru dengan latar budaya baru juga. 


Kuasa mutan dalam dunia X-Men nampaknya tak tertakluk pada penduduk Amerika tapi di seluruh dunia juga bila watak Yukio mempunyai kuasa mutan. Dr. Green mungkin berasal dari Rusia. Tak banyak watak yang dimasukkan dalam filem The Wolverine namun membantu lengkungan watak dan personaliti Logan sebagai manusia dan bukan sebagai mutan Wolverine. 


Perjalanan filem The Wolverine terlihat menarik dari awal hingga ke babak klimaks kerana ada babak aksi yang bagus dimasukkan walaupun Logan dalam keadaan lemah tanpa kuasa penyembuhan yang laju seperti sebelumnya. Minda dan hati dia pun tak stabil bila berada dalam keadaan mengalami existential crisis, boleh kata takdir banyak memberi peluang pada pihak lawan untuk berada di hadapan dan dekat dengan misi mereka. 


Walaupun watak Yukio tak membantu Logan sangat untuk babak aksi tapi membantu juga pada dinamik dan pembentukan karakter Logan yang memang ada soft spot pada wanita. Relationship Logan dengan Yukio, tak lari jauh dengan Rogue dalam X-Men (2000) dan X2 (2003). Bezanya, Yukio lebih agresif dan baddie. 


Tak pasti lah kenapa ada bibit percintaan antara Logan dengan Mariko sebab sub-plot ni melemahkan momentum filem The Wolverine. Nak kata sebab Mariko ada persamaan dengan Jean Grey pun tak juga. Personally, for me watak Mariko agak lemah dalam The Wolverine bila kebanyakan masanya cuma mengharapkan watak lain untuk selamatkan dia dari konflik yang berlaku. 


Latar masa mengganggu juga sedikit sebanyak penceritaan filem The Wolverine malah memori Logan tentang Perang Dunia Kedua pun agak mengelirukan. Dalam filem X-Men Origins: Wolverine (2009) dia dah hilang ingatan tentang masa lalu. Dia boleh ingat sikit tentang eksperimen Mejar Stryker masa pergi Alkali Lake dalam X2 (2003) sebab pergi ke situ. 

Patutnya Mariko ni muncul awal sikit dalam hidup Wolverine supaya dia tak kacau hubungan Jean Grey dengan Cyclops. Hujung-hujung lupakan Jean Grey jugak. Red flag. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.