Berhadapan dengan Pekan Lama adalah bangunan Book Xcess dan memandangkan kitorang memerlukan aircond, tanpa fikir panjang terus masuk untuk bertenang sekejap dalam bookstore ni.
BookXcess ni ada dua tingkat tapi disebabkan tingkat bawah penuh dengan orang, kitorang terus naik tingkat atas. Kalau ikutkan hati memang rasa nak tarik buku dari shelf lepastu pergi bayar tapi satu novel pun I susah nak habiskan sekarang dan yang dalam list pun masih banyak so kita tengok je.
Ruang BookXcess dekat Ipoh ni kecil je, tak macam kebanyakan BookXcess dekat Lembah Klang. Walaupun kecil tapi tetap seronok untuk dilihat. Tapi takkan ini je kan? Apa yang special dekat Book Xcess Ipoh ni?
Rupanya dia ada tingkat bawah tanah, tersorok dari orang. Style weh jalan nak pergi ke bawah. BookXcess ni macam tahu je I tertanya-tanya apa yang menarik dekat sini. Mesti orang lain pun bertanya soalan yang sama kalau tak pernah datang sini hshshs
Tarikan BookXcess Ipoh adalah penghargaan kepada pengarah tanah air yang terkenal dengan filem Sepet, Mukhsin, Gubra, TaleNTime dan lain-lain. Pengarah yang kontroversi tapi membuka ruang dan alternatif baru kepada masyarakat Malaysia.
Dekat dalam galeri ni ada nota dan quotes dari Yasmin Ahmad tapi I tak sempat nak baca satu-satu sebab nak bergerak keluar dah. I ambil gambar mana sempat je. Dalam bilik lagi satu ada televisyen lama yang tayang semua kompilasi iklan yang pernah dibikin oleh Yasmin Ahmad.
Lepas habis jenguk-jenguk semua ruang khas untuk Yasmin Ahmad ni tertanya-tanya la sama ada pengarah tersohor ni anak orang Ipoh ke tak. Rupanya tak, dia lahir dekat Muar, Johor tapi sebab dia banyak buat penggambaran dekat Ipoh dan kawasan sekitar, BookXcess simpan kenangan tu di sini.
Bagus juga lah ada penghargaan kepada Yasmin Ahmad sebab filem-filem dia menarik walaupun dianggap provokatif. Boleh jadi rujukan untuk peminat sutradara Yasmin Ahmad.
Selain dari bilik penghargaan kepada Yasmin, ada juga koleksi buku yang ditempatkan dari bekas bilik deposit. Tak sangka bilik deposit lama ada aesthetic dia yang tersendiri. Tak banyak ruang yang pamerkan ciri-ciri bank lama sebab BookXcess Ipoh adalah bekas bank lama di bandar Ipoh.
Rasanya ruang ini sahaja yang dikekalkan keunikannya. Tapi nak letak apa lagi kan? Takkan kaunter bayaran tu buat sama dengan kaunter dekat bank pulak kan?
Menarik lah konsep blind date dengan buku ni tapi kalau dapat buku yang tak best memang murung ye.
Lega dapat sejukkan badan dan jumpa ruang yang bermanfaat dekat BookXcess Ipoh ni. Semoga BookXcess kekal lama dekat Ipoh dan menjadi gedung yang bermanfaat untuk penduduk sekitar juga.
Iklan2 dari arwah mmg deep =)
ReplyDeleteNice la tmpt ni =)
ReplyDeleteWaaah yg di Ipoh ini saya belum datang. Trakhir kali ke bookxcess yang di KL . Tadinya saya pikir akan sejuk ada aircond, tapi ntah ada atau tidak, atau mungkin terlalu ramai orang di dalam, jadi tak berasa dingin kak 😄😄😅.
ReplyDeleteTapi tetap saya sukaaa, karena memang penggemar buku. Cuma tak ada beli, karena buku yang saya cari tak jual. Akhirnya beli souvenirs saja. Nanti kalau ke Ipoh lagi nak juga eksplor bookxcess di sana