Movie Review | Don't Be Shy (2026)

Monday, 28 September 2026

Pengarah: Sreeti Mukerji
Penulis Skrip: Sreeti Mukerji, Sehaj Kaur Maini  
Pelakon: Javed Khan King, Aarushi Bajaj, Ansh Duggal, Bianca Arora, Piyush Khati, Kunaal Roy Kapur, Anurag Basu, Neha Dhupia, Aditi Jha  
Syarikat Produksi: Eternal Sunshine Productions, Chalkboard Entertainment 
Pengedar: Amazon Prime Video  
Genre: Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan: 148 minit
Tarikh Tayangan: 25 September 2026   
Trailer:


Shyamili ‘Shy’ Das (Aarushi Bajaj) mempunyai impian untuk intern dalam mana-mana syarikat yang dimiliki oleh Jhujunwala kemudian berkahwin dengan kekasihnya, Mayank Jhujunwala (Piyush Khati). Kemudiannya menjadi CEO dalam syarikat milik Jhujunwala. 

Untuk semua itu terjadi, dia perlu rahsiakan kehidupannya yang miskin dan perlu bersembunyi dari lintah darat akibat hutang orang tuanya. Jirannya merangkap rakan sekelas, Dhruv (Ansh Duggal) tahu tentang rahsia Shy tapi pilih untuk diamkan saja. 


Mr. Q (Kunaal Roy Kapur), guru kaunseling nasihatkan Shy untuk buat backup plan sebab tak semua akan berlaku mengikut kehendak kita. Tapi Shy tetap obsess dengan impiannya dan yakin Mayank akan melamar di parti hari jadinya yang ke-21. 

Namun, semuanya berubah apabila Mayank umumkan dia ingin menjadi penyanyi walaupun orang tua dia mahu anak tunggal mereka menguruskan syarikat. Mayank putuskan hubungan dengan Shy kemudian bercinta dengan Tara (Bianca Arora) selepas seminggu berlalu. 


Shy buat keputusan saat akhir menyertai semula kem dengan harapan dia akan pujuk Mayank untuk bersama kembali dan impiannya akan tercapai. 

Naskhah Don’t Be Shy merupakan projek ketiga Alia Bhatt di bawah syarikat produksinya, Eternal Sunshine Productions setelah filem Darlings (2022) dan Jigra (2024). Filem Don’t Be Shy mendapat sentuhan dari pengarah dan juga penulis baru, Sreeti Mukerji yang menggunakan kehidupan remaja di kolej pada latar masa awal 2000. 


Kekuatan utama filem Don’t Be Shy terletak pada lakonan barisan pelakon. Walaupun keempat-empat pelakon merupakan pelakon baru namun tak ada langsung rasa kekok atau kaku. Pemilihan Aarushi Bajaj sebagai watak utama, Shy adalah pemilihan yang tepat. Dia cantik yang bersahaja dan ada iras Disha Patani. 

Kelemahan filem romantik komedi baru di Bollywood bila produksi cuba nak cramp semua benda dalam penceritaan tapi Don’t Be Shy berjaya keluar dari masalah tu dan biarkan Shy teroka kehidupan dia sama seperti remaja yang lain. Dia ada impian yang sempurna, dia ada teman lelaki yang sempurna, populariti, bijak dan berbakat. Watak dia dengan mudahnya mengingatkan penonton pada Shanaya Singhania dalam Student of the Year (2012) atau watak Simran dalam I Hate Luv Storys (2010). 


Sembang pasal Student of The Year (2012), ada banyak babak dalam filem Don’t Be Shy seakan sama dengan filem debut Alia Bhatt. Babak-babak yang diwujudkan sebagai tribute kepada mentor Alia, Karan Johar. Kalau dekat dalam Student of The Year, Abhimanyu dengan Rohan bergaduh sebab Shanaya, kali ni Shy dan Tara berebutkan Mayank. 

Actually, tak berebut pun tapi Shy yang rasa Tara adalah saingan dia sedangkan Tara pun baru dalam proses nak kenal Mayank selepas pindah dari Dubai. Watak Tara hadir sebagai ikon girl power bila dia sentiasa faham Shy dan bagi sokongan moral walaupun perlu abaikan Mayank. Bianca cemerlang sebagai Tara dan buktikan size zero bukan definisi cantik. 


Music album Don’t Be Shy menghiasi penceritaan dengan 5 buah lagu yang dhimpunkan oleh Ram Sampath. Jhoomo jadi ruang untuk cinta tiga segi dengan rentak pop dan groovy. Tere Sang menyerlahkan suasana romantik dengan keasyikan suara Armaan Malik dan Yaashasvii Ddasane sementara Re Bawri mewarnai penceritaan Don’t Be Shy dengan suntikan lirik yang positif, sesuai dengan vibe coming of age filem ni. 



Kelemahan filem Don’t Be Shy mungkin terletak pada latar masa yang keliru dengan era millenium dan zaman sekarang. Kalau dalam filem tak mention pasal Blackberry, memang tak terfikir filem Don’t Be Shy berlaku pada era 2000. 

Walaupun I suka dengan rakan-rakan Shy tapi dinamik Tinaz (Ami Trivedi) dan Aashni (Aditi Jha) melemahkan watak Shy. Patutnya dua watak ni diberi ruang untuk dukung dia sebagai watak utama tapi dua-dua lebih kepada bimbo dan cuba untuk wujudkan vibe Poo dan minions dia dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham (2000). 


Naskhah Don’t Be shy patutnya dihasilkan dalam template web siri supaya penceritaan boleh dikembangkan dengan lebih baik. Konflik cinta tiga segi dalam Don’t Be Shy tak mampu cipta ketegangan yang kuat dalam durasi 148 minit. Mungkin sebab watak Mayank dengan mudahnya boleh dibuang bila Shy jumpa Plan B seperti yang Mr. Q sarankan. Lemah betul bila Mayank kejar Shy tanpa kita tahu kenapa. 


Lagi satu sebab kenapa Don’t Be Shy patut jadi web siri ialah Ansh Duggal perlu wujud dalam ruang yang lebih banyak. Kalau dia dapat skrip yang bagus lepas filem Don’t Be Shy, nama dia memang bersinar sebaris dengan pelakon baru yang lain. Thanks Alia Bhatt bagi peluang untuk Bollywood fans dapat crush baru. Lurrveeee!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.