'PELANGI DI MARS' PENGEMBARAAN ANIMASI SAINS FIKSYEN TERBAHARU GEGARKAN PAWAGAM

Wednesday, 2 September 2026

Kuala Lumpur, 2 September 2026 – Industri filem tanah air bakal diserikan dengan karya animasi sains fiksyen yang sarat emosi, Pelangi Di Mars, yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 3 September 2026. Menggabungkan elemen pengembaraan, kekeluargaan, dan drama futuristik, naskhah ini menjanjikan sebuah perjalanan luar biasa yang menyentuh hati serta sesuai didedikasikan buat seisi keluarga.

Dibawakan oleh Primeworks Studios selaku Rakan Pengedar dan Pemasaran dengan kerjasama syarikat penerbitan Mahakarya Pictures dan MBK Productions, karya arahan Upie Guava ini tampil dalam versi alih suara Bahasa Malaysia, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih dekat dengan penonton tempatan. Di sebalik visual futuristik dan pengembaraan merentasi planet, naskhah ini turut mengetengahkan nilai persahabatan, keberanian, pengorbanan dan harapan dalam menghadapi cabaran yang lebih besar daripada diri sendiri.

Berlatarbelakangkan dekad 2100-an ketika krisis air global mengancam kelangsungan hidup di Bumi, Pelangi merupakan kanak-kanak pertama yang dilahirkan di planet Marikh. Bersama sekumpulan robot rosak yang menjadi sahabat baiknya, Pelangi memulakan pengembaraan untuk mencari Zeolite Omega, sejenis mineral nadir yang dipercayai mampu menjadi kunci kepada usaha menyelamatkan Bumi. Namun, misi tersebut bertukar semakin mencabar apabila Nerotek, sebuah korporat gergasi yang menguasai baki bekalan air dunia, turut memburu penemuan berharga berkenaan demi kepentingan mereka sendiri.

Melengkapkan pengalaman tontonan, penyanyi popular Nabila Razali turut meminjamkan suara merdu beliau menerusi lagu tema rasmi (OST) versi Bahasa Malaysia berjudul ‘Warnai Pelangi’. Pemilihan lagu ini bukan sahaja menyuntik sentuhan tempatan, malah memperkasakan emosi dan jiwa pengembaraan Pelangi dalam menempuh cabaran.

Keunikan Pelangi Di Mars turut diserlahkan menerusi barisan pelakon suara yang memberikan karakter dan emosi tersendiri kepada setiap watak. Versi asal menampilkan Keinaya Messi Gusti (Pelangi), Lutesha (Pratiwi), Rio Dewanto (Banyu), Livy Renata (Mirna) dan Myesha Lin (Little Pelangi), selain penyumbang suara Kristo Immanuel (Yoman), Gilang Dirga (Petya), Bimo Kusumo Yudo (Batik), Vanya Rivani (Kimichi) dan Dimitri Arditya (Sulil).

Bagi versi alih suara Bahasa Malaysia pula, watak-watak utama diberikan nafas baharu menerusi barisan bakat tempatan yang terdiri daripada Dania Aleesya (Pelangi), Khayra Anzalna Binti Khaireel Azlee (Pelangi Kecil), Firdaus Sufiyan (Banyu), Mia Sara Shauki (Pratiwi), Radhi Ibrahim (Mirna), Azman Zulkiply (Batik), Ahmad Azizi (Petya), Ezza Afiqa (Kimci), Muhammad Mustaqim (Sulil) dan Dyle Frettman (Yoman)*.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keajaiban filem animasi Pelangi Di Mars di pawagam berdekatan anda bermula 3 September 2026. Untuk perkembangan terkini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, @Primeworks Studios, Instagram, @primeworksstudios.film and TikTok, @Primeworks Studios.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.