350,000 KUNJUNGAN SEMARAKKAN KARNIVAL JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK DI MIRI! | Kepulangan Selepas 19 Tahun Satukan Masyarakat Sarawak Menerusi Tiga Hari Hiburan dan Aktiviti Menarik
Kuala Lumpur, 29 September 2026 – Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak mencatatkan kejayaan membanggakan apabila menerima 350,000 kunjungan sepanjang penganjurannya di Miri Boulevard, Miri dari 25 hingga 27 September 2026 yang lepas. Kepulangan KJH ke Miri selepas 19 tahun disambut meriah oleh masyarakat setempat serta pengunjung dari seluruh Sarawak yang hadir untuk menikmati pelbagai pengisian hiburan, aktiviti keluarga dan pengalaman menarik sepanjang hujung minggu.
Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), yang menyumbang kepada kepelbagaian pengisian menerusi penyertaan pelbagai agensi, usahawan dan inisiatif tempatan. Kehadiran mereka menerusi pameran dan aktiviti interaktif turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai produk, perkhidmatan serta inisiatif yang diketengahkan.
Dari pentas hiburan hinggalah aktiviti santai bersama keluarga, KJH Segulai Sejalai Sarawak, Miri menawarkan pelbagai pengisian untuk dinikmati semua lapisan usia. Antara yang menjadi perhatian termasuk Pertunjukan Ratu Etnik, Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge serta sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon dan personaliti Media Prima. Aktiviti keluarga dan riadah seperti Kids Colouring Contest, Zumba dan Jom Lokal Jam turut melengkapkan pengalaman pengunjung sepanjang karnival.
Kemuncak pengisian riadah pada hari ketiga, Ahad lalu, diteruskan menerusi Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP yang menerima hampir 2,000 penyertaan bagi kategori 5KM dan 8KM. Penganjuran kali kedua di Sarawak ini turut menawarkan Pakej Keluarga bagi kategori 5KM, selain cabutan bertuah serta peluang berlari bersama artis drama, personaliti Media Prima, artis dan selebriti, menjadikan acara tersebut antara aktiviti yang menghidupkan lagi suasana KJH Miri.
Dalam pada itu, kawasan reruai turut menjadi tumpuan apabila lebih 160 reruai menghimpunkan pelbagai jenama, agensi dan usahawan daripada pelbagai sektor. Antaranya termasuk PERNAS, AFFIN Bank, F&N, Caring Pharmacy, Fearnleaf dan Bursa Malaysia, selain menawarkan pelbagai promosi, tawaran serta pilihan makanan yang menambahkan lagi kepelbagaian pengalaman sepanjang berada di KJH.
Melengkapkan kemeriahan acara, Konsert Jom Heboh Cara U Sarawak Segulai Sejalai 2026 Miri yang dibawakan oleh U Mobile berlangsung selama dua malam dengan menampilkan barisan artis popular tanah air. Perkarangan pentas utama dibanjiri ribuan peminat yang hadir untuk menyaksikan persembahan pada malam Sabtu daripada K.O.I, Nabila Razali, Man Bai, Mary Grace dan Fieya Julia, sebelum kemeriahan diteruskan pada malam Ahad bersama Baby Shima, Rahmad Mega, Nadeera, Lan Solo dan Floor 88. Persembahan bertenaga daripada barisan artis berkenaan terus menghidupkan suasana dan menghiburkan para peminat hingga ke penghujung acara.
Kejayaan penganjuran di Miri ini membuktikan sambutan yang terus diterima KJH Segulai Sejalai Sarawak, dengan gabungan hiburan, gaya hidup, aktiviti keluarga, riadah serta penglibatan komuniti yang berjaya menghimpunkan masyarakat dalam satu acara. Dengan 350,000 kunjungan direkodkan sepanjang penganjuran, kepulangan KJH ke Miri bukan sahaja menghidupkan kembali kenangan terhadap karnival ini, malah mencipta satu lagi detik bermakna bersama masyarakat Sarawak.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti media sosial rasmi @jomhebohofficial. Gunakan tanda pagar #KJH #KarnivalJomHeboh #KJHSarawak untuk berkongsi detik menarik sepanjang karnival. Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan KJH dan nantikan pengumuman lokasi seterusnya bagi menyertai kemeriahan Karnival Jom Heboh yang akan datang.
.png)
.jpg)



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.