PELANCARAN SINGLE SOLO PERTAMA ODDA `GELANGGANG RASA’

Wednesday, 22 July 2026

KUALA  LUMPUR,  20  JULAI  2026  –  Industri  muzik  tanah  air  bakal  diserikan  lagi  dengan kehadiran  permata  baharu,  Odda,  yang  mempertaruhkan  single  solo  pertamanya berjudul  ‘Gelanggang  Rasa’.  Dilahirkan  sebagai  seorang  anak  seni  yang  serba  boleh, bakat  muda  ini  kini  bersedia  mengukuhkan  jenamanya  di  bawah  naungan  syarikat  SN Legacy Sdn Bhd. 

Melihat  kepada  landskap  industri  hari  ini,  SN  Legacy  menyedari  potensi  besar  yang dimiliki  oleh  Odda.  Beliau  bukan  sekadar  seorang  penyanyi,  malah  merupakan  bakat muda versatil yang terlibat dalam dunia lakonan, pengacaraan dan juga sebagai model kempen serta komersial. Pakej lengkap serta karisma semula jadi yang ada pada Odda meletakkan  beliau  sebagai  salah  seorang  pelapis  seni  yang  mempunyai  masa  depan yang cerah. 

Single Gelanggang Rasa menampilkan irama pop kontemporari dengan suntikan elemen R&B yang sesuai dengan identiti muzik Odda. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Micu Ellis dan  Mingaling  dan  lirik  oleh  Micu  Ellis  bersama  Aril  Armani.  Lagu  ini  diterbitkan  oleh Mingaling. 

Berkongsi pandangannya mengenai single sulung ini, Odda meluahkan rasa keterujaan dan kesyukuran atas peluang yang diberikan.

" Apabila  pertama  kali  mendengar  demo  Gelanggang  Rasa,  saya  tahu  ini  adalah  jiwa saya. Lagu ini menceritakan tentang bagaimana kita semua berjuang dengan perasaan sendiri dalam menempuh fasa kehidupan,’’ ujar Odda. 

``Sebagai  pertaruhan  single  solo  pertama,  saya  meletakkan  sepenuh  hati  dan  jiwa dalam proses rakaman. Saya berharap lagu ini dapat menjadi titik permulaan yang baik untuk saya menapak lebih jauh dalam industri muzik, sekaligus menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya." sambung Odda. 

Gelanggang  Rasa  menggambarkan  kebebasan  serta  keyakinan  untuk  mencari  diri  dan melepaskan segala bebanan yang ada. 

Para  peminat  boleh  mula  mendengarkan  Gelanggang  Rasa  di  semua  platform penstriman  digital  bermula  22  Julai  2026  dan  Universal  Music  Sdn.Bhd.  merupakan pengedar untuk lagu ini. 

Video muzik Gelanggang Rasa yang mendapat sentuhan pengarah Fiq Zakaria dan bakal dilancarkan 22 Julai 2026, jam 9 malam di saluran YouTube Universal Music Malaysia. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.