Kuala Lumpur, 11 Julai 2026 – Anugerah Juara Lagu (AJL) terus mengorak langkah dalam meraikan muzik tanah air apabila buat julung kalinya memperkenalkan Muzik Lab, sebuah hab kreatif yang melengkapkan pengalaman AJL40 dengan membuka ruang kepada peminat untuk mendekati dunia muzik dari perspektif yang berbeza.
Muzik Lab dibawakan oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) sebagai badan kebajikan pilihan, inisiatif ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami sisi di sebalik industri muzik menerusi sesi perkongsian, persembahan istimewa dan interaksi bersama barisan penggiat muzik.
Berlangsung di McDonald's Pantai Sentral Park, Muzik Lab menghimpunkan komposer, penulis lirik, penerbit muzik dan penyanyi dalam satu ruang yang mengetengahkan pelbagai perspektif tentang landskap muzik tempatan.
Menerusi tiga sesi perkongsian, AG Coco, Dato' Acis, Ziana Zain, Shila Amzah, Ajai dan Shiha Zikir berkongsi pengalaman, pandangan serta perjalanan seni masing-masing sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik tanah air. Antara yang dibincangkan termasuk proses penghasilan lagu dan lirik, teknik kawalan vokal, penghayatan dalam persembahan serta rahsia menghasilkan karya yang kekal relevan merentas generasi.
Dato’ Acis dan AG Coco akan berkongsi mengenai topik “Formula Hitmaker: Seni Menulis Lagu & Lirik”, manakala Ziana Zain dan Shila Amzah pula akan berkongsi tentang “Rahsia Suara, Emosi, Kawalan, Jiwa & Penampilan Diri.” Bagi sesi ketiga dan terakhir, Ajai dan Shiha Zikir akan berkongsi menerusi topik “The Art of Timeless Melodies: Writing Songs for the Grand Stage & The Art of Performance.”
Perbincangan yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif itu bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah memberi peluang kepada hadirin mendengar sendiri kisah, inspirasi dan pengalaman daripada figura yang terus mencorakkan muzik tanah air.
Lebih istimewa, Amir Masdi, Shila Amzah, Khai Bahar, Shiha Zikir dan Ziana Zain tampil menghiburkan hadirin menerusi persembahan yang menggabungkan lagu-lagu ikonik yang pernah mewarnai pentas AJL termasuk karya mereka sendiri. Amir Masdi membawakan Kau Sakiti (AJL35) dan Calar, diikuti Shila Amzah menerusi Patah Seribu (AJL26) dan Pergi Saja, manakala Khai Bahar mempersembahkan Luluh (AJL33) dan Alalala Sayang. Shiha Zikir pula tampil dengan medley Minta Ampun dan Kalam (AJL38), sebelum Ziana Zain menutup segmen persembahan dengan Madah Berhelah (AJL7) dan Sangkar Cinta.
Acara diteruskan dengan sesi Meet & Greet eksklusif bersama Mekdi Superfans yang memberi peluang kepada para pemenang berinteraksi lebih dekat bersama artis-artis yang menjayakan program ini, sekali gus melengkapkan pengalaman istimewa sempena AJL40.








Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.