TONTON BAWAKAN DEBARAN FURY CHAMPIONSHIP VOL. II SECARA LANGSUNG MENERUSI PAY-PER-VIEW

Thursday, 23 July 2026


TONTON BAWAKAN DEBARAN FURY CHAMPIONSHIP VOL. II SECARA LANGSUNG MENERUSI PAY-PER-VIEW | Perebutan Fury Muay Thai Lightweight Championship Menanti Anda!

Kuala Lumpur, 23 Julai 2026 – Penantian peminat sukan tempur akhirnya terjawab apabila Fury Championship Vol. II bakal menggegarkan Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu ini (25 Julai). Lebih mengujakan, peminat di seluruh dunia kini boleh menyaksikan setiap detik aksi secara langsung di Tonton menerusi Pay-Per-View (PPV) pada harga hanya RM16.90, sekali gus menikmati pengalaman malam kemuncak yang penuh debaran dari mana sahaja mereka berada. 

Selepas kejayaan edisi sulung yang meraih jutaan tontonan digital, Fury Championship kembali dengan skala lebih besar menerusi penyertaan 26 petarung dari tujuh negara. Edisi kali ini menjanjikan malam penuh aksi dengan gabungan pertarungan profesional, kemunculan bakat baharu serta perebutan kejuaraan yang bakal menguji kehebatan setiap petarung di dalam gelanggang. 

Antara tumpuan utama kejohanan ini adalah perebutan Fury Muay Thai Lightweight Championship yang menemukan wakil Malaysia, Izat Zaki, dengan pencabar dari Indonesia, Brian Lawitan. Pertembungan berprestij ini dijangka menjadi kemuncak kejohanan selain dibarisi beberapa lagi pertarungan berprofil tinggi melibatkan petarung Malaysia dan antarabangsa. 

Sebagai rakan penyiaran rasmi, Tonton membawakan keseluruhan pengalaman Fight Day secara langsung kepada peminat. Lima pertarungan pembukaan bermula jam 5.00 petang boleh disaksikan secara percuma menerusi saluran tersedia, sebelum acara beralih kepada pertarungan utama yang hanya boleh ditonton menerusi Tonton PPV bermula jam 8.00 malam, sekali gus menawarkan pengalaman tontonan premium dan eksklusif terus ke skrin penonton. 


Dengan akses PPV di Tonton, peminat bukan sahaja berpeluang menyaksikan setiap tumbukan, sepakan dan detik kemenangan secara langsung, malah turut menikmati liputan penuh acara sehingga majlis penutup. Detik-detik menarik daripada Fury Championship Vol. II juga boleh disaksikan semula di Tonton selepas acara berlangsung. 

Jangan lepaskan peluang mengikuti kemeriahan Fury Championship Vol. II secara langsung menerusi Tonton PPV, di mana sahaja anda berada. Dengan hanya RM16.90, peminat boleh menikmati kesemua 13 pertarungan, termasuk aksi-aksi utama yang hanya boleh disaksikan secara eksklusif di Tonton. 

Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.