Dah lama nak update tapi terperam dalam Google Photos sampai nak dekat setahun dah. Kisahnya, pagi Isnin tu lepas dah balik dari bercuti di Nahara Resort, Kalumpang, tayar kereta pulak pancit. Nasib baik lah ada brader mekanik buka bengkel awal pagi, seawal jam 8 pagi. Bengkel dia baru lagi sebab tu terkejut dia buka awal.
Dia tolong tukarkan tayar spare lepastu bayar RM50 rasanya kemudian tukar tayar baru dekat kedai tayar di simpang keluar taman. Dah sampai perkarangan office, park kereta dekat basement kemudian nak naik lif. I ambil gambar ni sebab nak ambil gambar duta Shieldtox tapi tak sangka pulak perempuan berbaju hitam nak keluar dari lif tu terpeleót depan pintu lif sebab dia tak perasan depan lif tu mencerun ke bawah.
I harap kaki dia okay. Moody gak kalau Isnin dah sakit kaki.
Baru je letak beg dekat kerusi, on pc nak buat kerja tiba-tiba blackout pulak satu Oasis ni. I was like ?????? lain macam ye Isnin 25 Ogos 2025 ni. Perjalanan yang berliku.
Ikutkan hati nak balik tapi kerusi pun belum sempat panas lagi. Kitorang stay je lah kat office borak-borak kejap. Tak lama lepas tu elektrik ada balik. Boleh lah buat kerja macam biasa sampai lah ke petang.
Belah petangnya, I ajak Syida dengan Teha pergi briskwalk sampai apartment. Boleh kata route baru lah sebab selalunya kalau kitorang briskwalk sampai Bavaria lepastu patah balik. Kali ni jauh sikit sebab masing-masing semangat nak berjalan.
Yang bestnya bila lalu depan Bavaria ni boleh tengok sunset strip macam ni. Dekat kawasan Bavaria ni ada ramai je yang suka tunggu golden hour. Ikut luck lah, kadang boleh nampak lembayung, kadang tak ada strip langsung sebab mendung.
Kalau briskwalk dekat sini okay je tapi bila seorang jadi scary sikit sebab ramai warga asing balik kerja. Kalau bukan warga asing pun, asalkan lelaki tetap rasa takut sebab dia ada taman komuniti kena tutup lepastu ada semak yang sunyi.
Ni sebenarnya tujuan asal kitorang, nak pergi makan malam dekat warung kak nani. Dulu selalu order dengan kak nani untuk lunch tapi stop sebab dia dah tak ada runner untuk hantar.
Kitorang nak makan malam tapi nak kalori terbakar sepanjang perjalanan sebab tu pergi dengan berjalan kaki hshshs
I order roti sarang burung daging, Syida order roti planta. Teha minum nescafe o je sebab dia makan malam dekat rumah nanti, nak temankan mak dia.
Rasa dia paduuuuuu. Seronok tau dapat makan menu sedap lepas penat berjalan kaki. Roti Sarang Burung dia tak lah crispy tapi tetap ada rasa rangup, makan panas-panas dengan telur separuh masak dan kicap sikit untuk hilangkan rasa hanyir telur.
Daging dia tak pasti lah daging dari tin atau masak sendiri sebab dia ada rasa sambal tapi tak pedas. Ada rasa kicap jugak tapi tak kuat. Mungkin kalau pedas dari cili tabur lagi sedap kot tapi makan macam ni pun dah okay dah.
Dari tarikh I makan ni sampai lah ke tarikh I update entri ni, I tak pergi lagi warung kak nani untuk repeat. Satu, sebab Syida dah takde. Dua, Teha dah tak join briskwalk petang-petang sebab dah kahwin. Tiga, sebab I takde geng nak pergi makan. Tak sure kalau tapau akan rasa sama jugak ke tak. But I have plan nak pergi waktu weekend sebab rumah tak jauh pun tapi tak jadi jadi lagi plan tu.
Selesai makan dekat warung kak nani, kitorang berjalan kaki balik ke Oasis tapi masih lagi cerah sebab siang panjang masa ni.
See, dah sampai ke Oasis pun masih cerah.
Syida: Bagus kan Oasis ni, ada pondok untuk orang merokok macam dekat Korea.
Me: Eh? Ada ke? Mana?
Syida: Tu lah Ana, kat tepi jalan tu
Me: Wehhh tu bukan pondok hisap rokok, tu bekas pondok autopay 😂😂😂 Mesinnya dah buang tapi pondok maintain kat situ.
Lepas solat Maghrib, kitorang balik rumah. Done update satu entri tentang perjalanan hari Isnin yang ada banyak ceritanya. I tengah dalam proses kemas Google Photos sebenarnya dan baru perasan ada banyak memori dengan Syida I tak sempat update. Boleh kata ni entri rindu Syida lah jugak sebab work bestie dah takde 😕
















Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.