Pengarah: Kim Kyu-tae
Penulis Skrip: Jang Myung-woo
Pelakon: Choi Min-sik, Choi Hyun-wook, Huh Joon-ho, Yunjin Kim, Jin Kyung.
Syarikat Produksi: Kakao Entertainment, GTist
Penyiaran: Netflix
Genre: Psikologi / Drama
Jumlah Episod: 6 Episod (55 – 70 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2026
Trailer:
Drama terbaru tayangan Netflix yang diadaptasikan dari teater Sepanyol berjudul El chico de la última fila arahan Juan Mayorga, Notes from the Last Row mengisahkan tentang pensyarah universiti bernama Prof Heo Mun-oh (Choi Min-sik) yang tertarik dengan esei dihasilkan oleh pelajarnya, Lee Kang (Choi Hyun-wook)
Semua tugasan esei yang dihantar pada hujung kelas hanya boleh dibaca oleh pensyarah dan kebanyakannya esei mengarut atau disalin semula dari mana-mana sumber. Namun esei milik Lee Kang diambil dari kisahnya sendiri yang berkawan rapat dengan pelajar Korean Literature iaitu Kim Se-yun (Lee Jin-woo).
Semua yang diceritakan Lee Kang buatkan Prof Heo tertarik untuk membaca sehingga Lee Kang mula melanggar garis moral dengan tertarik pada ibu Se-yun. Prof Heo jelaskan ada perbezaan antara mengintip dan mengintai dengan niat seksual. Perbualan mereka berdua semakin lama membuka pada banyak lagi rahsia gelap yang berlaku di rumah tersebut.
Prof Heo mempunyai niat untuk mendapat kredit sekiranya Lee Kang debut sebagai penulis sekaligus meletakkan dia sama tinggi dengan musuhnya, Kim Su-hun (Huh Joon-ho) yang juga seorang penulis. Sejarah mereka berdua bermula sejak zaman kolej hingga lah karier sebagai penulis novel menentukan tempat mereka secara berbeza.
Dari awal lagi pengarah fokus pada kehidupan malang Prof Heo sehinggakan ada pelajar yang point out insecurities bila dapat markah rendah. Dengan mudahnya kita kenal dan connect dengan watak Prof Heo. Jadi bila dia bertemu dengan Lee Kang yang suka duduk di bahagian belakang kelas dan juga mempunyai tahap literasi yang tinggi, kita pun boleh rasa teruja dengan perubahan baru yang dia alami.
Esei Lee Kang mempunyai cerita yang biasa tapi diceritakan dalam gaya penulisan yang menarik. Bunga bahasa dia cantik dengan metafora yang digunakan untuk satu babak yang biasa dalam kehidupan seharian kita. Bila cerita bergerak, makin banyak plot yang berkembang dan kemunculan misteri yang minta disiasat.
Sayangnya bila masuk ke Episod 4, penceritaan dia mula berubah kepada drama tipikal Korea dan logik mula hilang. Dekat situ kita dah nampak yang Prof Heo dah bertukar obses dan cemburu dengan kehidupan Kim Su-hun, noktah. Segala apa yang berlaku dalam hidup dia memang kerana pilihan dia sendiri dan dikuatkan dengan cerita Lee Kang pada episod 6. 3 episod awal dia cuba terangkan pada Lee Kang tentang garis moral tapi masuk episod 4 hingga 6, dia sendiri yang hilang moral. Itu antara kekuatan drama Notes from the Last Row.
Tak faham kenapa isteri dia, Jo Hyeon-suk (Jin Kyung) boleh bertahan selama 13 tahun tanpa cinta. Mungkin kalau dia kahwin dengan orang lain, hidup dia lagi bahagia. Pedih betul tengok dia terbaring dekat hospital dan dengar perbualan suami isteri dekat katil sebelah. Perbualan tu biasa je tapi perbualan tu yang dia nak untuk situasi dia pada masa tu.
Lakonan Choi Min-sik menghidupkan personaliti Prof Heo yang semakin lama semakin obsess dengan cara untuk menjatuhkan Kim Su-hun. Dekat episod-episod awal nampak watak Kim Su-hun sebagai watak antagonis tapi drama ni dari perspektif Prof Heo yang tersakiti. Tak hairan lah kalau banyak watak yang diceritakan secara negatif kecuali Eun-joo. Mimik muka dia tersangatlah mainkan peranan tambah kalau dia menyampah dengan Kim Su-hun.
Selepas Weak Hero (2022) dan Twinkling Watermelon (2023), drama Noted from the Last Row menguatkan lagi filemografi Choi Hyun-wook sebagai pelakon muda di Korea. Drama dia ada keunikan dan watak dia juga padu lantas meninggalkan impak. Dalam drama arahan Kim Kyu-tae ni watak Lee Kang mempuanyai dua sisi yang berbeza dan Choi Hyun-wook pamerkan keduanya dengan bersahaja.
Selain dua pelakon utama, Lee Jin-woo sebagai Se-yun juga ada potensi walaupun ruang dia terhad. Notes from the Last Row adalah drama ketiga setelah debut sebagai pelakon. Sebelum ni Jin-woo aktif sebagai idol dalam group GHOST9. Pernah beberapa kali dengar lagu GHOST9 tapi tak kenal personally semua member. Hopefully lepas ni dia dapat lebih banyak offer. Sama juga dengan Han Ji-eun sebagai Seon Min-hui.
Sinematografi dari Park Jang-hyuk dan Jung Sang-bum menguatkan screenplay dengan mencipta visual yang menarik pada beberapa babak. Banyak penggunaan close-up shot digunakan untuk menjelaskan emosi dan motif setiap watak yang dimasukkan. Penggunaan latar tempat seperti perpustakaan dan ruang kecil meningkatkan lagi saspens dan ketegangan yang wujud dalam drama.
Notes from the Last Row mungkin bukan pilihan ramai sebab pace dia agak perlahan dan banyak perbualan antara watak utama tapi untuk genre misteri dan drama, perkembangan dan pendedahan yang dimasukkan terlihat menarik untuk ditonton. Vibe dia lebih kurang sama dengan filem Andhadhun (2018), apa yang benar adalah apa yang dilihat oleh watak utama sendiri.
Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.