Aidilfitri 2025 | Open House Kak Siti

Monday, 6 July 2026

 

Dari dua minggu sebelumnya lagi dah dapat jemputan open house Kak Siti dekat Saujana. Dekat je lah dengan rumah kitorang, belakang Elmina je tapi jauh jugak nak masuk ke sini dalam setengah jam macam tu. Haáh setengah jam untuk I dah kira jauh. 

Masa ni kitorang gerak dengan Leen. Taknak masuk banyak kereta sebab kawasan perumahan kan terhad tempat nak park. 



Special lah sikit open house Kak Siti ni sebab ada influencer jadi penyambut tetamu. Izzah kata dia sampai dari tengahari lagi sudahnya pishang tunggu kitorang yang datang petang sebab nak lepaskan Zohor dulu. 


Kak Siti masak Nasi Daging Utagha, makan dengan ayaq asam memang surrrr. Lepastu ada laksa dengan desserts. Ada buah limau dengan kuih jugak. 



Kitorang plan tak nak lepak lama pun tapi sebab tunggu si Syahin dari Ampang, memang kena stay lama lah. Ampang dengan Saujana memang jauh teruk lah, dengan jam orang pergi beraya lagi. Sementara tunggu Syahin sampai, diorang bukak cerita hantu. Masa tu tengah hype pulak movie Racun Sangga ni, apa lagi memang pasang lah dekat Netflix. Reaksi memasing memang kelakar padahal tak seram mana pun. 


Bila Syahin datang memang celup celup je lah fokus dekat movie tu sebab Syahin ada teh nak dihidang. Tapi bila masuk part yang nak dimaki dalam Racun Sangga tu dia suruh semua orang fokus balik dekat movie supaya boleh share reaction yang sama. Riuh.




Lama jugak kitorang melepak dekat rumah Kak Siti sampai nak dekat Maghrib. Lepas tu baru balik ke rumah sebab dah kenyang makan hehe. Terima kasih Kak Siti sekeluarga jemput datang beraya. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.