Movie Review | Band Baaja Baaraat (2010)

Saturday, 18 July 2026

 

Pengarah: Maneesh Sharma  
Penulis Skrip: Habib Faisal   
Pelakon: Ranveer Singh, Anushka Sharma    
Syarikat Produksi:  Yash Raj Films  
Pengedar: Yash Raj Films  
Genre: Romantik / Komedi  
Durasi Tayangan: 140 minit
Tarikh Tayangan: 10 Disember 2010   
Trailer:


Sejak 05 Disember 2025, Yash Raj Films dah mula tayangkan secara eksklusif semua filem lakonan Ranveer Singh di Netflix. Dan filem terpaling wajib tonton mestilah filem debut Ranveer Singh bersama Anushka Sharma iaitu Band Baaja Baaraat arahan Maneesh Sharma dan ditulis oleh Habib Faisal yang terkenal dengan filem Salaam Namaste (2005), Ladies Vs Ricky Bahl (2011), Daawat-e-Ishq (2014), Fan (2016) dan banyak lagi.

Filem Band Baaja Baaraat mengisahkan tentang Bittoo Sharma (Ranveer Singh) dan Shruti Kakkar (Anushka Sharma) yang bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk perniagaan mereka, Shaadi Mubarak yang menguruskan majlis perkahwinan. Dari awal lagi Shruti dah tegaskan yang dia tak nak mereka berdua bercinta kerana akan menjejaskan persahabatan dan juga kerjaya mereka. 

Semuanya berjalan dengan lancar kerana kepakaran mereka menguruskan majlis dan berjaya cipta networking yang bagus antara pembekal dan juga pihak lain yang terlibat. Semakin lama Shaadi Mubarak semakin dikenali dan mereka mula mendapat tawaran dengan bajet yang lebih besar. 

Shruti dan Bittoo juga semakin selesa bersama hingga lah mereka berdua mabuk dan tidur bersama. Bittoo anggap apa yang jadi cuma kesilapan yang tak disengajakan sementara Shruti pula dah mula anggap persahabatan mereka akan bertukar kepada hubungan yang lebih serius. Bittoo cuba menjauhkan diri sampai Shruti terasa dan tarik diri dari partnership. 

Sakit hati dengan keputusan Shruti, Bittoo juga buka syarikat baru dengan perniagaan yang sama – Happy Wedding. Malangnya, pembekal mereka adalah pembekal yang sama dan masing-masing mula terbeban dengan konflik peribadi Shruti dan Bittoo. Kalau pembekal bunga bekalkan bunga kepada Shruti, dia tak sempat nak siapkan untuk majlis Bittoo. Masing-masing taknak beralah dan semakin merosakkan keadaan sampai pelanggan pun lari. 

Filem Band Baaja Baaraat bukan saja tampilkan filem romantik komedi sebagai platform kepada pelakon baru di Bollywood malah mempunyai jalan cerita yang menarik dan segar dengan berlatarkan dunia perancang perkahwinan. Kerjaya yang keluar dari kehendak ibu bapa Asia, kerjaya yang mungkin diperlekehkan oleh bapa Bittoo tapi sekarang berjaya tinggalkan jejak dan panduan kepada anak-anak muda. 

Masa layan perjalanan Bittoo dan Shruti boleh nampak lah apa yang mereka perlu hadap untuk pastikan kehendak pelanggan dipenuhi dan perjalanan upacara perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar. Dekat sini boleh nampak juga kenapa kos perbelanjaan untuk perkahwinan tu besar sampai pengantin rabak poket lepas majlis selesai. 

Lakonan Ranveer Singh terlihat bersahaja dalam pesona pelajar kolej yang cuba untuk mengurat wanita idaman. Watak Bittoo sendiri ada perkembangan watak yang baik bila dia mula dengan ilmu yang kosong dan cuma ikut sahaja kehendak Shruti sehingga lah dia sendiri pandai uruskan syarikat yang sama. Disebabkan watak Bittoo juga Ranveer Singh berjaya merangkul Best Debut Male di Filmfare Awards ke-56. 

Filem Band Baaja Baaraat adalah filem terakhir Anushka Sharma dalam kontrak dia bersama YRF dan perjalanan dia sebagai Shruti pun tak mudah sebab dia susah nak bekerjasama dengan Maneesh Sharma. Ada banyak part yang perlu dilakonkan banyak kali sampai pengarah puas hati. I guess dia bertahan sebab masa ni tengah bercinta dengan Ranveer Singh, chemistry dua pelakon ni pun antara kekuatan filem sampai menang anugerah Hottest Pair di IIFA Awards. Mungkin sebab tu juga filem Anushka dan Ranveer berlakon dalam Ladies Vs Ricky Bahl (2011).

Sinematografi Band Baaja Baaraat dari Aseem Mishra yang bekhidmat dalam filem New York (2009) dan Once Upon a Time in Mumbaai (2010) lebih terarah pada visual yang realistik dalam menggunakan latar masyarakat kelas pertengahan di Delhi. Penggunaan lokasi yang menarik untuk beberapa babak juga membantu macam Mumbai dan Rajashtan yang menceritakan tentang destination wedding.

Uniknya, kostum dan props yang digunakan dalam filem Band Baaja Baaraat agak funky dan terang mengikut personaliti Shruti dan Bittoo. somehow ada babak yang mempunyai personaliti tersendiri pada visualnya dan menjadi daya penarik yang kuat untuk naskhah romantik komedi. 

Music album gubahan komposer duo Salim-Sulaiman tampil biasa saja walaupun mempunyai 7 buah lagu dan 2 lagi remix. Dari tahun 2010 sampai lah sekarang, lagu Ainvayi Ainvayi dengan Dum Dum yang I masih layan. Nasib baik lah Aditya Chopra insist nak juga masukkan lagu Ainvayi Ainvayi sebab Maneesh Sharma dah reject masa komposer cadangkan lagu tu gara-gara tak faham lirik lagu tu. Bila music album, lagu Ainvayi Ainvayi yang popular dan buatkan filem Band Baaja Baaraat terkenal. 

As a fan of Amitabh Bhattacharya, I memang suka dengan lagu Dum Dum sebab lirik dia romantik. Dan ikutkan dalam filem, patutnya Shah Rukh Khan yang perform lagu ni tapi member tak jadi datang sampai Bittoo dengan Shruti yang naik pentas. Chemistry Ranveer dengan Anushka terserlah sangat dalam lagu romantik balada bersama koreografi yang tepat dan kostum yang moden dan sesuai untuk serlahkan tarian Dum Dum. 

Tak kisah lah pertama kali tengok Band Baaja Baaraat atau rewatch untuk yang keberapa kalinya, perasaan tengok filem ni masih lagi sama. Energy Ranveer dan Anushka sesuai untuk watak Bittoo dan Shruti sekaligus menghidupkan watak yang jumpa passion dan kerjaya idaman lantas menjadi sumber inspirasi pada orang lain juga. Dialog yang kelakar dan setia pada dialek kawasan setempat juga bersahaja dari Habib Faisal. 

Filem ni wajib tonton and it’s available on Netflix. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.