Movie Review | Pati Patni Aur Woh Do (2026)

Sunday, 26 July 2026

 

Pengarah: Mudassar Aziz  
Penulis Skrip: Mudassar Aziz, Ravi Kumar
Pelakon: Ayushmann Khurrana, Wamiqa Gabbi, Sara Ali Khan, Rakul Preet Singh   
Syarikat Produksi: T-Series Films, B. R. Studios    
Pengedar: Zee Studios
Genre: Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2026 
Trailer:


Selepas kejayaan filem Pati Patni Aur Woh (2019), Mudassar Aziz kembali dengan filem romantik komedi tentang perselingkuhan suami bersama orang kedua. Menariknya, filem Pati Patni Aur Woh Do tampilkan dua orang sekaligus dalam satu masa yang sama. Kalau instalment sebelum ni remake kepada filem Pati Patni Aur Woh (1978), untuk instalement baru Mudassar Aziz tampil dengan konsep spiritual sekuel di mana jalan cerita baru dan pelakon utama baru.


Kisah bermula dengan kegagahan Parajapati Pandey a.k.a. Praja (Ayushmann Khurrana) sebagai pegawai hutan yang sentiasa menyelesaikan krisis hidupan liar yang mengganggu penduduk di pekan tersebut. Praja telah berkahwin dengan Aparna Triverdi (Wamiqa Gabi) dan sentiasa diawasi pergerakannya oleh Nilofer Khan (Rakul Preet Singh) yang juga bekerja dengan Paraja sebagai doktor veterinar. Nilofer merupakan kawan baik Aparna. 


Satu hari, Chanchal Kumari (Sara Ali Khan) datang ke pejabat Praja dan minta bantuan supaya menyamar sebagai kekasihnya di Benaras. Chanchal bercinta dengan Sunny (Vishal Vashishtha), anak kepada Gajraj Tiwari (Tigmanshu Dhulia), ahli politik yang sangat mementingkan kasta. Chanchal dengan Sunny merancang untuk larikan diri ke Kanada dalam masa dua minggu. Sementara itu, Chanchal perlu pastikan pergerakan dia tak lagi diekori oleh anak buah Gajraj. 


Praja setuju dengan cadangan tersebut dan ingin maklumkan pada Aparna tapi bila dia pulang ke rumah, dia dapat tahu isteri dia lah punca Chanchal dan sunny terjebak dalam masalah. Terjerat dengan janji sendiri, Praja terpaksa menipu Aparna yang dia perlu ke Kanpur untuk projek pembiakan kura-kura bersama Nilofer. 


Selalunya naskhah yang tampilkan ramai pelakon pasti akan ada yang tenggelam tapi Mudassar Aziz berjaya serlahkan ketiga-tiga pelakon wanitanya sepanjang 117 minit Pati Patni Aur Woh Do. Ayushmann juga tampil selesa dalam watak Praja yang takut bini tapi setiakawan. 

Menariknya, kekuatan filem romantik komedi ini terletak pada chemistry Ayushmann dengan Wamiqa, Sara dan Rakul. Tak hairan lah kalau watak sampingan dengan mudah terpedaya bila nampak Praja dengan Chanchal atau Praja bersama Nilofer. Sebelum ni Ayushmann pernah berlakon dengan Rakul sahaja dalam filem Doctor G (2022). Lepas tengok Sara dengan Ayushmann, terus manifest both of them dalam rom-com. 


Pemilihan ketiga-tiga watak wanita dalam filem pun tepat juga lah sebab masing-masing berjaya hidupkan watak komedi dalam Pati Patni Aur Woh Do. Rakul memang dah terbiasa dengan genre komedi even tahun lepas pun filem Mere Husband Ki Biwi (2025) dan De De Pyaar De 2 (2025) ditayangkan. Wamiqa dengan filem Bhooth Bangla (2026) dan Bhool Chuk Maaf (2025) sementara Sara pernah lakonkan watak utama dalam Murder Mubarak (2024). 

Sinematografi dari Jishnu Bhattacharjee menggunkaan landskap Benaras dan beberapa lokasi di India Utara termasuklah Pryagraj. Ada beberapa babak yang menggunakan CGI terutamanya untuk babak melibatkan haiwan liar tapi okay lah untuk beberapa minit. Boleh tutup mata je. 


Kalau dalam filem Pati Patni Aur Woh, suami dia tergoda dengan wanita bandar, kali ni semua watak wanita berpakaian sopan dan tinggal di kawasan luar bandar. Nilofer je lah yang selesa dengan t-shirt sebab kerja hakiki dia perlukan dia keluar masuk hutan. 

Musik album Pati Patni Aur Woh Do digubah oleh Rajesh Roshan, bapa saudara Hritik Roshan yang dah lama berehat sebagai komposer. Ada 10 buah lagu yang dihidang bersama komposer lain - Rochak Kohli, Tanishk Bagchi, Neelkamal Singh, Tony Kakkar, Badshah dan Dev Sadaana tapi I suka dua lagu je. Humne Wahin Lagaya Dil dengan Dil Waale Chor. 



Tak pasti lah kenapa tak bagi Ayushmann yang nyanyi lagu romantik Dil Waale Chor tu padahal suara dia lagi sesuai dengan genre lagu tu. Ada versi reprise tapi versi asal ada duet dengan Shreya Ghoshal. Jangan kata sebab suara Ayushmann tak sedap eh sebab I dengar dia nyanyi live masa promo. Haihhh


Anyway, I really have fun watching Pati Patni Aur Woh Do kecuali untuk watak makcik Chanchal (Ayesha Raza Mishra) sebab lawak dia keluarkan duit tu over betul. Sama juga dengan komedi Praja asyik lupa nama Sunny. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.