Movie Review | De De Pyaar De 2 (2025)

Saturday, 17 January 2026


Pengarah: Anshul Sharma 
Penulis Skrip: Luv Ranjan, Tarun Jain  
Pelakon: Ajay Devgn, R. Madhavan, Rakul Preet Singh, Meezan Jafri, Gautami Kapoor
Syarikat Produksi: T-Series Films, Luv Films    
Pengedar: PVR Inox Pictures (India), Yash Raj Films (International), Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 146 minit
Tarikh Tayangan: 14 November 2025    
Trailer:


Setelah perselisihan faham yang berlaku apabila Ayesha (Rakul Preet Singh) bertemu dengan Manju (Tabu) dan anak-anak Ashish (Ajay Devgn), kali ni mereka perlu maklumkan kepada keluarga Ayesha pula tentang hubungan cinta mereka. Ayesha dan Ashish ambil keputusan untuk tinggal bersama sebelum mereka berkahwin tapi Ashish mula risau kerana umur dia yang sebaya dengan orang tua Ayesha. 

Cadangnya Ayesha akan pulang ke India untuk maklumkan tentang hubungan mereka dan Ayesha yakin rancangan dia akan berjaya kerana kakak iparnya, Kittu (Ishita Dutta) bakal menimang cahaya mata sulung. Khabar dia akan berkahwin akan diselitkan ketika anak buah dia dilahirkan. Kittu risau rancangan Ayesha akan buatkan Rakesh Khurana (R. Madhavan) mengamuk walaupun teruja dengan cucu sulung. 

Malangnya, Kittu terlepas cakap tentang hubungan Ayesha lalu buatkan Rakesh mengamuk bila dapat tahu Ayesha bercinta dengan lelaki jauh lebih tua. Rakesh dan isterinya, Anju (Gautami Kapoor) cuba untuk bertenang kerana mereka berdua berfikiran moden dan progresif namun usia Ashish menyebabkan mereka segan dengan persepsi orang luar. 

Rakesh dan Anju ajak semua ahli keluarga termasuklah Ashish dan rakan baiknya, Raunak Molta (Jaaved Jaaferi) pergi ke kampung mereka untuk majlis kesyukuran menimang cucu. Di sana, Ayesha bertemu semula dengan rakan baiknya sejak kecil bernama Aditya (Meezan Jafri). Mereka berdua banyak meluangkan masa bersama sementara Ashish membantu Anju untuk majlis. 

Tanpa sedar. Ayesha jatuh cinta dengan Aditya lalu Ashish bawa diri ke London. Kecewa dengan tindakan Ashish, Ayesha maklumkan kepada keluarga dia ingin berkahwin dengan Aditya dan melupakan Ashish. 

Naskhah sekuel kepada filem De De Pyaar De (2019) mendapat sentuhan pengarah baru iaitu Anshul Sharma manakala Luv Ranjan dibantu dengan Tarun Jain untuk bahagian skrip. Masa dapat tahu filem ni akan ada sekuel dan R. Madhavan berlakon watak ayah Ayesha, excited lah juga nak tengok walaupun yang sebelumnya tak lah best mana. 

Watak R. Madhavan sebagai Rakesh agak menarik dan mendalam juga sebagai bapa kepada anak perempuan muda yang cantik seperti Ayesha. Personally I feel watak Rakesh dan Anju dah besarkan anak-anak dengan cara yang terbaik tapi ujian datang bila Ayesha nak berkahwin dengan Ashish yang lari tinggalkan isteri dan anak-anak. Kalau I jadi orang tua Ayesha pun akan risau sebab takut anak kena tipu. Malangnya, kerisauan dua watak ni berubah jadi punca Ayesha menagmuk pula. I tak faham kenapa dia nak berperang dengan orang tua dia hanya semata sebab Ashish padahal dia yang tak jujur dengan parents bila bagitahu pasal Ashish. 

Bila tahu Rakesh dengan Anju cuba alih perhatian Ayesha dengan bawa Aditya ke majlis tu, I tak rasa apa yang parents dia buat tu jahat atau manipulative pun sebab semua pun tak yakin dengan hubungan cinta Ayesha dan Ashish. Meezan Jaferi yang debut dalam filem Malaal (2019) lakonkan watak Aditya dengan bagus di samping Ayesha. Comic timing dia menjadi, watak dia sebagai anak teruna yang menawan dan pandai mengayat mencuri perhatian sampai I pun berharap Ayesha akan pilih Aditya sebagai suami. 

Sepanjang 146 minit tu rasa rimas dengan lakonan Ajay Devgn sebab semua orang put effort tapi dia cuma hadir ke lokasi untuk jadi patung cendana. Watak dia tersangatlah pasif sementara Ayesha dah meledak macam gunung berapi. Babak dia berbalah dengan nenek Ayesha je kelakar itupun sebab nenek Ayesha bitter kena cabar. 

Sama macam sebelumnya, music album De De Pyaar De 2 yang digubah oleh Yo Yo Honey Singh tak menyengat dan mudah sangat dilupakan lepas filem habis tayangannya. Yo Yo Honey Singh dan Ajay Devgn cipta koreografi malas yang terbaru sebagai marketing tapi lagu tak best. 



But I guess I kena dengar lagi lagu Baabul Ve masa majlis tunang Ayesha dengan Aditya sebab lirik dia sweet. Dinamik Rakul dan R. Madhavan boleh tahan kuat juga sebagai anak-beranak and I hope diorang akan bekerjasama lagi dalam filem dengan skrip yang lebih bagus. Dah lama jugak tak tengok Gautami Kapoor berlakon lepas Student of the Year (2012), malah dia dapat watak dengan screentime yang solid dalam filem De De Pyaar De 2. Boleh kata barisan pelakon semuanya bagus kecuali Ajay Devgn. 

Masa tengok rumah Rajju dekat India rasa macam familiar sebab design rumah keluarga Mehra sama dengan rumah keluarga Arora dalam Tu Jhoothi Main Makkaar (2023). Set dekat kampung pun sama dengan filem tu. Kedua-dua set cantik je tapi nampak lah perangai malas Luv Ranjan Films tu. 

I guess safe to say, filem ni menghiburkan cuma kurang menyengat kerana kelompongan pada skrip dan music album. I mean rom-com movie wajib ada music album yang strong. 

p/s: Rakul kena exploit teruk eh dengan Luv Ranjan dan Ajay Devgn dalam filem De De Pyaar De 2 especially lagu Jhoom Barabar tu. But I guess she’s happy now sebab dah dapat offer dalam Raid 3 nanti tsskkk

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.