BELAJAR MANDARIN, MENANG TUNAI! | TONTON LANCAR KEMPEN ‘TONTON AJAR MANDARIN’ BERSAMA KELAS BAHASA EKSKLUSIF
Kuala Lumpur, 15 Januari 2026 – Platform penstriman kegemaran ramai, Tonton, tampil dengan kelainan menerusi pelancaran kempen terbaharu Tonton Ajar Mandarin, sebuah inisiatif yang menggabungkan hiburan dan pembelajaran bahasa dalam satu pengalaman unik buat para pengguna.
Kempen ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Tonton sebagai destinasi penstriman utama di Malaysia, malah membuka ruang kepada penonton untuk meneroka pelbagai kandungan bahasa Cina berkualiti tinggi. Inisiatif ini sekali gus mencerminkan komitmen Tonton dalam menawarkan hiburan yang lebih inklusif, dengan pilihan kandungan yang lebih luas selain barisan drama Melayu sedia ada.
Menerusi kerjasama strategik bersama pusat bahasa terkemuka, Inter-Cultural Language School (ICLS), Tonton menawarkan pengalaman pembelajaran Mandarin yang unik dan interaktif secara eksklusif. Kini, dengan langganan serendah RM9.90 sebulan, pelanggan TontonUp bukan sahaja dapat menikmati pelbagai kandungan premium, malah berpeluang menebus Kelas Percubaan Mandarin Percuma (Virtual) melalui Tonton Rewards.
Sesi pembelajaran selama satu jam ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional ICLS menerusi aplikasi Zoom. Menariknya, silibus kelas akan menggunakan frasa harian serta dialog daripada klip drama Cina terpilih di Tonton, bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran bertutur dan pemahaman konteks dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan.
Lebih menarik, pelanggan yang mendaftar kursus bahasa di ICLS boleh menikmati pengecualian yuran pendaftaran bernilai RM50, selain berpeluang menebus baucar Baskin Robbins dan Pizza Hut menerusi Tonton Rewards.
Selain mempelajari bahasa baharu, penonton juga berpeluang menyertai pertandingan istimewa dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai RM800. Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu melanggan Tonton, menebus kelas percubaan melalui Tonton Rewards, dan hadiri kelas berkenaan. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM500, diikuti tempat kedua RM200, dan tempat ketiga RM100.
Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran bahasa anda sambil menikmati kandungan hiburan terbaik. Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton sekarang untuk mula melanggan.
Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.