Pengarah: Shamsul Akmal Asmoni
Penulis Skrip: Sophilea
Pelakon: Wanna Ali, Zac Zaky, Haidar Hasanudin, Azri Iskandar, Marissa Yasmin, Esma Daniel, Jesse Lim, Norlie Tamam, Laura Olivia, Faa Zaini, Fian Ali, Mohamad Saifullah, Azim Yusof
Syarikat Produksi: Pencil Pictures & Records
Penyiaran: iQiyi
Genre: Drama
Jumlah Episod: 12 Episod (45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025
Trailer:
Mawar (Wanna Ali) merupakan seorang pereka fesyen dan memiliki sebuah butik bersama rakan kongsi perniagaannya, Nel. Walaupun perniagaannya berkembang maju hingga ke persada antarabangsa namun Mawar sentiasa diabaikan oleh suaminya, Daniel Haykal (Haidar Hasanudin). Mawar sering makan hati apabila Daniel mungkir janji atau biarkan dia bersama anaknya, Adel (Laura Olivia) ketika bercuti.
Satu hari Mawar terserempak dengan Rio Hadith (Haidar Hasanudin), teman baiknya sejak kecil tapi mereka lost contact setelah Mawar terima lamaran Daniel. Bila Rio tahu Mawar diabaikan oleh Daniel, dia cuba pujuk Mawar untuk luangkan masa bersama hingga cinta mereka berputik. Rio ajak Mawar untuk temankan dia ambil gambar alam dan berkhemah selama seminggu.
Perkara yang sangat mustahil untuk Mawar lakukan kerana dia tak pernah tak pulang ke rumah. Kalau dia ikut Rio, kisah curang dia akan kantoi dengan Daniel tapi kalau dia tak ikut Rio, hati dia pula merana.
Sepertimana takdir pertemukan Mawar dengan Rio, takdir juga bawa Mawar berjumpa dengan adik kembarnya, Dahlia (Wanna Ali). Mawar pujuk Dahlia untuk gantikan dia selama seminggu sahaja di rumah sebagai isteri Daniel dan ibu kepada Adel. Hal butik tak perlu ambil tahu kerana Nel akan uruskan sebaiknya.
Terdesak mencari dana untuk pembedahan ibu mereka, Maria (Marissa Yasmin), Dahlia bersetuju dengan idea gila Mawar.
Naskhah drama berjudul Mawar Dahlia arahan Shamsul Akmal Asmoni ketengahkan idea yang menarik tentang kembar yang terpisah dan setuju untuk tukar tempat. Masa tengok teaser Mawar Dahlia dah tertarik sebab tak pernah lagi jumpa naskhah tempatan yang guna idea ni. Teruja nak tengok macam mana penulis dan pengarah nak olah ikut budaya kita.
Drama Mawar Dahlia ada tiga konflik utama yang bergerak serentak di mana Mawar dengan konflik perkahwinan, Dahlia pula dengan konflik kewangan malah dikejar oleh samseng kerana bapa tirinya, Raz (Esma Daniel) hilangkan duit Stevan (Jesse Lim). Raz sebenarnya dikhianati oleh bapa kandung Mawar dan Dahlia, Iskandar (Azri Iskandar). Sementara Raz meringkuk dalam penjara, Iskandar hidup dengan tenang setelah jadi punca berantakannya hidup isteri dan anak-anak dia. Anak kandung Raz pun dalam bahaya kerana sentiasa diganggu oleh anak buah Stevan.
Patutnya penulis buang konflik samseng yang berpuluh tahun mencari duit dia yang hilang. Tak faham kenapa samseng tu tak boleh move on padahal Dahlia, Raz, Maria atau anak Raz tak tahu menahu tentang duit dia. Takdir pertemukan Mawar dengan Rio, Mawar dengan Dahlia, Maria dengan Dahlia tapi tak pertemukan Stevan dengan Iskandar. Anak buah Stevan ni pun kejap mengejar, kejap tidak. Merepek betul.
Plot Mawar bertemu dengan Rio dah menarik dah sebab chemistry Wanna dengan Haidar mewujudkan elemen romantik dalam naskhah Mawar Dahlia. Kesian tengok Mawar diabaikan oleh Daniel dan Daniel sikit pun tak kesian dengan isteri dia siap mengadu dengan kawan bila isteri merajuk.
‘Bekas isteri aku si Ratna tu dulu tak pernah berbunyi pun bila aku abaikan dia tapi si Mawar ni tak sudah-sudah buat hal.’ – Daniel
Kalau I jadi Mawar pun I sentap sebab Daniel acknowledge je masalah rumah tangga tapi taknak selesaikan. Penulis sengaja antagoniskan watak Mawar bila dia spend time dengan Rio sebab watak Daniel berubah lepas jumpa Dahlia. Dia batalkan semua meeting dan hal kerja sebab nak spend time dengan isteri dan anak. Laaahh boleh je rupanya, saja buat teruk nak torture mental isteri.
Sebab perubahan Daniel yang mendadak tu, Dahlia tak berhenti judge Mawar sebab tak hargai Daniel padahal tak tahu perangai Daniel yang sebelum tu. Skrip dan dialog dalam drama ni memang problematic tapi dah layan separuh jalan, layan je lah sampai habis.
Masa swapping scenes tu kelakar juga lah tengok Dahlia nak sesuaikan diri sebagai Mawar. Menjadi betul lakonan Wanna Ali dalam dua watak dengan personaliti yang berbeza. Mawar lebih kepada feminine dan elegan sementara Dahlia lebih kasar dan talkative.
Terkejut masa tengok babak Dahlia kena kejar dengan samseng sebab babak tu shoot dekat klinik area rumah tapi jump ke IKEA. Banyak babak Mawar dengan Dahlia dekat The Strand dan sekitar Damansara. Jadi seronok juga lah nak tengok sebab tempat yang kita familiar.
Mawar Dahlia ni kalau tak berat sangat dekat genre drama dan olah dalam template romantik komedi mungkin boleh jadi sebuah naskhah yang menarik. Semua babak melodrama terutamanya dari orang tua Mawar Dahlia yang banyak tone down momentum naskhah ni.
Drama ni kan dicipta untuk tontonan penonton tempatan tapi kenapa ada babak Maria masuk hospital swasta? Nak kesian pun malas sebab banyak juga lah keputusan dangkal dari orang tua Mawar dan Dahlia. Good to know lah Mawar dan Dahlia dapat happy ending lepas parents meninggal. Good riddance.
Kecewa juga dengan team production sebab proceed dengan babak Dahlia tidur dengan Daniel sedangkan jelas hukumnya haram. Sama juga dengan babak Mawar dan Rio. Walaupun tayang dekat streaming platform tapi kenapa tayang babak macam tu padahal bukannya beri kesan pada penceritaan pun. Tak pasti lah naskhah ni copy drama negara lain ataupun idea asal sebab mana-mana jawapan pun tetap boleh persoalkan kenapa wujud babak macam ni sedangkan boleh dielak.
Hopefully Wanna Ali dengan Haidar Hasanudin dapat projek dengan skrip yang bagus in future sebab sayangnya bila talent yang bagus tersia dengan naskhah ala kadar.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 5.5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.