Pengarah: Yoo Young-eun
Penulis Skrip: Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Pelakon: Kim Seon-ho, Go Youn-jung, Sota Fukushi, Lee Yi-dam, Choi Woo-sung
Syarikat Produksi: Studio Sot, Trii Studio, Imaginus
Penyiaran: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 12 Episod (56-82 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2026
Trailer:
Joo Ho-jin (Kim Seon-ho) secara tak sengaja bertemu dengan pelakon wanita bernama Cha Mu-hee (Go Youn-jung) di kedai makan Momo-chan Ramen di Jepun. Cha Mu-hee berada di sana untuk bertemu dengan pemilik kedai kerana wanita tersebut merupakan kekasih simpanan teman lelakinya.
Setelah berterus-terang dengan Momo, barulah dia sedar yang teman lelakinya curang dan putuskan hubungan serta-merta. Cha Mu-hee berterima kasih dengan Ho-jin yang banyak membantu dia berbual dengan Momo kerana Ho-jin bekerja sebagai penterjemah bahasa. Sejak pertemuan tersebut, mereka tidak lagi berhubung dan Cha Mu-hee pula ditimpa kemalangan akibat jatuh dari tingkat atas ketika melakukan penggambaran dalam filem zombie.
Tanpa disangka, filemnya menjadi popular dan mendapat pujian ramai ketika dia masih lagi terlantar di hospital. Sebaik saja sedar, Joo Ho-jin mengambil tugas sebagai penterjemah untuk bertemu dengan Cha Mu-hee. Pertemuan kedua buatkan Mu-hee mula suka dengan Ho-jin walaupun lelaki tersebut menyimpan perasaan pada Ji-sun, teman baiknya ketika belajar. Sekali lagi Mu-hee dan Ho-jin bawa haluan masing-masing.
Takdir pertemukan mereka berdua dalam rancangan realiti romantik berjudul Romantic Trip di mana Cha Mu-hee bergandingan bersama pelakon terkenal Jepun, Hiro Kurosawa (Sota Fukushi) mengembara di benua Eropah. Perbualan mereka diterjemah oleh Joo Ho-jin yang berkerja di belakang tabir. Sepanjang pengembaraan tersebut bermulalah kisah cinta tiga segi antara Cha Mu-hee, Joo Ho-jin dan Hiro.
Selepas drama Alchemy of Seoul (2023) popular di Netflix, 3 tahun kemudiannya Netflix bekerjasama dengan Hong Sisters untuk naskhah romantik komedi berjudul Can This Love Be Translated? arahan Yoo Young-eun. Uniknya, drama Can This Love Be Translated? menggabungkan elemen romcom dan psikologi yang lebih santai di mana Cha Mu-hee mengalami gangguan personaliti gara-gara trauma yang dialami.
Cha Mu-hee sering bertemu dengan Do Ra Mi, watak zombie yang menakutkan dalam filem yang melonjakkan namanya sebagai pelakon wanita popular di Korea. Awalnya Mu-hee sangka Do Ra Mi wujud kerana dia penat dan stress gara-gara kerja tapi semakin lama personaliti tersebut semakin agresif sehingga dia hilang kawalan.
Lakonan Go Youn-jung sebagai Cha Mu-hee dan Do Ra Mi dipaparkan dengan cemerlang walaupun mempunyai personaliti yang hampir sama tapi ada perbezaannya. Chemistry Go Youn-jung dan Kim Seon-ho mencorakkan lagi naskhah romantik Can This Love Be Translated? lantas terlihat menarik hingga ke hujung drama.
Awalnya ingatkan ada konflik kisah cinta tiga segi yang kuat tapi watak Hiro agak pasif dan jadi pemerhati untuk perjalanan kisah cinta Cha Mu-hee dan Joo Ho-jin. Mungkin sebab tu kot drama Can This Love Be Translated? ada 12 episod sahaja. Nasib baik juga Netflix release semua episod sekaligus, dapat lah marathon dalam masa singkat.
Pace penceritaan Can This Love Be Translated? bergerak sederhana, di awal drama bergerak pantas dengan keletah Cha Mu-hee yang menghiburkan sementara hujung drama mula mendatar bila pasangan ni main tarik tali. Uniknya drama Can This Love Be Translated? mempunyai jalan cerita non-linear di mana latar masa bersilih ganti buatkan naskhah yang biasa mencuri tumpuan untuk tetap fokus hingga ke hujung cerita.
Selain Cha Mu-hee dan Hoo-jin, second couple pun comel juga walaupun ada age gap yang ketara. Sayang lah sebab kisah second couple tak dapat banyak ruang tapi setiap kali fokus beralih pada second couple, rasa tenang dan awwdorable sebab everything fits perfectly untuk dua watak ni.
Sinematografi dari Keeha Choi dan Kim Young-jin menggunakan keindahan landskap semulajadi di Kanada, terutamanya di Banff di mana wujudnya aurora dan panorama memukau di Lake Louise. Penggambaran di Itali not bad juga lah tapi kebanyakan masanya mereka shoot dalam bangunan. Babak di ladang wain tu teringat pula babak dalam drama Vincenzo (2021). Suka dengan rumah pusaka milik keluarga Ho-jin, maximalist tapi kemas dan rapi. Ada aesthetic yang tersendiri.
Seronok tengok wardrobe Go Youn-jung dalam drama Can This Love Be Translated? sebab watak dia sebagai selebriti jadi ada banyak pakaian yang cantik, feminin dan elegan. Sebelum ni kebanyakan watak dia pakai baju yang sama macam Naksu dalam Alchemy of Souls, Moving atau Resident Playbook.
Walaupun penceritaan Can This Love Be Translated? menarik dan cerita dikembangkan dengan baik, ada beberapa babak yang sukar difahami. Tak pasti sama ada kesilapan pada penterjemah sarikata di Netflix ataupun memang Cha Mu-hee bercakap dalam bahasa yang pelik. Kalau ikut pada cerita ni, memang personaliti Cha Mu-hee lah tapi mengganggu juga lah dekat situ. Ulang banyak kali pun tak faham apa dia cuba sampaikan.
Konflik antara Cha Mu-hee dengan pak cik dan mak cik dia pun macam unnecessary sebab tak faham kenapa dua watak ni benci dengan Mu-hee. Walaupun orang tua dia terlibat dalam kemalangan, bukan Cha Mu-hee puncanya. Of course, kewujudan dia jadi modal peras ugut tapi bukan atas kehendak Cha Mu-hee pun. Nasib baik lah lepas dia keluar dari rumah tu dia boleh berdikari sampai jadi terkenal.
But anyway, it’s a happy ending story. Can’t stop smiling watching them both 💘💗
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.