Showing posts with label drama Korea. Show all posts
Showing posts with label drama Korea. Show all posts

Drama Review | Notes from the Last Row (2026)

Saturday, 4 July 2026

 

Pengarah: Kim Kyu-tae 
Penulis Skrip: Jang Myung-woo
Pelakon: Choi Min-sik, Choi Hyun-wook, Huh Joon-ho, Yunjin Kim, Jin Kyung.
Syarikat Produksi: Kakao Entertainment, GTist 
Penyiaran: Netflix
Genre: Psikologi / Drama
Jumlah Episod: 6 Episod (55 – 70 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2026 
Trailer: 


Drama terbaru tayangan Netflix yang diadaptasikan dari teater Sepanyol berjudul El chico de la última fila arahan Juan Mayorga, Notes from the Last Row mengisahkan tentang pensyarah universiti bernama Prof Heo Mun-oh (Choi Min-sik) yang tertarik dengan esei dihasilkan oleh pelajarnya, Lee Kang (Choi Hyun-wook)

Semua tugasan esei yang dihantar pada hujung kelas hanya boleh dibaca oleh pensyarah dan kebanyakannya esei mengarut atau disalin semula dari mana-mana sumber. Namun esei milik Lee Kang diambil dari kisahnya sendiri yang berkawan rapat dengan pelajar Korean Literature iaitu Kim Se-yun (Lee Jin-woo). 


Semua yang diceritakan Lee Kang buatkan Prof Heo tertarik untuk membaca sehingga Lee Kang mula melanggar garis moral dengan tertarik pada ibu Se-yun. Prof Heo jelaskan ada perbezaan antara mengintip dan mengintai dengan niat seksual. Perbualan mereka berdua semakin lama membuka pada banyak lagi rahsia gelap yang berlaku di rumah tersebut. 

Prof Heo mempunyai niat untuk mendapat kredit sekiranya Lee Kang debut sebagai penulis sekaligus meletakkan dia sama tinggi dengan musuhnya, Kim Su-hun (Huh Joon-ho) yang juga seorang penulis. Sejarah mereka berdua bermula sejak zaman kolej hingga lah karier sebagai penulis novel menentukan tempat mereka secara berbeza. 


Dari awal lagi pengarah fokus pada kehidupan malang Prof Heo sehinggakan ada pelajar yang point out insecurities bila dapat markah rendah. Dengan mudahnya kita kenal dan connect dengan watak Prof Heo. Jadi bila dia bertemu dengan Lee Kang yang suka duduk di bahagian belakang kelas dan juga mempunyai tahap literasi yang tinggi, kita pun boleh rasa teruja dengan perubahan baru yang dia alami. 

Esei Lee Kang mempunyai cerita yang biasa tapi diceritakan dalam gaya penulisan yang menarik. Bunga bahasa dia cantik dengan metafora yang digunakan untuk satu babak yang biasa dalam kehidupan seharian kita. Bila cerita bergerak, makin banyak plot yang berkembang dan kemunculan misteri yang minta disiasat.


Sayangnya bila masuk ke Episod 4, penceritaan dia mula berubah kepada drama tipikal Korea dan logik mula hilang. Dekat situ kita dah nampak yang Prof Heo dah bertukar obses dan cemburu dengan kehidupan Kim Su-hun, noktah. Segala apa yang berlaku dalam hidup dia memang kerana pilihan dia sendiri dan dikuatkan dengan cerita Lee Kang pada episod 6. 3 episod awal dia cuba terangkan pada Lee Kang tentang garis moral tapi masuk episod 4 hingga 6, dia sendiri yang hilang moral. Itu antara kekuatan drama Notes from the Last Row. 

Tak faham kenapa isteri dia, Jo Hyeon-suk (Jin Kyung) boleh bertahan selama 13 tahun tanpa cinta. Mungkin kalau dia kahwin dengan orang lain, hidup dia lagi bahagia. Pedih betul tengok dia terbaring dekat hospital dan dengar perbualan suami isteri dekat katil sebelah. Perbualan tu biasa je tapi perbualan tu yang dia nak untuk situasi dia pada masa tu. 


Lakonan Choi Min-sik menghidupkan personaliti Prof Heo yang semakin lama semakin obsess dengan cara untuk menjatuhkan Kim Su-hun. Dekat episod-episod awal nampak watak Kim Su-hun sebagai watak antagonis tapi drama ni dari perspektif Prof Heo yang tersakiti. Tak hairan lah kalau banyak watak yang diceritakan secara negatif kecuali Eun-joo. Mimik muka dia tersangatlah mainkan peranan tambah kalau dia menyampah dengan Kim Su-hun. 

Selepas Weak Hero (2022) dan Twinkling Watermelon (2023), drama Noted from the Last Row menguatkan lagi filemografi Choi Hyun-wook sebagai pelakon muda di Korea. Drama dia ada keunikan dan watak dia juga padu lantas meninggalkan impak. Dalam drama arahan Kim Kyu-tae ni watak Lee Kang mempuanyai dua sisi yang berbeza dan Choi Hyun-wook pamerkan keduanya dengan bersahaja. 


Selain dua pelakon utama, Lee Jin-woo sebagai Se-yun juga ada potensi walaupun ruang dia terhad. Notes from the Last Row adalah drama ketiga setelah debut sebagai pelakon. Sebelum ni Jin-woo aktif sebagai idol dalam group GHOST9. Pernah beberapa kali dengar lagu GHOST9 tapi tak kenal personally semua member. Hopefully lepas ni dia dapat lebih banyak offer. Sama juga dengan Han Ji-eun sebagai Seon Min-hui. 


Sinematografi dari Park Jang-hyuk dan Jung Sang-bum menguatkan screenplay dengan mencipta visual yang menarik pada beberapa babak. Banyak penggunaan close-up shot digunakan untuk menjelaskan emosi dan motif setiap watak yang dimasukkan. Penggunaan latar tempat seperti perpustakaan dan ruang kecil meningkatkan lagi saspens dan ketegangan yang wujud dalam drama. 

Notes from the Last Row mungkin bukan pilihan ramai sebab pace dia agak perlahan dan banyak perbualan antara watak utama tapi untuk genre misteri dan drama, perkembangan dan pendedahan yang dimasukkan terlihat menarik untuk ditonton. Vibe dia lebih kurang sama dengan filem Andhadhun (2018), apa yang benar adalah apa yang dilihat oleh watak utama sendiri. 

Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.2/10

Drama Review | Bloodhounds (2026)

Sunday, 17 May 2026


Pengarah: Kim Joo-hwan
Penulis Skrip: Jung Chan (webcomic), Kim Joo-hwan
Pelakon: Woo Do-hwan, Lee Sang-yi, Park Sung-woong, Huh Joon-ho, Rain
Syarikat Produksi:  Studio N, Seed Film, Seven O Six
Penyiaran: Netflix
Genre: Aksi / Drama / Jenayah / Thriller
Jumlah Episod: 7 Episod (49–75 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 03 April 2026
Trailer: 


Selepas menumpaskan Kim Myeong-gil, si lintah darat dalam Bloodhounds 1 (2023), Kim Gun-woo (Woo Do-hwan) dan Hong Woo-jin (Lee Sang-yi) menceburkan diri dalam sukan tinju professional. Gun-woo menjadi peninju sementara Woo-jin bertindak sebagai jurulatih. 

Kehebatan Gun-woo diintai oleh Im Baek-jung (Rain) yang mempunyai gelanggang haram bernama IKFC di mana semua peninju antarabangsa beradu tenaga hingga kalah atau mati. Setiap perlawanan mendapat taruhan secara atas talian dari 4 billion penonton. IKFC beroperasi di dark web dan dijaga oleh Allen (Lee Myeong-ro). 


Pelbagai cara digunakan oleh Lee Man-bae (Lee Si-un) dan Yun Tae-geom (Chansung) untuk mengumpan Gun-woo supaya bertanding dengan Im Baek-jung tapi semuanya gagal. Mr. Moon (Park Hoon) dan Sun-bo (Hwang Dae-ki) dari Dream On Capital bekerjasama dengan pihak polis untuk membantu menjaga keluarga Gun-woo. 

Namun Gun-woo akhirnya bersetuju setelah Im Baek-jung mengugut untuk kerat tangan Woo-jin dan bunuh ibu dia, Yoon So-yeon (Yun Yoo-sun). 


Penceritaan naskhah Bloodhounds untuk musim kedua arahan dan penulisan Kim Joo-hwan jauh berbeza dengan musim pertama di mana watak utama Gun-woo dan Woo-jin lebih serius dan matang. Kalau musim pertama kedua-duanya masih baru kenal dunia dan kelakar, kali ni kedua-duanya cengeng. 


Boleh kata setiap episod ada babak Gun-woo menangis kecuali Episod 7 sebab dia bagi laluan kepada Woo-jin menangis lebih banyak. Nak kata tak suka, tak lah juga tapi kenapa sampai hilang terus personaliti Gun-woo dengan Woo-jin kalau pun Bloodhounds berubah genre kepada drama?


Kalau sebelum ni ada banyak babak fighting antara Gun-woo dengan Woo-jin tapi dalam musim kedua watak Woo-jin kena tone down teruk. Awal lagi dah injured dan bagi screentime kepada Gun-woo untuk lawan Kang In-beom (Tae Won-seock) dan Im Baek-jung. 

Geram lah juga dua kali Woo-jin cedera teruk, first dekat kontena kemudian dekat hotel. Merepek sangat Woo-jin tertunggu Gun-woo datang selamatkan sedangkan dia pun watak yang kuat dalam musim pertama. Dekat musim lepas Woo-jin boleh lawan 30 orang tanpa proper training tapi musim ni bergabung tenaga dengan Mr. Moon pun boleh hancur tangan dia. Dalam musim ni dah jadi macam watak sampingan. Banyak kali pulak tu Woo-jin dan Gun-woo berpecah. 


Dalam musim ni ada banyak sangat watak sampingan tapi screentime terhad macam Lee Woo-jeong (Cha Ji-hyuk), Myeong-hwan (Jo Hyun-jae), Lee Du-yeong (Ryu Soo-young) dan ramai lagi. Dah excited bila nampak Dex muncul dekat Episod 6 tapi lahhhh screentime dia sikit sangat, watak pun lemah. Dia special force in real life tapi dalam Bloodhounds nampak terpaling innocent bila share screentime dengan pelakon yang lain. Chansung lagi scary dari Dex padahal tugas masing-masing lebih kurang sama. 


Patutnya watak ejen khas NIS ni muncul dekat end credit bukan dekat pertengahan cerita sebab kita jadi tertunggu-tunggu apa tugas mereka ni sedangkan pihak lain dah bergerak untuk babak klimaks. Sama juga dengan Kang In-beom yang dikeluarkan dari penjara pada Episod 2 tapi tak function langsung sampai lah Episod 7. Peram buat apa? 

Disebabkan terlampau banyak watak sampingan dari pelbagai pihak, plot utama terasa longgar dan singkat. Cara pihak polis selesaikan masalah pun macam lemah sangat, macam babak soal siasat Sun-bo (Kang Min-ah). Macam tak percaya polis beria sangat sopan dengan penjenayah. Hotel penuh dengan SWAT dah meletup tapi kes masih lagi di tangan orang yang sama? 


Mungkin sebab nak tonjolkan pihak NIS yang diterajui oleh Hong Min-beom (Choi Si-won). And yes, of course siri Bloodhounds akan ada musim ketiga sebab NIS jumpa senjata baru dan Gun-woo dengan Woo-jin ada misi untuk jatuhkan Bloodhounds. 


Dan kalau musim ketiga keluar pun I tetap akan layan sebab kekuatan dinamik juga chemistry Sang-yi dan Do-hwan yang menjadi kekuatan utama Bloodhounds. Musim kedua mereka berdua makin kuat dan jumpa strategi baru dari jurulatih peninju professional. Babak dengan Coach Heo (Kang Shin-il) tu sekejap sangat tapi ada banyak ilmu yang dia curahkan. 


Walaupun action stunt datang dari pelbagai watak tapi tetap menarik untuk ditonton sepanjang 7 episod. Babak boxing dan hand combat diperbanyakkan lagi dalam musim kedua. Selain Gun-woo, rentak dan tempo Im Baek-jung bertinju pun menakutkan sebab dia laju bergerak. Sekejap sangat pihak lawan boleh tumbang walaupun fizikal lebih besar. Dan ilmu ni juga dipelajari oleh Gun-woo dan Woo-jin. Sebab tu tak sabar nak tengok musim ketiga. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.5 = 6/10

Drama Review | If Wishes Could Kill (2026)

Saturday, 25 April 2026

 

Pengarah: Park Joong-seop
Penulis Skrip: Park Joong-seop
Pelakon: Jeon So-young, Kang Mi-na, Baek Sun-ho, Hyun Woo-seok, Lee Hyo-je 
Syarikat Produksi: CJ ENM Studios, Kairos Makers 
Penyiaran: Netflix
Genre: Seram / Misteri 
Jumlah Episod: 8 Episod (36-52 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 24 April 2026
Trailer: 


Berlatarkan sekolah Menengah Seorin, pelakar lelaki bernama Choi Hyeong-wook (Lee Hyo-je) memperkenalkan applikasi Girigo kepada rakan-rakannya kerana dia berjaya mendapat markah tinggi untuk subjek Matematik. Se-ah (Jeon So-young), Lim Na-ri (Kang Mi-na), Kang Ha-joon (Hyun Woo-seok) dan Kim Geon-woo (Baek Sun-ho) berasa hairan dengan kejutan tersebut kerana Hyeong-wook lemah dalam subjek Matematik dan sering tertekan akibat dimarahi oleh ibunya. 


‘Ini aplikasi yang tunaikan hajat. Tekan butang rakam, tulis nama dan tarikh lahir pada kertas dulu. Setelah tulis nama dan tarikh lahir pada kertas, tunjuk kertas itu pada kamera dan tekan butang rakam. Sebut hajat dengan bersungguh-sungguh. Sebaik saja dah sebut hajat, tekan hantar. Itu saja.’ - Choi Hyeong-wook


Namun apa yang Hyeong-wook tak tahu, sebaik saja hajatnya ditunaikan applikasi Girigo menunjukkan timer selama 24 jam di mana dia akan mati sebaik saja masa berhenti. Hyeong-wook mendapat panggilan telefon dari Se-ah yang berbual tentang perkara buruk bersama rakan-rakan yang lain. Tertekan dengan situasi tersebut, satu kelas dikejutkan dengan perbuatan Hyeong-wook mengelar dirinya di hadapan semua orang terutamanya Se-ah. 

Bukan saja Hyeong-wook yang buat hajat dengan Girigo, malah Geon-woo juga baru sahaja minta ditunaikan hajatnya. Geon-woo mula mengalami gangguan dan Se-ah mula mengenalpasti pattern dan cuba menyiasat sumpahan di sebalik Girigo dibantu oleh Kang Ha-joon. 


Drama terbaru tayangan eksklusif Netflix, If Wishes Could Kill membawakan tema dukun dan sumpahan yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Awalnya skeptikal bila tengok babak Do Hye-ryung (Kim Si-a) buat hajat sebab dah syak drama ni berkisar tentang buli. Dah mula bosan lah dengan tema yang sama rupanya tak. Lebih terarah pada dendam.  


Kekuatan drama If Wishes Could Kill terletak pada sutrada Park Joong-seop di mana penceritaan bersifat non-linear dan bersilih ganti dengan alam ghaib. Seronok tengok Kang Ha-young atau Haetsal (Jeon So-nee) jalankan tugas sebagai dukun yang selamatkan Se-ah dan rakan-rakan dia dari sumpahan Girigo. 


Dalam drama If Wishes Could Kill ada dua jenis dukun, Haetsal bersama Bang-ul (Roh Jae-won) yang mengamalkan kehidupan spiritual tenang dan mempunyai vibe ala Jepun. Satu lagi dukun konservatif yang lebih seram dan mengerikan dengan alatan pemujaan menggunakan darah. Bila tengok Haetsal dengan Bang-ul, teringat filem Exhuma (2024) bila pasangan dukun lebih stylish dan moden. Mungkin propaganda generasi millennial untuk tarik generasi baru menjadi pelapis untuk bidang dukun?  


Masa tengok Kang Ha-young rasa familiar sangat dengan dia tapi tak cam siapa. Bila tengok filmography dia baru ingat yang dia berlakon dalam Melo Movie (2025). Watak dia antara watak yang impactful dalam drama tu. 


Happy bila nampak lakonan dia sebagai dukun, tak mendominasi screentime tapi tetap meninggalkan impak sebagai Haetsal. Ada masalah pun dia tetap tenang selesaikan. Chemistry dia dengan Roh Jae-won yang kuatkan lagi dinamik dukun dan pembantu sepanjang ritual berjalan. Tak hairan lah Ha-young selesa tinggal jauh dari orang sebab Bang-ul memang function teruk. 


Editor pun banyak mainkan peranan untuk jadikan naskhah If Wishes Could Kill sebagai sebuah drama seram yang menarik. Konon nak layan 1 episod sahaja, tahu-tahu dah Episod 8 sebab cliffhanger dia buatkan kita penasaran. Memandangkan drama ni bergenre seram, jumpscares memang banyak. Dah tahu akan terkejut tapi tetap terkejut sebab BGM dia menakutkan. 


Transition antara genre atau elemen-elemen yang dimasukkan pun smooth jadi kita tak rasa terganggu masa menonton. Tak ada pun babak yang rasa melebih-lebih walaupun ada elemen komedi dari Kang Ha-joon dengan Bang-ul. Comic timing Roh Jae-won menjadi even expression muka dia boleh buat I berdekah. Kelakar bila editor masukkan flashbacks untuk sokong statement dia dekat ending. 

I really have fun watching If Wishes Could Kill walaupun kebanyakan masanya geram dengan watak-watak remaja sebab buat sesuatu tanpa berfikir panjang macam Na-ri atau Geon-woo tapi boleh faham lah juga, siapa yang nak percaya ada applikasi tunaikan hajat kemudian bunuh orang. Nak pula remaja terkenal dengan darah panas. Kawan tak ajak lepak sama-sama pun dah boleh buat hajat supaya kawan dia mati. 


Tengok pada ending, ada kemungkinan drama If Wishes Could Kill akan ada musim kedua tapi kalau tak ada pun, mesej sosial dia tetap meninggalkan impak. Kalau waktu hidup tu hati dah hita, sebelum mati pun sempat nak buat jahat dengan orang. Kalau hati baik macam Se-ah atau Kang Ha-young, masa yang ada digunakan untuk tolong orang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Typhoon Family (2025)

Friday, 24 April 2026


Pengarah: Lee Na-jeong, Kim Dong-hwi
Penulis Skrip: Jang Hyun-sook
Pelakon: Lee Jun-ho, Kim Min-ha
Syarikat Produksi: Studio Dragon, Imaginus, Studio PIC, Tree Studio
Penyiaran: tvN, Netflix
Genre: Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (70-80 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2025 – 30 November 2025
Trailer:


Dah lama tak layan drama Korea bertemakan perniagaan, bila cari drama menarik tahun 2025, ternampak drama Typhoon Family dalam senarai. Drama ni dicipta dan diterbitkan oleh Studio Dragon pula tu, terus jadi semangat nak tengok.

Typhoon Family mengisahkan tentang Kang Tae-poong (Lee Jun-ho) yang terpaksa menggantikan tempat bapanya, Kang Jin-young (Sung Dong-il) sebagai CEO Typhoon Trading ketika krisis IMF pada tahun 1997. Sebelum ni Tae-poong tak pernah berminat pun dengan perniagaan atau urusan kerja bapanya sebab dunia dia lebih terarah pada bunga.

Tae-poong memiliki taman kecil untuk dia menanam bunga dan mencipta pelbagai jenis benih bunga baru yang cantik. Setiap kali masuk musim bunga, Tae-poong akan bawa pulang bunga untuk dihias dalam rumah. Dia juga berminat dengan fesyen dan memiliki pakaian berjenama seeprti ibunya, Jeong Jeong-mi (Kim Ji-young).

Kerana mempunyai liabiliti yang tinggi, Kang Jin-young terkena serangan jantung lalu meninggal dunia. Setelah upacara berkabung, creditor mula minta jelaskan hutang tertunggak namun kesemua aset yang dimilik oleh keluarga Tae-poong dah disita. Pekerja Typhoon Trading sarankan supaya Tae-poong isi borang untuk tutup syarikat dan hantar kepada pejabat cukai tapi dia menolak idea tersebut.

Dia yakin syarikat milik ayahnya boleh diselamatkan dan minta tunjuk ajar dari Oh Mi-seon (Kim Min-ha) berkenaan selok-belok bidang trading. Dari hampir bankrap, Typhoon Trading kembali beroperasi semula namun Pyo Merchant Trading sentiasa menganggu usaha Tae-poong hingga dia hampir putus asa.

Naskhah drama Typhoon Family arahan Lee Na-jeong dan Kim Dong-hwi menggunakan latar masa krisis kewangan terbesar yang pernah berlaku di Korea Selatan. Sepanjang drama ni boleh nampak macam mana syarikat dekat Korea Selatan dengan mudahnya diisytiharkan bankrap. Babak rumah Tae-poong kena serbu dengan pembeli masa lelong tu memang menyedihkan lah sebab sekelip mata boleh berubah status. Rakus pula tu masuk rumah orang berebut nak ambil barang. Ada rasa seram juga sebab situasi macam ni ke akan jadi bila negara kita alami krisis nanti?

Semua emas yang ada kena pajak untuk dapat duit nak teruskan hidup. Dari tinggal dalam rumah yang selesa, kena tinggal dalam bilik kayu. Nasib baik Tae-poong dengan ibu dia jenis senang nak adapt dengan kehidupan baru. Awalnya Jeong-mi tak pandai buat kerja tapi ada usaha nak belajar, sama macam anak tunggal dia. Kena marah pun tak kisah asalkan dapat belajar sampai boleh buat sendiri.

Berbeza lah dengan watak Kim Eul-nyeo (Park Sung-yeon), ibu kepada Wang Nam-mo (Kim Min-seok). Dah lah tambah beban dekat keluarga bila join MLM lepastu duit lesap. Ada hati pulak nak judge girlfriend anak dia sebab miskin padahal Oh Mi-ho (Kwon Han-sol) tak buat masalah pun.

Dekat bahagian awal drama Typhoon Family ni seronok lah layan perjalanan Tae-poong dan pekerja lain mengharungi musibah IMF tapi bila masuk plot pergi outstation dekat Thailand tu dah mula menyampah sebab drama yang melebih-lebih. Masalah yang dihadapi oleh Tae-poong pun dari warga Pyo Merchant Trading dan bukan factor lain sangat pun.

Masuk 3 episod hujung tu pengarah dah kuatkan balik elemen komedi dan semangat kerjasama dari setiap watak. Boleh jadi drama ni berbeza vibe dan tone disebabkan ada dua pengarah. Seorang suka vibe drama sendu sebabak, yang seorang lagi more to happy tone. I ambil masa yang lama untuk habiskan drama Typhoon Family sebab chemistry Lee Jun-ho dan Kim Min-ha lemah sangat sebagai main couple.

Tengok review lain ramai je yang suka drama ni sebab watak Tae-poong sejenis yang main redah tapi watak dia buat I anxious mungkin sebab MBTI berbeza. I lebih suka alternatif yang teratur dan sistematik so bila tengok cara Tae-poong buat kerja memang rasa tak senang duduk.

Lagi satu I emosi bila tak ada watak yang buat salah dengan Tae-poong ni minta maaf. Baik arwah ayah dia, Cha Seon-taek (Kim Jae-hwa) atau watak-watak lain. Maybe it’s an Asian thing tapi I tak suka cara penulis brush it off like it’s nothing sedangkan Tae-poong tunggu semua watak ni minta maaf. Terutamanya watak Seon-taek, dia sanggup mengamuk dari minta maaf. Merepek sangat.

Nasib baik lah Tae-poong ni dikelilingi oleh support system yang kuat macam ibu dia, Nam-mo dan Oh Mi-seon. Kalau tiga watak ni tak wujud, mungkin Tae-poong dah ada dekat atas bumbung bangunan tunggu masa nak terjun.

Dalam Typhoon Family ada mention pasal Malaysia sebab ada trading untuk sarung tangan getah dan negara kita pengeksport utama. Ingatkan team Typhoon Trading nak pergi ke Malaysia macam diorang pergi ke Thailand rupanya dia buat satu babak dalam kilang je. Lepastu watak Bae Song-jung (Lee Sang-jin) cakap ‘Saya kembali!’ dalam babak lainnya. Emo lah sikit sebab diorang dah spend dalam 2 episod dekat Thailand siap ada Davikah lagi so I tolak rating dekat sini.

Rasanya Studio Dragon dah boleh kembalikan format asal setiap episod dekat Netflix. Bila drag sampai 80 minit, Episod 15 dan 16 dah mula flashback banyak sangat dan drag mana-mana babak untuk penuhi kuota masa tu.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Drama Review | Boyfriend on Demand (2026)

Sunday, 8 March 2026

Pengarah: Kim Jung-sik
Penulis Skrip: Namgung Do-young
Pelakon: Jisoo, Seo In-guk, Gong Min-jeung, Yoo Seon-ho, Ha Young, Seo Kang-joon, Lee Soo-hyuk, Lee Hyun-wook, Lee Jae-wook, Kim Sung-cheol, Lee Sang-yi, Ong Seong-wu, Kim Young-dae, Jay Park, Yoo In-na, Siwon
Syarikat Produksi:  WhyNot Media, Baram Pictures, Kakao Entertainment
Penyiaran: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 10 Episod (50-68 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 06 Mac 2026
Trailer: 

Seo Mi-rae (Jisoo) bekerja sebagai produser untuk beberapa penulis webkomik di bawah syarikat penerbitan Naemoo. Dia sentiasa bersaing dengan Park Kyeong-nam (Seo In-guk) sebagai produser terbaik di Naemoo kerana karya penulis yang bekerja dengannya sentiasa mendapat pujian dan masuk dalam carta webkomik. Mi-rae tidak selesa dengan Kyeong-nam yang dingin dan skema. 

Satu hari, Encik Hwang (Jo Han-chul) tugaskan Mi-rae untuk menjadi produser kepada penulis terkenal, Yun song (Gong Min-jung). Serta-merta trauma dia muncul kembali kerana dia mengalami pengalaman yang buruk ketika bekerja dengan Yun Song untuk webkomik The Man To Know. Walaupun webkomik tersebut popular namun kerana komitmen terhadap Yun Song menjadi punca dia berpisah dengan bekas teman lelakinya, Kim Se-jun (Kim Sung-cheol).


Mahu atau tidak, Mi-rae terpaksa menerima tugasan tersebut lalu dia mendapat tawaran untuk mencuba Boyfriend on Demand selama sebulan secara percuma. Mi-rae menjadi yang terawal untuk mencuba aplikasi tersebut kerana dia merupakan produser webkomik The Man to Know yang popular kerana kekacakan watak utama, Choi Si-woo (Lee Soo-hyuk). Mi-rae dapat bertemu Choi Si-woo dalam dunia VR selama 50 jam. 


Kerana Boyfrind on Demand, kerja Mi-rae semakin produktif kerana dia mula faham kehendak Yun Song dan mendapat idea untuk fantasi cinta yang diperlukan oleh pembaca. Di dunia Moon City, Mi-rae bertemu dengan Seo Eun-ho (Seo Kang-joon) yang mirip personalitinya dengan Kim Se-jun. Dalam masa yang sama, Park Kyeong-nam luahkan perasaan suka terhadap Mi-rae. 

Dari awal tahun dah teruja nak tengok Boyfriend on Demand sebab pertama kali Seo In-guk digandingkan bersama Jisoo. Both are my fav actors untuk K-drama. Lagi satu sebab dalam drama Boyfriend on Demand ada banyak cameo handsome macam Lee Soo-hyuk dan Lee Jae-wook. 


Dari episod awal lagi dah terhibur dengan kerenah Mi-rae sebab apa yang digambarkan adalah tepat untuk kehidupan wanita bujang dan bekerjaya. 9 jam bekerja, 8 jam tidur, 2 jam atas jalanraya untuk pergi dan balik ke pejabat dan 5 jam lagi untuk masa rehat. Itupun kalau kerja 9 jam, kalau kena stay dekat office sampai malam? Dah tinggal berapa jam je untuk rehat. 


Nak kata watak Mi-rae ringan sangat pun tak juga sebab dia ada beberapa lapisan emosi yang dipaparkan sepanjang 10 episod. Dia adalah contoh wanita yang trauma dengan cinta lama sampai tak berani nak ambil risiko bercinta dengan orang baru. 

Sebab tu Mi-rae lebih selesa berjumpa dengan Gu Yeong-il daripada terima cinta Park Kyeong-nam. Episod Mi-rae terluka dengan Kim Se-jun dan terkesan dengan Eun-ho tu beremosi lah jugak. Tapi cepat-cepat penulis masukkan balik elemen romantik dan komedi dalam dunia virtual Boyfriend on Demand. 


Chemistry antara Jisoo dengan Seo In-guk menarik perhatian sebagai pasangan utama walaupun dekat episod-episod awal kedua-duanya tampak canggung. Tapi itupun sebab watak mereka berdua yang memerlukan situasi jadi macam tu. Bila mereka berdua semakin rapat, dah hilang rasa canggung dan mula nampak comel. Seronok cuci mata tengok Gu Yeong-il sebab handsome teruk, kena sangat rambut merah dan hairstyle tu. Stylish pulak tu. Whoever come up with this idea deserved a bonus!


Yang tak disangka bila chemistry Jisoo dengan Seo Kang-joon meninggalkan kesan mendalam sampai rasa berdebar masa Mi-rae bertemu kembali dengan Eun-ho setelah 10 tahun dalam dunia virtual. Setiap kali babak mereka berdua muncul, setiap kali tu juga lah tersengih macam kerang busuk. Nasib baik bukan Eun-ho yang menjadi pesaing Kyeong-nam, kalau tak memang susah nak tahu siapa yang akan jadi end game. 


Dunia Boyfriend on Demand selayaknya dibikin indah seperti dunia fantasi dan tugas tersebut digalas sebaiknya oleh Park Sung-yong dan Park Im-hwan. Banyak juga babak bergantung dengan CGI dan VFX untuk menghidupkan dunia Boyfriend on Demand. Ada babak nampak lemah macam babak Mi-rae selamatkan Choi Si-woo dalam laut atau babak pertama kali Gu Yeong-il bertemu Mi-rae. 

Seronok tengok wardrobe Mi-rae dalam drama Boyfriend on Demand sebab ada banyak koleksi outfit yang cantik. Kalau jadi Mi-rae pun memang susah nak keluar dari dunia VR sebab dekat dunia nyata nak beli satu outfit cantik pun kena lebur beratus. 


Sayang lah drama Boyfriend on Demand ni tak ada music album yang sweet atau memorable. Tak faham kenapa production tak guna lagu Jisoo dari album Amortage sebab lagu dekat dalam tu semuanya best. Kena sangat kalau guna lagu Your Love untuk babak romantik Mi-rae dengan Kyeong Nam. 

Drama Boyfriend on Demand ni tak sentuh secara mendalam pun bab penggunaan teknologi dalam menghilangkan kesunyian para wanita tapi tengok cara Mi-rae have fun dekat dunia tu pun dah boleh nampak yang perempuan nak life partner yang gentleman, romantik dan thoughtful. 


Drama ni secara tak langsung dah naikkan basic standard untuk bercinta justeru timbulkan persoalan macam mana lelaki di dunia nyata nak compete dengan Boyfriend on Demand? Sooner or later, applikasi ni akan wujud but for now, penulis lebih selesa biarkan Mi-rae memilih Kyeong-Nam dari Gu Yeong-il.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Drama Review | Resident Playbook (2025)

Sunday, 15 February 2026


Pengarah: Lee Min-soo
Penulis Skrip: Kim Song-hee
Pelakon: Go Youn-jung, Shin Si-ah, Kang You-seok, Han Ye-ji, Jung Joon-won
Syarikat Produksi: Eggiscoming
Penyiaran: tvN, Netflix
Genre: Medik / Komedi / Drama
Jumlah Episod: 12 Episod (70-90 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 12 April 2025 – 18 Mei 2025
Trailer:


Naskhah spin-off franchise Hospital Playlist (2020) yang popular di Netflix membawakan kehidupan first year residents jabatan OB-GYN di Yulje Medical Center. Kisah bermula dengan watak Oh Yi-young (Go Youn-jung) yang terpaksa bekerja di Yulje untuk melangsaikan hutang bank yang ditanggung. Kakaknya memujuk supaya bekerja selama setahun saja di sana. 

Di Yulje, Oh Yi-young bertemu dengan rakan setugas yang lain – Pyo Nam-kyung (Shin Si-ah) yang cekap dalam tugasan tapi boros, Um Jae-il (Kang You-seok) bekas idol yang bertukar profesion kepada doktor dan Kim Sa-bi (Han Ye-ji), si bijak pandai tapi kurang rasa empati. Mereka berempat dipantau oleh Dr. Ku Do-won (Jung Joon-won), doktor tahun kedua dan juga doktor-doktor tahun kedua yang lain. 

Nak bertahan untuk setahun bukan satu tempoh masa yang singkat, tambahan pula bila Oh Yi-young sentiasa ditugaskan untuk membantu Prof Seo (Lee Bong-ryun) yang digelar Witch di OB-GYN. Tak kurang juga dengan Kim Sa-bi yang sentiasa dimarahi oleh Prof Jo (Lee Hyun-kyun). 

Kalau dalam franchise Hospital Playlist, kesemua watak jalani hidup dengan pantas dan tenang sebab masing-masing dah berpengalaman dalam bidang tersendiri. Manakala dunia Resident Playbook agak kecoh dan huru-hara, tambahan pula kesemua watak utama adalah Gen Z. Penting sangat highlight generasi watak-watak utama sebab personaliti yang ditonjolkan tepat mengena.

I sebagai millennials boleh sahkan perangai watak-watak utama yang selalu lemau dan menolak setiap kali diberi peluang untuk tambah kemahiran baru. Dua kali I layan drama Resident Playbook sebab geram dengan Oh Yi-young walaupun Go Youn-joung antara my favourite actress di Korea. Overthinking, anxious, introvert dan banyak lagi traits semuanya boleh dijumpai dalam generasi baru.

It’s like watching my personal experience when dealing with new generations bila layan Resident Playbook tapi I tidak lah menekan-nekan. I jenis kalau kau taknak buat then it’s your loss lah, why bother why bother kan? 

But that’s only applies to me sebab realiti di Yulje Medical Center, agak sukar kalau first year residents tak berkemahiran. Macam mana nak jadi senior yang memantau pergerakan first year residents bila kesemua watak utama menginjak ke fasa baru? Kalau dekat awal drama, pengarah ceritakan kehidupan seharian first year residents, semakin drama bergerak, semakin banyak perkara yang mereka perlu uruskan. Bak kata Nam-kyung, bila dia dah mahir satu bab, dia perlu belajar bab baru pula jadi tak ada tempoh bertenang pun untuk para doktor. 

Drama Resident Playbook arahan Lee Min-soo tidak hanya fokus pada kehidupan doktor baru malah selitkan juga kisah peribadi mereka juga kehidupan warga Yulje termasuklah para pesakit yang dimasukkan di hospital tersebut. Dari kisah pesakit yang dijaga lah yang banyak membentuk dan mengajar watak-watak utama untuk jadi lebih matang dan kenal dunia. 


Antara sebab kenapa I suka dengan drama Resident Playbook bila pengarah masukkan soft skills dari para professor atau senior. Macam babak Prof Ryu Jae-hwi (Lee Chang-hoon) pujuk pesakit untuk buat pembedahan. Watak Kim Sa-bi rasa pendekatan macam tu tak perlu sebab dia expert in theory tapi itu cuma akan digunakan dalam ruang bedah. Dekat luar, bila bercakap dengan pesakit, ada ilmu lain yang dia perlu belajar. 

Dekat awal drama macam menyampah juga dengan Oh Yi-young sebab tak nak rapat sangat dengan Sa-bi, Jae-jil dan Nam-kyung sebab dia target nak kerja setahun saja dekat situ. Sebagai extrovert, personaliti Yi-young sangat tak digemari sebab kalau nak berhenti awal pun, tak ada masalah kan untuk berkawan? Nak makan sekali pun susah, apatah lagi nak spend time lepas waktu kerja. Dia duduk rumah pun bukannya tolong kakak dia kemas rumah. 

Bila dia dah mula rasa selesa dengan rakan sekerja baru rasa seronok tengok kehidupan dia sebagai doktor baru tapi bertukar bosan bila Yi-young jatuh cinta dengan Dr. Ku Do-won. Mainly due to their chemistry lah. Watak Oh Yi-young tu dah introvert, bercinta pula dengan lelaki yang introvert juga. Dua-dua pun muka lemau, I yang tengok pun jadi lemau. Nasib baik tak banyak sangat babak romantik mereka berdua. 

I boleh faham kenapa ramai yang tak berminat dengan drama Resident Playbook sebab vibe yang dibawakan agak lemau bila watak utama pun tak berminat bekerja sebagai doktor tapi nak buat macam mana, sesetengah Gen Z memang macam tu. Tapi ada babak yang beremosi dan memberi kesan mendalam macam babak Yeom Mi-so (Jo Hyun-jin). Boleh kata kebanyakan pesakit yang ditugaskan kepada Nam-kyung menghadirkan elemen drama yang kuat.  

Rasanya akan ada franchise juga so I tak sabar nak tengok progress second and third couple yang muncul sebagai kejutan di penghujung drama. Cameo dari watak-watak utama Hospital Playlist pun comel terutamanya Ik-joon (Jo Jung-suk) yang kelakar. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10