
ASTRO MENGHIDUPKAN REXKL DENGAN MALAM PENUH MISTERI BERSAMA KISAH BAWAH TANAH | Mengumumkan Part 2 siri ini, bersama kolaborasi istimewa dengan ALPHA dan pelbagai lagi kejutan
Kuala Lumpur, 4 Jun 2026 - Astro mengubah lokasi ikonik REXKL menjadi sebuah pengalaman dunia bawah tanah yang penuh misteri dan imersif selama satu malam istimewa apabila Kisah Bawah Tanah (KBT) menghimpunkan rakan media, peminat, rakan selebriti, pempengaruh dan para kolaborator dalam sebuah sambutan bagi meraikan salah satu francais animasi tempatan paling digemari di Malaysia.
Dipenuhi dengan visual menyeramkan, instalasi karakter berskala besar serta paparan LED imersif yang menghidupkan suasana dunia bawah tanah KBT, acara ini meraikan kejayaan fenomenal Kisah Bawah Tanah, siri animasi yang berjaya mencuri perhatian penonton menerusi gabungan elemen hantu, humor dan penceritaan penuh emosi yang diinspirasikan daripada cerita rakyat Asia Tenggara.
Malam penuh misteri itu dimulakan dengan sesi media eksklusif yang dihadiri wakil Astro bersama pasukan kreatif Kisah Bawah Tanah, sebelum para tetamu dibawa “menyelusuri dunia bawah tanah” menerusi pengalaman After-Party terbuka kepada umum yang menampilkan persembahan secara langsung, aktiviti peminat, booth bertemakan KBT serta pelbagai kolaborasi menarik.
Astro Umum Kisah Bawah Tanah Part 2 & Kolaborasi Istimewa Bersama ALPHA
Antara sorotan paling mencuri perhatian pada malam tersebut ialah pengumuman bahawa Kisah Bawah Tanah akan kembali dengan Part 2, yang bakal menampilkan lapan episod baharu. Bermula 8 Jun 2026 hingga 27 Julai 2026, episod terbaharu ini menjanjikan pengembaraan yang lebih besar, makhluk yang lebih aneh serta pelbagai kekecohan baharu dari dunia bawah tanah, sebuah dunia yang semakin dekat di hati para peminat.
Sejak mula ditayangkan, Kisah Bawah Tanah menerima sambutan yag amat memberangsangkan daripada penonton menerusi pendekatan penceritaannya yang segar dengan menggabungkan unsur cerita rakyat tempatan, komedi, seram dan karakter yang dekat dengan kehidupan masyarakat. Siri ini turut dipuji kerana berjaya memperkenalkan semula cerita rakyat Asia Tenggara kepada generasi baharu dalam pendekatan yang moden, menghiburkan dan mudah didekati oleh pelbagai lapisan penonton.
Menambahkan lagi kemeriahan dunia bawah tanah KBT, Astro turut memperkenalkan kolaborasi istimewa bersama kumpulan lelaki popular, ALPHA, menerusi visualizer eksklusif berinspirasikan Kisah Bawah Tanah untuk lagu mereka berjudul “Burn It Down”. Visualizer tersebut menampilkan karakter ikonik KBT seperti Sam, Zack, Ina serta beberapa lagi penghuni dunia bawah tanah kegemaran peminat, sekali gus menggabungkan identiti muzik ALPHA yang berani, semangat dan penuh warna-warni dunia KBT.
“Underground” Hantu Galore @REXKL: Satu Malam di Kisah Bawah Tanah
Sambutan diteruskan dengan Kisah Bawah Tanah After-Party, di mana para jemputan dan orang ramai dibawa menyelami pengalaman imersif bertemakan Kisah Bawah Tanah di dalam REXKL. Ruang acara diubah sepenuhnya dengan paparan visual LED 360 darjah, instalasi bertemakan dunia bawah tanah, potongan karakter bersaiz besar dan ruang interaktif yang direka khas bagi menghidupkan suasana seram namun menghiburkan seperti di dalam siri tersebut.
Sepanjang malam berlangsung, para tetamu disajikan dengan persembahan secara langsung, kemunculan khas bakat tempatan seperti Nadhir Nasar, Auddra, Qi Razali dan ramai lagi, pengalaman interaktif bersama peminat serta pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan eksklusif daripada ALPHA. Suasana After-Party turut dimeriahkan dengan set DJ bertenaga yang memastikan kemeriahan malam terus berlangsung ketika para tetamu meneroka pelbagai aktiviti dan booth kolaborasi di seluruh lokasi.
Pengalaman imersif Astro Jom Turun Underground turut mendapat sokongan daripada pelbagai jenama tempatan yang membawa lebih rasa, tenaga dan vibes tersendiri sepanjang malam penuh misteri ini. Mengangkat semangat #SupportLokal, jenama-jenama ini tampil dengan sajian dan pengalaman eksklusif yang direka khas untuk para tetamu pada malam tersebut:
- myBurgerLab’s KBT Otak-Otak Burger: Ciptaan kulinari eksklusif berinspirasikan Kisah Bawah Tanah yang dihasilkan khas untuk acara ini, menampilkan paha ayam goreng rangup bersama salad telur otak-otak, hot honey dan garlic aioli.
- XP’s Spooky Mocktail: Minuman mocktail edisi khas yang menyegarkan dengan campuran sparkling energy drink dan 1,000mg Vitamin C, dihasilkan eksklusif untuk malam tersebut.
- Tealive Premix's Enchanting Themed Servings: Sajian minuman ala kafe kegemaran ramai yang disajikan dalam rekaan cawan bertemakan khas, selari dengan identiti visual acara.
- Bila Bila Mart: Pilihan barangan tempatan terpilih daripada rangkaian kedai serbaneka moden yang terkenal dengan sokongan terhadap jenama artisanal Malaysia.
- Yeo’s Yeogurt: Minuman yogurt buah-buahan yang menyegarkan, diperkaya dengan Vitamin B6 dan serat bagi memastikan para tetamu kekal segar dan bertenaga sepanjang malam.

“Astro berbangga untuk memperkasakan Kisah Bawah Tanah (KBT) sebagai sebuah animasi tempatan pertama seumpamanya yang sedang mentakrif semula bagaimana cerita tempatan boleh dihidupkan dengan cara yang lebih segar dan kreatif. Melalui platform Astro, kami terus menyokong perkembangan sebuah visi kreatif yang benar-benar asli, yang kini berkembang melangkaui dunia animasi menjadi sebuah universe hidup yang merangkumi folklore, muzik dan pengalaman imersif bersama peminat. KBT membuktikan potensi luar biasa industri kreatif tempatan apabila para pencerita, artis dan inovator bergabung menghasilkan sesuatu yang unik dan memberi impak. Seiring usaha kami untuk terus memperkasakan harta intelek tempatan yang berani dan asli, Astro kekal komited dalam mengangkat animasi Malaysia serta penceritaan Asia Tenggara ke tahap yang lebih tinggi, menjangkau audiens baharu dan membuka lebih banyak ruang untuk bentuk ekspresi kreatif yang segar,” kata Benjamin Woo, Ketua Pemasaran Kumpulan Astro.

Lebih daripada sekadar sebuah acara pelancaran, pengalaman imersif Kisah Bawah Tanah ini meraikan kekuatan industri kreatif Malaysia yang semakin berkembang serta komuniti peminat yang sentiasa menyokong animasi dan penceritaan tempatan. Dengan pengumuman Part 2 serta sokongan luar biasa daripada peminat dan para kolaborator, Kisah Bawah Tanah terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara francais animasi tempatan paling menonjol dan berpengaruh di bawah Astro.
Para peminat boleh menantikan lebih banyak perkembangan menarik mengenai Kisah Bawah Tanah Part 2 di Astro. Langgan Pek Entertainment Astro One bersama Netflix serendah RM74.90/sebulan* atau pilih Pek Sports Astro One bersama Netflix serendah RM94.90/sebulan*. Nikmati penstriman lancar dan hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838.
#AstroOne #KisahBawahTanah
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.