Pengarah: Syed Fariz
Penulis Skrip: Fairul Nizam Ablah
Pelakon: Aaron Aziz, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Tiara Suraya Rose, Khairy Jamaludin, Dato Afdlin Shauki, Johan, Datuk Amy Search, Aedy Ashraf, Ozlynn Waty, Imran Bard, Yusof Haslam
Syarikat Produksi: Global Station, Skop Productions, Aizu Group, Mask Team
Pengedar: Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 97 minit
Tarikh Tayangan: 4 Jun 2026 (Malaysia)
Trailer:
Rashdan (Aaron Aziz) merupakan seorang usahawan yang pernah bankrap gara-gara pandemic Covid-19 kemudiannya mengusahakan perniagaan mengutip bola golf. Kerana masalah yang dialami semakin buatkan dia percaya kepada amalan tahyul seperti mempunyai amalan tertentu sebelum dia keluar rumah.
Masalah berlaku apabila anak perempuannya, Nisa (Tiara Suraya Rose) gagal mendapatkan 8A ketika ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kata Alam (Ungku Hariz), mungkin kerana mereka sekeluarga tak mandi bunga seperti yang disuruh bomoh sebelum ni. Mereka perlu mandi bunga setiap malam tapi 30 malam atau 31 malam?
Rashdan juga menempah 80 biji botol air Penawar dari bomoh di platform maya tapi sekali lagi tertipu setelah membelanjakan RM22,000. Isterinya, Sakinah (Scha Alyahya) mengamuk kerana duit yang digunakan adalah simpanan untuk mereka berdua mengerjakan ibadah haji.
Alam kebetulan berjumpa dengan Mr. K (Khairy Jamaluddin) yang mencadangkan agar Rashdan berjumpa dengan Bomoh Mbah Slamet (Dato Afdlin Shauki). Nisa dan Sakinah tak yakin dengan Bomoh Mbah Slamet dan syak wasangka mereka ternyata betul. Rashdan kemudiannya mengajak mereka pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Bomoh Ngok Tawong (Ozlynn Waty) yang menetap di dalam gua bersama orang alam ghaib.
Sakinah semakin sakit hati melihat wang yang dibelanjakan oleh Rashdan hanya semata untuk lihat keputusan cemerlang sedangkan dia percaya pada usaha dan doa.
Naskhah komedi satira arahan Syed Fariz menggunakan tema dukun penipu yang sentiasa mengambil kesempatan atas kehendak dan keterdesakan orang lain. Lagu tema Temberang nyanyian Mimifly menjadi pilihan yang sesuai dengan penipuan bomoh-bomoh yang tampil dalam filem 5 Bomoh. Rentak yang catchy juga mendukung vibe 5 Bomoh hasil penulisan Fairul Nizam Ablah.
Filem 5 Bomoh merupakan filem komedi pertama yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan watak Rashdan dikembangkan tanpa personaliti yang kelakar. Mungkin pengarah cuba untuk hadirkan humor dari rambut dan penampilan yang skema bersama gigi arnab tapi percubaan itu gagal. Sakinah pula cuma isteri yang biasa. Nisa pula hanya diberi ruang yang lebih ketika berjumpa Bomoh Mbah Slamet.
Kalau watak utama adalah keluarga yang kelakar, rasanya filem 5 Bomoh lebih menarik untuk ditonton daripada bergantung sepenuhnya pada bomoh-bomoh. Tak semua bomoh kelakar, ada yang menjadi macam Johan dan ada pula yang tak mampu bagi punchline seperti Bomoh Alami (Datuk Amy Search).
Penceritaan 5 Bomoh bergerak laju sebab ada banyak watak dan sub-plot yang dimasukkan. Mungkin sebab itu juga filem ni tak terasa mendatar selama 97 minit tayangan. Patutnya babak Imran Bard dipanjangkan lagi atau tukar dengan bomoh utama yang lain sebab watak dia menjadi. Mungkin lepas ni ada pengarah atau produser yang boleh approach Imran Bard untuk watak pembantu dengan screentime yang lebih panjang.
Babak Alam bertemu dengan bunian patutnya dikembangkan lagi sebab keluar dari konflik utama. Menarik lah juga bila tahu Alam kena scam juga dengan makhluk alam lain tapi tak boleh nak gelak lebih sangat sebab babak tu tak mendalam. Lawak berkaitan nama Alam pun berulang-ulang sampai naik jelak sebab tak kelakar pun. Ramai je orang ada nama macam Alam.
Filem 5 Bomoh ada idea yang menarik dan mesej sosial yang bagus untuk diketengahkan sebagai filem namun kelompongan pada penulisan juga kelemahan olahan dari pengarah buatkan filem terlihat dangkal dan bosan.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.