DARI PAHANG KE PERAK, KISAH RUMAH MELOR YANG DIANGKUT RATUSAN KILOMETER DEMI KHADAM

Tuesday, 16 June 2026

Dalam filem seram Khadam, rumah Melor (Aghniny Haque) bukan sekadar lokasi penggambaran, malah menjadi elemen penting yang membantu menghidupkan keseluruhan penceritaan. Namun ramai tidak mengetahui bahawa rumah yang dipaparkan di layar itu sebenarnya melalui perjalanan luar biasa sebelum menjadi set utama filem tersebut.

Menurut pasukan produksi, antara cabaran terbesar adalah mencari sebuah rumah yang benar-benar menepati gambaran dalam skrip. Rumah Melor perlu mencerminkan seni bina rumah kampung sekitar era 1950-an dengan reka bentuk yang sangat spesifik. Pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah diteroka, namun tiada yang memenuhi kehendak kreatif produksi.

Pencarian itu akhirnya membawa mereka ke Raub, Pahang, apabila sebuah rumah lama ditemui dan dilihat bertepatan dengan visual yang diinginkan. Namun begitu, persekitaran di sekeliling rumah tersebut tidak sesuai dengan dunia dan suasana yang ingin diwujudkan dalam Khadam.

Daripada mengubah konsep yang telah dirancang, pasukan produksi mengambil langkah berani yang jarang dilakukan dalam pembikinan filem tempatan dengan memindahkan keseluruhan rumah tersebut ke lokasi baharu di Perak. Rumah papan berkenaan dibuka satu persatu dengan penuh teliti, manakala setiap kepingan dan komponen dilabelkan secara sistematik bagi memastikan proses pemasangan semula dapat dilakukan dengan tepat. 

Setelah dipasang semula, pasukan seni produksi turut mengambil peluang untuk menambah baik beberapa elemen struktur dan susun atur rumah agar lebih selari dengan keperluan visual serta pergerakan kamera sepanjang penggambaran. Walaupun beberapa bahagian perlu diganti dengan kayu baharu bagi menjamin ketahanan dan keselamatan struktur, karakter serta identiti asal rumah tersebut tetap dikekalkan seperti yang diimpikan dalam skrip. 

Hasilnya, rumah Melor berjaya dibina semula mengikut visi yang diimpikan oleh pasukan produksi dan tampil sebagai antara elemen paling ikonik dalam Khadam. Di sebalik setiap dinding dan papan yang menghiasi rumah itu, tersimpan kisah dedikasi serta usaha luar biasa yang membuktikan bahawa untuk menghasilkan sebuah filem yang autentik, kadangkala sebuah rumah perlu dibawa merentasi negeri demi sebuah cerita.

Bagi anda yang masih belum menonton Khadam, dapatkan tiket anda sekarang dan teruskan menyokong sambil kongsikan pengalaman atau pandangan anda menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan, serta ikuti media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.