Kuala Lumpur, 26 Jun 2026 – Penantian peminat sukan tempur tanah air akhirnya berakhir apabila tiket rasmi untuk FURY Championship Vol. II kini mula dijual menerusi platform Wowtix, sempena penganjuran acara sukan tempur berprestij itu yang bakal berlangsung pada 25 Julai 2026 di Karisma Arena, Negeri Sembilan.
Selepas mencetuskan keterujaan menerusi pengumuman barisan pertarungan dan aktiviti rasmi kejohanan, edisi kedua FURY Championship kali ini dijangka tampil lebih besar, lebih mendebarkan dan lebih meriah dengan penyertaan atlet tempatan serta antarabangsa dalam satu malam penuh aksi, debaran dan hiburan.
Kategori Super Early Bird telah habis terjual hanya dalam tempoh 7 minit, sekali gus mencerminkan sambutan luar biasa daripada para peminat terhadap FURY Championship Vol. II. Bagi mereka yang ingin menyaksikan aksi secara langsung, tiket Early Bird kini masih boleh didapatkan menerusi platform Wowtix sehingga 30 Jun ini sahaja, sebelum ia beralih kepada harga normal selepas tarikh tersebut. Tiket ditawarkan pada harga bermula serendah RM39.90. Harga tiket yang tersedia adalah seperti berikut:
Kemuncak acara pastinya tertumpu kepada perebutan “Fury Muay Thai Lightweight Championship” buat julung kalinya, membabitkan pertembungan dinanti ramai antara Izat Zaki (Malaysia) dan Brian Lawitan (Indonesia). Pertarungan ini dijangka menjadi tumpuan utama peminat sukan tempur, sekali gus menghangatkan lagi pentas FURY Championship Vol. II. Antara acara yang lain yang bakal menghangatkan pentas adalah:
- Perlawanan 1: Faris HFL (Malaysia) VS Syafiq (Malaysia)
- Perlawanan 2: Qaie Mongkolchai (Malaysia) VS Abilio The Bumblebee (Indonesia)
- Perlawanan 3: The Molotok (Afghanistan) VS Al-Hafiz (Malaysia)
- Perlawanan 4: Wan Epul (Malaysia) VS Wasu Kib Boxing (Thailand)
- Perlawanan 5: The Golden Shin (Malaysia) VS Sammy Algiers (British)
- Perlawanan 6: Danial Kereta Kebal (Malaysia) VS Supergaas (Indonesia)
- Perlawanan 7: Sabri Thaivisix (Malaysia) VS The Victories (Morocco)
- Perlawanan 8: Kilat Boy (Malaysia) VS Kitidech Hirunsuk (Thailand)
- Perlawanan 9: Pertarungan Kejutan
- Perlawanan 10: Asura Thiagesh (Malaysia) VS Yotharit Petchtyindee (Thailand)
- Perlawanan 11: Baby Legion (Malaysia) VS Yat Rambo (Indonesia)
- Perlawanan 12 : Putih Pretty Boy (Malaysia) VS Ilham Flanker Leoisa (Indonesia)
Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke venue, FURY Championship Vol. II boleh disaksikan secara eksklusif menerusi siaran Pay-Per-View (PPV) di platform Tonton selaku rakan penyiaran rasmi, membolehkan setiap detik aksi dan kemeriahan kejohanan ini dinikmati dari mana sahaja.
Akses PPV kini sudah boleh didapati di Tonton bermula sekarang dengan harga promosi Early Bird serendah RM11.90 (21–30 Jun 2026), memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati aksi eksklusif pada harga lebih jimat. Selepas tempoh promosi ini, harga normal RM16.90 akan berkuat kuasa bermula 1 hingga 25 Julai 2026.
Tunggu apa lagi? Dapatkan tiket anda sekarang melalui Wowtix atau nikmati harga istimewa untuk menyaksikan kehangatan FURY Championship Vol. II di mana sahaja, hanya melalui aplikasi Tonton. Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.



%20Tonton%20Pay-Per-View.jpg)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.